Refleksi Diri

20 0 1
                                    

Pernah tak anda merasakan bahawa diri anda lebih baik daripada orang lain?

Pernah tak?

Bahawa anda merasakan bahawa anda lah yang paling hebat, paling pandai, paling sempurna!

Orang lain semua salah! Anda sahaja yang betul!

Tak pernah kah anda? 

Kalau tak pernah, alhamdulillah, ternyata anda hebat, anda lebih baik dari aku!

Kerana....

Aku pernah merasakan semua itu!

Aku rasa aku paling hebat paling genius!

"Kau salah! Aku betul! aku pandai dari kau okay!!"

Astaghfirullah, sungguh halus permainan syaitan, apabila dia tidak dapat menghasut aku melakukan zina,  melakukan dosa-dosa besar, dia perangkap aku melakukan dosa-dosa kecil!

Ya Allah, kadang aku mengalirkan air mata

Takut sangat, takut dosa lima waktu aku tidak diterimaNya, 

Teman-teman, Kadang kita leka kerana manusia sifatnya seperti itu. 

Kita solat lima waktu, solat sunat tidak tinggal, baca al-Quran, jaga hubungan dengan Allah, tetapi kita lupa jaga hubungan sesama manusia

Teman-teman, kita sebagai hamba Allah diperintah untuk menjaga dua hubungan yang penting ini: 

Hablum Minallah - hubungan manusia dengan Allah

Hablum Minannas - Hubungan manusia dengan manusia

Astaghfirullah...

Aku leka ya Allah, kadang aku lupa aku hanyalah hamba mu yang kerdil, yang lemah, yang lalai

Tiada sesiapa yang lebih hebat daripada engkau ya Allah. 

Aku bijak, kerana ilmu daripadaMu

Aku hebat, kerana kekuatan daripadaMu

Aku sihat, kerana kasih sayang daripadaMu

Sesungguhnya, aku bukanlah siapa-siapa tanpaMu ya Allah

Hanya Engkau yang Maha kaya, Maha bijaksana, Maha hebat. 

Sebagai manusia, kita kerap terbuai dengan keindahan dunia yang bersifat sementara, kadang kita lupa diri, kita lupa ada orang yang lebih baik daripada kita, kita lupa kita hanyalah makhluk ciptaan Allah, tuhan sekalian alam. 

Kadang kita sombong dengan kekayaan kita, namun kekayaan itu milik Allah

Kadang kita berlagak dengan ilmu kita, sedangkan ilmu itu milik Allah

Kadang kita kedekut dengan kemewahan kita, sedangkan kemewahan itu milik Allah

Kita lupa, kita lupa wahai teman-teman....

Kita lupa bahawa apa yang kita miliki semuanya hanyalah pinjaman daripada Allah

Kita tidak mempunyai apa-apa, kita hanyalah peminjam, termasuk mata, telinga, mulut kita. Semuanya dipinjam dari Allah

 Oleh itu teman-teman, malulah!

Jagalah mata untuk melihat perkara-perkara yang baik sahaja

Jagalah telinga untuk mendengar ceramah, nasihat-nasihat yang baik

Jagalah mulut kita untuk mengeluarkan kata-kata yang sedap didengari, bukannya mencarut, memaki! 

Sebagai peminjam, berkelakuan lah seperti peminjam. Aku tidak marah teman-teman. Aku hanya memberi nasihat kepada diri aku dan juga kamu. 

InsyaAllah dengan coretan isi hati aku ini, aku dapat menjadi hamba Allah yang lebih baik begitu juga dengan kamu. 

KembaliWhere stories live. Discover now