Him 2

74 1 0
                                    

"Adam! Adam! Berhentilah!"
jerit seorang gadis bertudung bawal hitam terhadap seorang lelaki. Mungkin teman lelakinya.

Jejaka bernama Adam itu berhenti dan memandang tajam gadis di hadapannya itu. Memang jenis tak faham bahasa!

"Err awak nak pergi mana ?"soal gadis bernama Afiya sekadar berbasi.

Gerun juga dia sebenarnya dengan pandangan mata helang milik lelaki pujaannya itu.Tapi dia hanya berlagak biasa. Cool.

" Saya jerit panggil awak dari tadi tauu tapi awak buat tak tahu je.. Sakit tekak saya."

Bibir dimuncungkan.Kononnya nak nampak comel.Tetapi lelaki dihadapannya ini terlalu beku. Tengok.. Dia pandang aku macam tak ada perasaan weh!

"Say something Adam! Never mind.. Saya nak bagi ini jer." kenal sangat dengan perangai Adam. Susah nak buka mulut.

Satu kotak coklat dihulurkan Fiya kepada Irfan. Berharap lelaki itu akan terima hadiahnya walaupun peluangnya sangat tipis.

"Better kau bagi orang yang lebih memerlukan." ujar Adam tidak beriak dan berlalu pergi.

Fiya sudah ternganga. Tiba-tiba sahaja wajahnya terasa panas.Bibirnya diketap geram dan kaki dihentak ke tanah.

"Liat sangat kau ni..Takpe kau tunggu.Ni Afiya Hanan lah."

Afiya menoleh ke belakang melihat gerangan lelaki yang baru sahaja menolak hadiahnya itu sebelum kotak coklat dibuang ke dalam tong sampah.

          
                                         ¤¤¤

"Bye abah!" Leeya melambai abahnya sebelum kereta Proton Saga FX abahnya hilang dari pandangan. Dia mengeluh perlahan.

College baru,kawan baru. Nasiblah Leeya ni jenis peramah dan senang berkawan orangnya. Kalau tak, sampai bila tak berkawan.

Iphone 7 dikeluarkan dari kocek jeansnya sebelum nombor seseorang didail.

"Kau kat mana? Aku dah sampai dah ni dekat.."

Mata bundar itu melilau mencari lokasi yang berdekatan untuk memberitahu sepupunya, Intan Suhaila.

Tiba-tiba matanya tertumpu pada seorang lelaki tinggi lampai yang sedang berjalan menuju ke arahnya.

Ibu, Leeya dah jumpa menantu ibu! Tidak berkelip matanya mengusha jejaka itu dengan mulut yang ternganga. Anak teruna orang Leeya !

"Intan, aku dah jumpa teman hidup aku jodoh aku hati aku cinta aku permata hati aku.."

"Apa benda kau cakap ni, Leeya? Beritahu aku kau kat mana seka-"

TUTT TUTT TUTT

"Hello? Leeya ? Eee perempuan ni geram akuuuuu !"

Jejaka tinggi lampai itu hanya memandang pelik gadis yang berada tidak jauh darinya. Dengan tersengih -sengih macam kambing, tubuh dilentokkan seperti sotong kurita yang dipotong sungutnya.

"Hai awak.."

Leeya Arianna mula menegur. Sungguh menawan lelaki ini buat dirinya mahu mengawan pula. Wajah dimaniskan semanis-manisnya menantikan jawapan daripada lelaki itu.

KRIK KRIK KRIK

Lelaki itu langsung tidak mengendahkan dirinya malah hanya berjalan melepasi dirinya sambil menyumbatkan earpod ke telinga.

Leeya sudah terngadah tapi hati disedapkan.

"Sombong.. Ouch,i like !"

Bibirnya digigit seksi. Tak ubah seperti perempuan miang. Tak apa, dia suka lelaki jual mahal. Buat dia lagi nak 'mengawan'. Ouchh..

HIMWhere stories live. Discover now