Cerpen Banglo Di Bintulu

67 0 0
                                    

Banglo Di Bintulu

Sekitar tahun 2009 aku diminta oleh bos aku untuk ke Bintulu, Sarawak bagi melakukan pemeriksaan alatan instrument dan controller bagi Boiler dan Smoke Density. Aku bertolak dari rumah ke Shah Alam jam 4.30 pagi dan tiba di LCCT pada jam 5.15 pagi.

Waktu berlepas ke Bintulu dengan menaiki penerbangan Air Asia sekitar 7.15 pagi. Aku sampai di Bintulu dalam jam 9.00 pagi. Di airport telah menunggu seorang pemandu yang akan membawa aku masuk ke dalam kilang di dalam sebuah ladang Sawit. Lebih kurang 1 jam lebih perjalanan maka kami sampai di dalam kilang sawit tersebut.

Aku berjumpa dengan Pengurus Kilang, selepas itu aku terus lakukan pemeriksaan terhadap alatan kilang yang mengalami masalah. Tiket pulang aku dijadualkan pada esok hari. Hal ini aku dah maklumkan kepada Pengurus Kilang lalu Pihak Kilang telah menyediakan sebuah 'Guest House' yang terletak lebih kurang 1KM dari Kilang.

Selesai melakukan pemeriksaan, aku meminta pemandu menghantar aku ke rumah penginapan yang disediakan. Disebabkan kilang dan rumah berada di pendalaman ini membuatkan aku berasa Malas untuk keluar ke Bandar Bintulu, lagi pula aku selesai kerja sudah lewat petang.

Sampai di rumah penginapan, aku lihat sebuah rumah banglo yang tersergam indah di hadapan. Segala kelengkapan dan kemudahan telah tersedia seperti mesin basuh, sofa, tv, peti ais. Malah terdapat satu ruang di dalam rumah di khaskan untuk rekreasi dengan disediakan Meja Pingpong dan permainan dart.

Di sana Jam 6 petang seperti jam 7 di mana pada kaki langit sudah terpancar cahaya kemerahan menunjukkan waktu maghrib menjengah tiba. Di dalam rumah tidak ada orang lain kecuali aku, pemandu menyerahkan kunci rumah kepadaku dan meminta diri untuk pulang. Sebelum beredar dia ada berpesan supaya sentiasa mengunci pintu hadapan kerana dikhuatiri berlaku pencerobohan. Dia juga mengatakan bahawa bilik tidur aku di atas di bilik utama.

Aku memanjat anak tangga menuju ke atas dan masuk ke dalam bilik utama seperti yang dikatakan oleh pemandu sebelum dia beredar. Di dalam bilik yang serba lengkap dengan TV dan aircond serta katil bersaiz 'Queen' membuatkan aku terus rebahkan diri di atasnya. Aku yang kepenatan disebabkan perjalanan sejak awal pagi dan bekerja sehingga ke petang membuatkan aku letih dan terlelap di atas katil empuk itu.

"Bangun..." satu suara halus berbisik di telinga aku, membuatkan aku terjaga serta merta.

Aku bangun dan mengesatkan mata, aku tak sedar berapa lama aku sudah tertidur. Aku lihat jam di tangan menunjukkan pukul 8 malam.

Rupanya hampir dua jam aku tertidur, badan aku yang berlengas dan berbau membuatkan aku rasa hendak mandi membersihkan diri. Aku masuk ke dalam bilik air dan mandi. Sedang sibuk bermain sabun tiba-tiba.

"Pang ! " aku yang sedang mandi terkejut apabila mendengar seperti pintu dihempas, aku memakai tuala dan keluar dari tandas untuk meninjau dari mana bunyi itu datang. Di dalam bilik aku tidak melihat apa-apa. Lalu aku keluar turun ke bawah ruang tamu. Di situ terdapat satu tingkap terbuka luas. Angin dari luar meniup langsir yang menutupi menjadikan ia berkibar-kibar.

Aku segera menutup tingkap yang terbuka, aku pelik seingat aku sewaktu sampai tidak ada satu tingkap pun yang terbuka. Mungkin juga aku tidak sedar. Bulu romaku mula meremang, pelbagai gambaran mula menerjah dalam kotak fikiran aku. Aku segera naik ke atas, sambung kembali aktiviti di dalam tandas. Selesai mandi, aku mengenakan kain pelikat dan berbaju Tshirt.

Pada malam itu, angin bertiup lembut dari luar. Terasa segar dan nyaman saja. Tetapi tiupan angin yang sejuk membuatkan bulu roma aku berdiri kembali. Perut pula mula berbunyi, aku terlupa yang aku masih belum makan lagi seingat aku kali terakhir aku makan ketika tengahari tadi di kantin kilang. Aku turun ke bawah masuk ke ruang dapur, tengok apa yang ada untuk di makan. Aku buka peti ais dan kabinet, nampaknya rumah tetamu ini memang terbaik. Pelbagai makanan yang ada, tinggal masak saja.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 28, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Banglo Di BintuluWhere stories live. Discover now