[ 𝑭𝒊𝒗𝒆 ] - 𝑎𝒂𝒔𝒂 𝑺𝒊𝒍𝒂𝒎

Bắt đầu từ đầu
                                    

Lelaki itu sungguh tiada sifat belas pada dia kelmarin. Dalam perjalanan ke kelas, dia semakin resah jika lelaki itu ada di kelas. Leen yang jalan beriringan, perasan raut wajah gelisah Elina.

"Hey, El. Kau okay tak?" Soal Leen melihat keadaan Elina.

"I'm fine. Aku erm..ner-vous nanti soalan takut tak boleh jawab. Aku mana sempat study," kata Elina mengelak Leen tahu keadaan dirinya yang tidak begitu baik sejak kelmarin.

"Ouh..kau ni relax lah. Aku pun tak sempat, ye lah banyak assignment lain kena siap. Entah-entah ramai lagi tak dapat buat."

"Erm betul juga." Elina setuju dengan logik kepala kawan dia itu.

Mereka melangkah masuk ke dalam kelas dan duduk di tempat masing-masing menunggu pensyarah seperti biasa. Gadis itu memandang sekilas tempat duduk lelaki itu. Kosong. Belum sampai lagi ke?

Jantung gadis itu berdegup kencang sambil dia duduk. Kepala ditunduk ke bawah resah tatkala lelaki itu akan masuk ke kelas sebentar lagi. Kalau boleh, dia tidak mahu menatap lelaki itu dan biar dia buat kerja sendiri.

Dia dan Leen membuka buku bersama dan menanti ketibaan pensyarah. Semua pelajar berpusu-pusu masuk sebelum pensyarah masuk ke dalam kelas.

Dalam beberapa minit, pensyarah masuk. Semua pelajar tumpu kepada pembelajaran yang di ajar. Kemudian, diberi separuh masa, berehat seketika. Pensyarah mula memeriksa kehadiran semua pelajar.

"Okay, kelas kita ada 30 orang kan?" Tanya pensyarah untuk memastikan semua kehadiran dicatat di kertas kerjanya.

"Erm... it's 31 miss," laung salah seorang pelajar, Sufian atau Pian (Rep class).

"Ouh siapa lagi sorang?" Tanya Miss Linda (English)

"Ariz Lutfy," jawab Pian.

"Mana dia? Dia baru masuk ke?"

"Ha'ah miss. Semalam masuk. Hari ni tidak hadir pula."

Elina yang mendengar itu terus menoleh ke belakang. Mata meliar mencari lelaki itu. Tiada. Dia hairan. Sebab semalam ke? Sepatutnya dia yang tidak hadir kerana menjadi mangsa. Ini terbalik pula, atau lelaki itu berasa bersalah?

Leen menghampiri Elina di sebelah lalu membisik ke telinga gadis itu.

"Dia baru masuk, terus tak hadir. Dia tak tahu ke kerja berlambak kena buat?"

Elina diam dan hanya mendengar sahaja.

"Hm, takpe-takpe. Tapi guys pun kena ambik tahu kawan-kawan yang mungkin ada masalah. Nanti mention ke dia kerja yang saya bagi. Okay?" Bicara Miss Linda dengan terang.

"Okay." Semua hampir menjawab serentak.

Elina yang mendengar tadi terkedu. Masalah? Lelaki itu ada masalah ke? Dia tidak pernah terfikir hal itu.

Hati kecil dia tertanya-tanya. Teringat kejadian semalam. Gadis itu menepis sangkaan sendiri. Tidak masuk akal jika dia ada masalah. Masalah apa? Kasar dengan diri dia semalam. Lihat lelaki itu sudah tidak betul. Tiba-tiba dia marah pada ku.

Elina mengingatkan kembali pertanyaan lelaki itu.

"Kau tahu sesuatu kan?"

Dia ingat soalan lelaki itu. Gadis itu tidak mengerti maksud lelaki itu lontarkan.

Tahu apa? Dia tidak faham. Elina memegang perlahan bahu yang masih lagi sakit kerana lelaki itu. Bukan sahaja bahu, malah hati juga.

"Tapi assignment aku dengan dia macam mana pula?" Gadis itu buntu bagaimana mahu berhadapan lelaki itu. Kalau boleh, dia tidak mahu berkumpulan dengan lelaki itu.

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ