𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟮

शुरू से प्रारंभ करें:
                                    

Tunku Danish, di awal usia 28 tahun. Lelaki itu sudah menjadi pengarah salah sebuah syarikat besar yang dimajukan keluarganya sejak turun-temurun. D.R Group.

Syarikat yang bekerja untuk bidang hartanah, pelaburan, pembangunan dan banyak lagi.

Dan 2 tahun yang lalu lelaki itu berjaya membangunkan sebuah hotel mewah yang bertaraf 5 bintang. D'KING Hotel.

Disebabkan itulah nama Tunku Danish naik dan mendapat klient-klient hebat dari luar negara.

"Quindi fammi mostrare la tua stanza." So let me show you your room Ajak Tunku Danish. Sengaja dia bertutur dalam bahasa Itali agar memudahkan perbualan mereka.

Charles angguk setuju. Mereka terus beriring mengatur langkah. Dibuntuti oleh pembantu peribadi Tunku Danish. Dan dibelakang wanita itu barulah pengawal peribadi Charles.

• • •

Bunyi ombak mehempap batu pantai itu menusyuk masuk ke dalam gegendang telinga, angin yang tidak terlalu kuat menerpah ke wajah putih bersih milik Armel.

Suasana nyaman ini ingin disebatikan pada jiwanya, biar lebih tenang.

Sudah hampir satu jam dia duduk di atas batu sambil memeluk lutut.

Tujuannya ke pantai ini untuk mengambil ketenangan. Tapi gundah dihati tidak hilang sedikit pun.

Sudah seminggu dia mengganggur, duit simpanannya juga tinggal sedikit. Itu disebabkan, dia harus bayar sewa rumah untuk dua bulan. Lagipula simpanan Armel memang tak banyak.

Dan dalam seminggu ini jugalah dia sudah pergi bermacam interview kerja tapi sampai saat ini tiada satu pun yang menerima dia.

Bagaimana dia nak teruskan hidup di Kuala Lumpur sendiri jika tak ada duit. Takkan nak balik kampung, sampai bila dia nak susahkan Ibu.

Armel sembabkan wajah rapat pada lutut. Sungguh dia menyesal kerana bertindak mengikut emosi. Kalau la dia diam saja semasa Cik Rina memarahinya semua ini takkan jadi.

Sekarang apapun dia tak ada. Nak cari kerja baru? Zaman sekarang bukan senang dapat kerja bagus seperti kerjanya itu.

Tapi entah kenapa dia selalu diuji seperti ini?

Bermula dari dia memutuskan pertunangannya dan Esa. Lalu dia terpaksa keluar dari kampung untuk menutup dan melupakan memori hitam yang lelaki itu wujudkan dalam hidupnya.

Dan sekarang dia harus menyarah hidupnya sendiri dibandar besar Kuala Lumpur seorang diri tanpa keluarga.

Tanpa sedar air jernih mengalir laju dari kelopak mata, Armel terus menghapuskannya menggunakan tapak tangan. Lalu dia menghembus nafas perlahan memejam mata seketika

ketika dia membuka semula matanya. Keindahan suasana pantai dan matahari terbenam menjadi tumpuan utamanya. Lantas bibir Armel mengukur senyum.

Dia patut bersyukur walaupun tuhan tak kurniakan hidup sesenang seperti orang lain tapi tuhan kurniakan dia fizikal yang elok.

Jadi terlalu cepat untuk dia mengalah.

"Kau kuat Mel, kau kuat." Armel memberi semangat pada diri sendiri.

• • •

Aston Martin DB11 yang berwarna hitam gelap berkilat diparking elok ditempat khas VIP tapak parking kereta milik sebuah kelab malam VIP yang berada Kuala Lumpur.

Unseen Love | OG (EDITING)जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें