H5

4.3K 146 8
                                    

"Har...kenapa awak potong timun macam tu tak cantik, lagipun kita nak buat ulam bukan nak masak acar?"
         Gaya Dafika dah lagak chef, mana taknya. Dia sekarang ni berdiri disebelah Ezhar yang sedang duduk memotong timun sambil mencekak pinggang rampingnya.

"Apa yang salahnya.."
         Tanpa memandang Dafika, Ezhar melirih hasil kerjanya dihadapan.

"Awak potong timun bersegi macam ni, tak cantik lah.."
          Terang Dafika lagi.
        

"Habis tu kau nak aku potong macammana?"

"Awak ambik garfu, lorekan dulu kulit timun lepas tu potong bulat-bulat, nipis-nipis. Baru cantik."
            Ajar Dafika lagi.

"Hello chef Dafika Awanis, Kau nak nampak cantik je kan. Kau tahu tak kalau lorek dan potong macam tu boleh sebabkan air dalam timun tu keluar, Kalau  dibiar lama, timun akan kering dan bertukar pucat. Kau cakap nak buat ulam, Nanti tak sampai petang dan hitam."

          Mmmm... macam betul je teori mamat ni!
"Tapi tak cantik lah ketul-ketul senget macam tu"
          Dafika tetap tak puas hati.

"Yang senget tu kepala kau. Nak cantik tapi takde kualiti, nak buat apa juga!"

"Awak ni Har..."
         Pedih juga rasa hati Dafika ketika Ezhar mengelarnya 'senget'
         Huh! Cakap tu tak pernah lembut!

           Tanpa sedikit pun sedar akan rajuk Dafika, Ezhar meneruskan kerjanya memotong timun untuk dijadikan ulam bagi menu nasi ayam.

"Mama!"
         Suara manja Karsyad yang datang tiba-tiba menyejukan hati Dafika dengan kata-kata Ezhar sebentar tadi.

"Arsyad baru balik sekolah ke?"
          Salam yang dihulur Dafika disambut Karsyad lantas diciumnya tangan wanita itu.
          Soalan Ibunya, Karsyad jawab dengan anggukan.

"Kenapa Arsyad tak mandi  lagi?"
           Soal Dafika kepada anaknya lagi.

"Emm.. Arsyad nak mama mandi kan hari ni boleh?"

"Weii budak! Kau tu dah sekolah. Ada ke nak suruh mak kau mandi kan lagi? Kau tak malu ke? Kau dah sunat belum?"
           Laju Ezhar menjawab.

"Har..."
         Mendicit sedikit Dafika sebelum dia menyeru nama Ezhar. Lelaki tu tak habis-habis nak menyakat anak lelakinya.

"Hei Budak, bak sini aku tengok burung kau tu dah sunat ke belum? Kalau belum, meh aku potong dengan pisau ni!"
            Ezhar bangun sambil menghunuskan pisau yang digunakan untuk memotong timun sebentar tadi.
     Bibir sengaja dilebar senyum untuk menakuti anak itu.

            Apalagi, Arsyad yang ketakutan menyorok tubuh belakang ibunya, mintak perlindungan.

            
"Har... awak kalau tak sakat anak saya boleh tak.."
             Keluh Dafika,, lemas betul dia dengan sikap Ezhar. Suka sangat nak mengenakan Karsyad.
             Anak lelakinya pulak terlalu manja, kadang-kadang sampai menangis Karsyad disakat oleh Ezhar.
              Hai la... Kalau dapat, nak je Dafika ketuk dua-dua kepala Karsyad dan Ezhar ni!

"Fikaaa... Fika kat mana... abang datang ni sayang..."

            Drama kejar mengejar antara Ezhar dan Karsyad terhenti ketika mendengar suara lelaki memanggil nama Dafika di ruang makan kedai.

"Siapa tu?!"
           Bercantum kening Ezhar ketika menyoal kepada Dafika.

"Awak dengan Arsyad duduk kat sini, saya keluar sekejap."
          Soalan Ezhar tidak dijawab, malahan selepas dia mengarah, Dafika terus keluar dari  dapur menuju ke ruang makan pelanggan.

HOPE (18SG)Where stories live. Discover now