1

262 16 2
                                    

Elvina memberikan senyuman manis seperti biasa sambil memandang pelanggan lelaki tinggi lampai dan kacak di hadapannya.

"Iced Americano RM 7.90. Encik ada member?" Soal Elvina dengan sopan.

Terpinga-pinga lelaki itu lalu memandang kearah belakangnya.

"Eh? Saya takde member. Saya datang sorang je." Beritahu lelaki kacak itu sambil menggaru kepalanya.

"Bukan member kawan. Err...Maksud saya card member. Encik ada? Kalau encik ada member card, encik boleh dapat satu minuman percuma dengan sepuluh pembelian." Beritahu Elvina lagi sambil menahan ketawa.

"Oh card member. Saya ingatkan awak tanya kalau saya ada bawak kawan. Hahaha maafkan saya."

"Takpe encik. So, encik nak bayar guna cash atau card?"

"Saya guna cash." Lelaki itu menyerahkan not seratus kepada Elvina.

"Terima kasih ya. Ini bakinya..."

Lelaki itu mengucapkan terima kasih lalu pergi bersama air ditangannya.

Elvina masih tertawa mengingat reaksi lelaki itu tadi. Sungguh dia tidak sangka akan berdepan dengan pelanggan selamba seperti itu.

"Haa...Senyum-senyum! Teringat siapa? Boyfriend?" Tegur Vanessa yang merupakan rakan sekerjanya.

"Takde la...Saya senyum teringat pelanggan tadi tu. Saya tanya dia ada member tak? Dia boleh pula cakap yang dia takde bawak kawan. Weyh...Sakit pipi tahan senyum depan dia hahaha..."

"Bagus la kau happy macam ni. Dah hampir dua minggu aku tengok kau macam tak ceria. Aku kena berterima kasih dekat pelanggan tadi sebab dah buat kawan aku yang cantik ni senyum."

"Amboi...Bukan main puji. Saya takde duit tau nak bagi."

Seloroh Elvina yang membuatkan Vanessa tergelak kecil.

"Ish! Aku puji kau ikhlas la nyah! Kau tu suka sangat buruk sangka hahaha..."

"Hmm...Ye laa."

"Weyh...Aku dengar kau join sukarelawan ke Pulau Mabul. Bila kau gerak?"

"Minggu depan. Kenapa? Takut rindu saya? Hehehe..."

Vanessa menunjukkan wajah meluat.

"Memang lambert lagi..."

Mereka berdua gelak sambil melakukan kerja mereka. Sungguh Elvina bersyukur kerana berjumpa dengan rakan sekerja yang baik dan memahami.



♡♡♡♡♡
Hai guys! More update sbb saya rajin hehehe enjoy! Jgn lupa komen dan vote! Thanks!🥰🌻🌼

Suri Hati Leftenan NazrielWhere stories live. Discover now