M.I.I

122 5 2
                                    

M. I. I

MENTOR

Pernahkah sesekali anda hilang arah, keliru atau tertekan? Ada seketika juga anda mempunyai pelbagai soalan dan memerlukan jawapan? Ada masanya anda rasa berputus asap. Tidak kira siapa anda, pasti Jawapan mestilah YA. Saya pasti anda semua pernah merasakan pelbagai perkara negatif.

Perkara yang anda perlu pelajari untuk mencipta kejayaan dan keluar dari semua situasi demikian, ialah perlukan seorang mentor, trainer atau coach yang proven success.

Kepentingan Mentor Dalam Kerjaya

Faktor utama mengapa anda perlu mempunyai mentor adalah supaya dapat belajar daripada mereka selok-belok kerjaya mereka dan belajar suatu ilmu yang tidak boleh dapat di dalam kuliah pengajian atau buku.

Isi tempat kosong:

1. Tulis nama-nama mentor anda?

______________________________________________________________________________________

2. Tulis kelebihan mentor anda?

______________________________________________________________________________________

3. Senaraikan persamaan mentor anda
dengan diri anda?

______________________________________________________________________________________

ILMU

"Ilmu" adalah kunci kejayaan. Tidak ada apa-apa yang boleh anda lakukan dengan baik dan berjaya tanpa ilmu? Apa sahaja yang anda mahu lakukan dalam kehidupan anda perlu mempunyai ilmu pengetahuan untuk menghasilkan sesuatu dengan cemerlang.

"Jangan beratkan mulut untuk
bertanya tentang ilmu,
Jangan pekakkan telinga untuk
mendengar tentang ilmu,
Jangan simpulkan tangan untuk
menulis tentang ilmu
Dan jangan rapatkan kaki daripada
berjalan mencari ilmu".

Sahabat sekalian..

Kita boleh menjadi hebat dengan 2 perkara :

1. Ilmu
2. Akhlak

Maka, carilah keduanya dan peliharalah ia sebaik mungkin. Sesungguhnya, manusia lain akan menilai kita dengan dua perkara tersebut terlebih dahulu sebelum menilai kita dengan perkara-perkara yg lain.

Orang yang kaya ilmu insyaAllah ia kaya jiwa dan harta. Syaratnya mesti beramal dengan ilmu. Kalau tidak beramal maka kehinaan yang akan menimpa.

Apabila anda mempunyai ilmu, cubalah berkongsi dengan orang sekeliling kita dan membantu orang sebanyak mungkin.

Jawab soalan berikut :

1. Spesifikkan Ilmu apa yang utama anda
perlu pelajari?

______________________________________________________________________________________

2. Senarai cara-cara untuk mendapatkan
ilmu?

______________________________________________________________________________________

IMPIAN

Kenapa adanya orang gagal? Kerana tiada impian yang jelas. Cuba anda perhatikan orang yang belum berjaya, mereka semua tiada matlamat yang jelas.

Saya pasti, anda mempunyai impian, tetapi anda gagal spesifikkan impian. Contoh saya hendak menjadi seorang jutawan, memang betul itu adalah impian cuma belum tepat pada target.

Perkara penting adalah anda perlukan ialah impian atau matlamat yang jelas.

"Janganlah engkau berputus asa
kerana putus asa itu bukanlah
akhlak seorang muslim.
Ketahuilah bahawa kenyataan hari.
ini adalah mimpi hari kelmarin dan
impian hari ini adalah kenyataan.
hari esok."

- Imam Hassan Al Banna -

Sebesar apa impian dan harapan, sebesar itulah kekuatan usaha mencapainya. Walau perit untuk kita mengejar impian kita, ingatlah bahawa Allah melihat apa yang kita usahakan .

Jangan mengalah jika tersungkur di pertengahan jalan , kerana di akhir perjalanan itu ada kemanisan yang akan diperolehi .

Sesungguhnya semua ini dari Pencipta kita yang Agung .

Jawab soalan berikut :

1. TOLONG, jelaskan tentang impian anda?

______________________________________________________________________________________

2. Apakah sifat-sifat yang perlu ada untuk
mencapai impian anda?

______________________________________________________________________________________

MOTIVATED MINDSET ✔️Where stories live. Discover now