[ 𝑭𝒐𝒖𝒓 ] - 𝑨𝒓𝒊𝒛

Start from the beginning
                                    

Ariz rimas tersepit di antara dua bodyguard itu. Sungguh merimaskan dia. I hate this!

Dalam keadaan marah, ingin sahaja dia membunuh dua bodyguard ini termasuk Carl menggunakan pisau poket dia sendiri. Keberadaan Ariz, sentiasa dapat dijejak Carl. Apa dia mahu lakukan pasti dihalang lelaki itu. Dia yakin ini daripada ibu tirinya.

Bayangan Carl mati dengan tragis muncul di minda. Sungguh dia puas jika lelaki itu sudah mati di tangan nya.

Carl kembali menoleh pada Ariz. Ariz senyum sinis. Mata Carl menatap lama maksud senyuman tersirat itu. Dia turut membalas senyuman itu dengan senyuman sinis juga.

"Are you imagine how to kill me Kytor?" ejek Carl dapat membaca fikiran Ariz. Dia boleh tahu dari cara Ariz merenung nya itu.

"Tapi kau masih tak mampu bunuh aku."

Mata Carl mengarah sesuatu ke arah dua bodyguard itu. Mereka seakan mengerti maksud itu.

Seorang bodyguard kiri Ariz terus menahan Ariz, mengunci tangan remaja itu. Ariz terkejut. Dia melihat seorang lagi di sebelah mengeluarkan suntikan ubat penenang.

Pandangan Ariz beralih pada Carl bersama kening berkerut dan cemas.

"What the h*ll Carl?! What the f**k you trying to do?! Don't you dare!!" Ariz menjerit sekuat hati sambil bergelut melawan bodyguard itu.

"You know why?"

Ariz terhenti seketika dan menoleh ke arah Carl. Dia dengan perasaan marah menunggu jawapan dari mulut Carl.

"Sebab kau dah langgar arahan Madam!" Marah Carl. Sungguh tingkah laku Ariz sudah melampau. Hantar dia untuk belajar bukan untuk membunuh. Sudah hilang akal ke Ariz untuk membunuh seorang pelajar perempuan?

Dada Ariz berombak-ombak menahan marah. Wajah dia sudah bengis.

"Suka hati aku lah bodoh!! Aku tak ingin lah ikut arahan perempuan tua tu!" Pekik Ariz.

Dia terus menyiku kuat wajah bodyguard kiri dia tersebut. Dia betul-betul sangat marah.

"Aarggh!" aduh bodyguard itu.

Pintu di sebelah pantas di capai untuk dibuka. Lock.

Ariz menendang kuat pintu kenderaan tersebut beberapa kali. Sambil-sambil itu, dia masih bergelut dengan dua bodyguard tersebut. Kenderaan yang sedang bergerak bergoyang kerana pergelutan di bahagian penumpang.

Ariz dengan licik menggigit bahu salah seorang bodyguard tersebut untuk dia melepaskan diri.

"Aargghh!!"

Lelaki sasa itu mengerang kesakitan. Terasa kepedihan di bahu tatkala gigitan remaja itu sangat lama dan semakin kuat. Dia cuba menolak kepala remaja itu, tetapi Ariz semakin kuat menggigit bahu nya. Ariz ketawa suka melihat bodyguard itu mengerang kesakitan.

"Hahahaha!!"

Dia dapat rasa bahu bodyguard itu sudah cedera kerana gigitannya. Ariz tidak sedar jarum sudah disuntik ke leher nya. Setelah dapat dirasa, pantas dia memegang lehernya. Bodyguard yang menyuntik itu pantas menolong kawannya terlepas dari gigitan remaja itu.

Ariz masih lagi kuat menahan gigitan tersebut. Tetapi, semakin lama diri dia menjadi semakin lemah. Kepala terus berpusing, pandangan mata mula kabur dan dia pengsan.

᪥᪥᪥

Tiba Di Banglo Mewah.

Tiba Di Banglo Mewah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Where stories live. Discover now