Prolog

488 23 0
                                    

Tangan gadis itu lincah menyentuh skrin dengan wajah berkerut. Dia benar-benar menumpukan semua perhatiannya kepada game di telefon miliknya.

"Asyik-asyik main game! Cuba la kemas rumah! Tu siling ada sawang apa semua!"

Elvina cuba untuk mengendahkan kata-kata dari ibunya.

"Kakak!"

"Apa? Kakak baru je main! Dari pagi kakak masak, jaga nenek dan basuh baju!" Elvina memandang kearah ibunya dengan wajah tidak puas hati.

"Tengok tu! Baru buat kerja rumah sikit! Ibu ni dulu takde main game macam tu! Setiap petang mesti menyapu halaman rumah! Teruk betul la perangai kamu ni kakak."

Mula panas telinganya mendengar bebelan tersebut.

"Makan minum pun masih aku dan ayah kamu tu yang tanggung ada hati nak melawan. Mentang-mentang dah habis belajar dekat universiti tu boleh la nak melawan aku? Kalau bukan disebabkan aku dan ayah kamu tu memang kau takkan jejakkan kaki pun ke universiti!"

Kata-kata yang keluar dari mulut ibunya benar-benar membuatkan Elvina terasa dan sedih.

"Ibu! Tak baik la mengungkit macam tu! Elvina pun tak nak menyusahkan ibu dan ayah sambung belajar."

"Kau cakap aku mengungkit? Kalau aku ni mengungkit, aku dah lama suruh kau bayar balik semua yang aku dah bagi kat kau selama ni. Ni dengan takde kerja apa semua nak cakap bukan-bukan kat aku! Tak bersyukur betul!"

Tanpa membuka mulut, Elvina bangkit dari sofa dan berjalan masuk ke biliknya.

Elvina berbaring diatas katil lalu mengeluh. Sudah 2 bulan dia tamat belajar namun dia masih belum menemui tempat kerja yang sesuai mengikut bidangnya.

Dia sudah penat mendengar sindiran dari ibu dan ayahnya yang tajam itu. Sepertinya kewujudannya di dalam keluarga itu hanya membebankan mereka.

"Kakak?" Elvina memandang kearah adik lelakinya Khairul.

"Kenapa dik?"

"Kakak buat ibu marah lagi ke?"

"Haih...Adik pun tahu kan perangai ibu dan ayah macam mana?"

"Tapi masalahnya dengan adik sekali kena tempias. Habis hilang mood adik nak study untuk SPM."

Dia mula serba salah melihat adiknya. Di sebabkan dia bermain game habis adiknya terkena tempias sekali.

"Sorry dik..."

"Takpe la...Adik datang nak minta ajarkan soalan matematik ni. Susah la..." Khairul menunjukkan soalan matematik yang susah itu kepada kakaknya.

"Oh matrix. Senang je ni..." Elvina memberikan tunjuk ajar kepada adiknya tanpa membuang masa.

"Kakak jangan ambil hati dengan apa yang ibu cakap tadi. Adik bukan apa, adik tak nak kakak derhaka dengan ibu dan ayah. Tak berkat hidup nanti." Ucap Khairul dengan nada yang lembut.

"Ya...Akak pun dah malas nak melawan. Lepasni kalau ibu dan ayah sindir atau tegur memang akak akan diam je. Akak pun penat asyik nak lawan mulut."

"Baguslah kalau macam tu...Adik pergi dulu ya. Thanks tolong ajarkan!"

"Ya sama-sama. Oh sebelum adik pergi, akak nak tanya pendapat adik."

Khairul menghentikan langkahnya dan kembali memandang kearah Elvina dengan kening terangkat.

"Akak ada apply kerja sambilan kat cafe. Should I try?"

"Pergi la kak untuk tambah pengalaman je. Sekarang bukan senang nak cari kerja. Sambil-sambil akak tunggu temuduga untuk kerja akak tu lebih baik akak cari pengalaman."

"Hmm...Betul juga. Tapi kalau akak kerja, nenek siapa nak jaga?" Soal Elvina risau.

"Ala...Akak jangan risau. Dulu masa akak study dulu pun adik yang jaga nenek."

"Tapi adik nak fokus SPM kan?"

"Takpe la...Akak jangan risau!"

"Okay...Thanks adik tolong bagi pendapat."

"No problem kak."


♡♡♡♡♡
Hai guys! Macam mana dengan first chapter ni? Okay tak? Hehehe...Jgn lupa vote dan komen! Thanks!!🤍🌼🌻

Suri Hati Leftenan NazrielWhere stories live. Discover now