" Kenapa? Takleh terima kenyataan? "

Lelaki itu menghampiri wajah Jihoon.

" Yang mak kau pelacur? Pemuas nafsu lelaki? "

BRUKKKK!!!

Satu tumbukan hinggap di pipi lelaki itu. Terbaring pemuda itu sebelum Jihoon menyerangnya lantas bertubi-tubi pukulan hinggap lagi dipipi rakan sekelasnya itu.

Dush!

Dush!

Dush!

Dush!

" STOP PARK JIHOON! " jerit Soo saem. Dia segera menarik tangan Jihoon lantas menyuruh beberapa rakan sekelasnya yang lelaki memegang erat tubuh Jihoon yang sedang meronta.

Soo saem menghampiri tubuh pelajar yang sudah terbaring tidak sedarkan diri itu. Mukanya bengkak dan berdarah. Luka dan lebam mulai memenuhi tubuh.

Akibatnya, Jihoon ditahan dibilik displin. Dia sabar menunggu sementara Soo saem disebelahnya. Pelajar yang tidak sedarkan diri itu sudah dikejarkan ke hospital dan sedang menerima rawatan lanjut.

" Maaf lambat! Anak saya buat apa, saem? " Satu suara memecah kesunyian. Jihoon mengangkat muka lantas air mata mulai memenuhi takungan mata.

" Jihoon? Ya Tuhan, lebamnya muka. Kamu okay? " Tangan lembut itu mengusap wajah Jihoon.

Tangan si ibu.

" Appa mana? " Gigil suara Jihoon bertanya, dan eommanya tersenyum.

" Appa busy, sayang. Eomma gantikan. Apa Jihoon buat saem? "

" Dia baru sahaja pukul salah seorang rakan sekelasnya sebab-- "

" Sebab dia kata eomma pelacur. "

Diam.

Sunyi.

" Ji--Jihoon... " Tangan si eomma yang cuba menyentuh lengan si anak terus ditepis kasar.

" Jihoon benci eomma! Benci! BENCI ! JIHOON TAK ADA EOMMA PELACUR! " tengking Jihoon sebelum berlari keluar dengan air mata yang sudah memenuhi pipi.

Lelaki itu berlari. Tidak menghiraukan panggilan sang ibu.

Kerana dia sangat terluka sebagai seorang anak.

" Junkyu! " Panggil Jihoon apabila melihat sahabatnya mengelamun daripada tadi. Junkyu tersentak lantas berpaling melihat wajah Jihoon.

" Hah apa dia? "

" Aku pinjam uniform kau. Esok aku nak sekolah. "

" Eh kau gila? Ayah kau baru dikebumikan pagi tadi. At least, rehat lah dulu sehari dua. "

" Kalau rehat pun, apa guna? Kau pergi sekolah esok, aku akan lonely kat sini. "

" Baliklah rumah kau. "

" Jumpa perempuan jalang tu? Tak nak aku. " Jeling Jihoon. Junkyu mendengus.

" Jihoon, perempuan jalang kau cakap tu tetap eom-- "

" Tetap eomma aku? Ya! Aku tahu. Tapi aku benci dia. Sangat benci. Jadi, stop mention nama dia depan aku. " Jihoon bersuara keras sebelum dia kembali berbaring di sofa sambil meletakkan tangan diatas dahi. Matanya dipejam.

" Park Jihoon. "

" Jihoon. " Satu suara memanggilnya lagi.

" Diam lah Junkyu. Aku nak tidur. " Marah Jihoon.

" Jihoon ~~ "

" Kau nak apa Junkyu? " Dengus Jihoon. Dia cuba bersabar.

" Park Jihooniee~~ "

" EH JUNKYU, KAN AKU KATA SENY-- " Jihoon yang baru mahu memarahi Junkyu, terus terdiam.

Dia tergamam.

Fikirannya buntu.

Dia kaku.

" Tapi Jihoon.. aku tak panggil kau pun. " Balas Junkyu, kaget. Dia takut melihat Jihoon bercakap sorang-sorang, dan kini lelaki itu sedang terdiam sambil memerhatikan belakangnya.

Ada apa dibelakang Junkyu?

" Park Jihoon, aku tahu kau boleh nampak kami. Sekarang ni, kami nak minta tolong. Kami roh tergantung. Tolong sempurnakan hajat kami buat kali terakhir. " Wakil seorang hantu lelaki dengan tegas. Jihoon masih kaku.

" Tolong? To--tolong apa? " Gigil Jihoon bertanya. Junkyu semakin kaget. Dia berkali-kali memandang belakangnya.

Tapi tiada sesiapa!

" Ada 6 hantu perlukan pertolongan kau. Tolong kami, Jihoon. Dulu, ada seorang gadis yang tolong kami. Tapi cuma 4 orang sahaja yang lepas. "

" Kenapa? "

" Sebab gadis itu dah kehilangan keupayaannya. Tapi kau boleh nampak kami sekarang. Jadi tolong kami, manusia. Tolong. " Si wakil hantu itu melutut.

Dan terus diikuti 5 yang lain.

Kesemuanya sedang melutut meminta pertolongan Park Jihoon.

Dan lelaki ini masih terkedu.

" Jihoon! Kau cakap dengan siapa woi? " Seram Junkyu. Dia cuba bangun untuk menghampiri Jihoon sebelum dia menggigil melihat rak tv nya bergerak sendiri.

" PARK JIHOON! APA TU WOI? KAU KE YANG GERAKKAN?! AKU TAK TOLAK WOI RAK TU?! KAU NAMPAK HANTU KE PARK JIHOON?!!!! " Jerit Junkyu. Dia berpeluk tubuh. Rasa takut semakin menjalar.

" Okay baik, aku tolong korang. " Jihoon bersuara lantas dia mengelus dadanya.

Junkyu bingung.

Dia melihat kebelakangnya apabila dia dapati Jihoon tidak lagi memerhatikan belakangnya.

" Kau berbual dengan siapa, Jihoon?! Aku takut! "

Jihoon menghembus nafas kasar. Mukanya diraup lantas wajah Junkyu dipandang.

" Lepas appa meninggal, aku... "

" KAU APA?! "

" Aku boleh nampak hantu. "

Mi Àngel // Jihoon ✓Место, где живут истории. Откройте их для себя