Yaya: Sisik ni lagi. Milik ular tu ke?

Derek: Yaya!

Yaya: Kenapa?

Derek berlari ke arah Yaya dengan bola kristal di tangannya.

Derek: Tengok apa aku jumpa.

Derek mainkan rakaman yang terakam bola kristal. Rakaman menunjukkan seekor ular gergasi menyerang bandar tu. Kemudian rakaman berubah kepada individu berjubah hitam dan memakai topeng.

S: Apa khabar kepada sesiapa yang jumpa bola kristal ni. Saya nak bagitahu yang kalau saya tak dapat apa yang saya nak,bandar lain akan terima akibatnya dan seterusnya, kerajaan yang lain.

Yaya: Ini....Ini ketua Black Order! Tak silap aku.....S!!!

Derek: Dia lah yang kawal ular tu?

Yaya: Aku rasa ya. Mesti dia guna artifak untuk kawal ular tu.

Derek: Atau skill. Kan ada skill yang boleh jinakkan raksasa.

Yaya: Haah! Kejap aku periksa.

Skrin <Title> dan <Ability> muncul di hadapannya. Yaya mencari maklumat tentang skill yang digunakan untuk menjinakkan raksasa.

Yaya: Ada! Skill (Taming) dan (Revival)!

Derek: Patutlah! Dia gunakan skill ni pada ular tu. Kejap,kalau dia yang gunakan skill ni,dia mesti ke tempat tu.

Yaya: Ke mana?

Derek: Hutan Barapi. Hutan paling bahaya dan ramai orang tak berani ke sana tapi untuk kami raksasa rank-S dan rank-SS ni,biasa je.

Yaya: Ok! Jom kita ke sana!!

Derek: Kejap! Boleh....kita makan dulu tak? Aku lapar. Ehehe...

Yaya: Pulak. Yelah.

Mereka berdua duduk atas kayu yang jatuh dan terbakar separuh. Yaya keluarkan sandwich pisang dan kek strawberi dari topi.

Derek: Cantik!

Mereka berdua makan dan berehat seketika sebelum ke Hutan Barapi.

Sebaik saja mereka tiba di Hutan Barapi,kedengaran bunyi burung raksasa dan mungkin raksasa di dalam hutan.

Derek: Nampaknya kau kena-

Yaya: Siap.

Yaya menyembur dirinya dengan sejenis cecair yang menyebabkan raksasa tak sanggup mendekatinya. Derek yang ada di sebelahnya menutup hidung kerana baunya yang meloyakan tekak.

Derek: Brrr! Busuk gila Yaya!

Yaya: Aku gunakan cecair yang aku buat sendiri supaya raksasa taknak dekat dengan aku.

Derek: Habis aku ni macam mana?!

Yaya: Kau sabar jelah...

Derek: Hidung aku...

Mereka berdua masuk dalam hutan dengan Derek mengepit hidung menggunakan penyepit baju. Raksasa yang terbau Yaya segera melarikan diri kerana baunya yang berkesan terhadap raksasa.

Yaya: Nampaknya penyembur penghalau raksasa aku berkesan!!

Derek: Hidung aku....bljurgh....

Mereka berdua tiba di hadapan gua yang besar dan ada kesan seretan masuk di lantai gua.

Derek: Yaya,aku rasa...

Yaya: Ya. Mereka ada di dalam ni.

Mereka berdua masuk dalam gua dengan berhati-hati. Yaya hasilkan bebola api untuk terangi keadaan gua. Mereka nampak ada cahaya di hujung gua dan suara seseorang.

Yaya: Kau rasa....mereka ada di sana?

Derek: Boleh jadi.

Yaya berjalan perlahan ke arah cahaya tu dan nampak seorang budak perempuan memeluk anak patung bersama seekor ular gergasi di belakangnya.

Z: Siapa...

Yaya: "Dia ke yang kawal ular ni? Tapi dia bukannya S. S orang lain."

Derek: Dia ke Yaya?

Yaya: Rasanya....

Z: Siapa kamu berdua ni?

Yaya: Kau....Kau ke yang kawal ular tu dan serang bandar?

Z: Itu semua...bukan urusan kamu.

Ular di belakangnya bergerak. Ia memandang Yaya dan meluru ke arahnya dengan mulut ternganga.

Derek: Jangan harap....!!

Derek berubah menjadi gajah dan memijak ular tu sampai penyet. Dia berundur ke belakang dan ular tu bangkit memandangnya.

Derek: Aku uruskan ular ni! Kau uruskan-busuknya!!!

Derek mengikat hidungnya yang panjang kerana tak tahan dengan bau Yaya.

Yaya: Alah,sikit je ni...

Derek: Urgh....kalahkan dia cepat. Aku boleh muntah hijau macam ni.

Yaya terus terbang ke arah Z dan...

SHUDDER~

Yaya: Apa?

Yaya seegra berundur ke belakang. Dia memeriksa status Z.

ZERA ROSEBELL
JOB: UNDEAD,TAMER
LEVEL: 69

Zera: Kamu semua... menceroboh tempat saya!!

Derek: Apakah?!

Tanah bergegar dan muncul berpuluh mayat dan rangka tulang dengan perisai dan senjata di tangan.

Zera: Halau mereka. Saya nak tidur.

Derek: Apa je korang boleh buat?

Ular gergasi melilit Derek dan gigit leher dia untuk pengsan kan dia.

Derek: Okey,aku tarik balik! Guh...

Zombi yang lain berlari ke arah Yaya dengan senjata diangkat tinggi.

Yaya: Holy light of heaven, Purification!!

Tangan Yaya bersinar dan mengeluarkan cahaya terang. Tetapi, zombi tidak terjejas sikit pun.

Yaya: Kalau macam tu...

Yaya merapatkan tangan dan seluruh badannya bercahaya.

Yaya: Light of the world, Shining Star!!

Berpuluh-puluh lembing cahaya terhasil dan menghapuskan zombi yang ada. Zera memandang Yaya dengan meluat.

Zera: Menyusahkan....

YAYA: RICH WITCHWhere stories live. Discover now