Mencari Jalan Pulang - Bab 5

17 0 0
                                    

IZZAT???
"Surprise?" tegur Izzat sinis.
Terkejut. Terhenti segala pergerakanku. Wajah
cengkung di hadapanku itu kutatap tanpa suara.
"Tak sangka kan, cepat aje you cari yang baharu.
Sejak bila you keluar dengan dia? Sejak you sampai kat sini?"
Izzat menyambung kata. Penuh sindiran dalam nadanya.
Perlahan-lahan segala rasa marah dan kecewa yang
hampir pulih mula merebak kembali memenuhi hati.
"You buat apa kat sini?"
Izzat mengukir senyum sinis.
"Of course I cari you. You've been avoiding me since
that day. Rupanya dah ada lelaki lain."
Panas hatiku mendengar kata-kata Izzat.
"You sedar tak apa yang you cakap ni?" Berombak
dadaku menahan amarah. "You yang main dengan perempuan
lain kat belakang I, you tipu I, but then tiba-tiba you tunjuk
muka you depan I, semata-mata nak tuduh I pulak? Lelaki
jenis apa you ni?" ujarku berang.
Izzat diam sebentar. Matanya mencerlung tajam ke
dalam anak mataku.
"Siapa lelaki tu?"
"Bukan sesiapa pun."
"I tanya you, Zie! Siapa lelaki tak guna tu?" Suara
Izzat sedikit tinggi.
"He's none of your fucking business! Kalau you
datang sini semata-mata nak tanya pasal dia, baik you
baliklah. I malas nak layan semua perkara mengarut you
ni." Aku sudah hilang sabar. Lelaki ini memang betul-betul
cari pasal. Dahlah datang tak dijemput, minta maaf langsung
tidak, terus menyibuk jadi polis pencen.
Kunci yang tadi berada di tangan terus aku halakan
ke tombol pintu. Membuka pintu sekuriti bangunan apartmen
dua tingkat itu. Tidak mahu lagi lama-lama berada di situ;
hati makin sakit, luka lama terasa berbisa kembali.
"Zie..." Kedengaran namaku dipanggil lembut.
Nada Izzat yang tadinya penuh tajam bertukar sayu. Rasa
bersalah mungkin. "I really miss you." Perlahan suara Izzat
mengucapkan rindu.
Bergetar jiwaku mendengarnya. Tangan yang sedang
menolak pintu terhenti. Entah kenapa sebaris ayat itu
membuatkan hati yang sedang membara ini menjadi lemah.
Perlahan-lahan tubuh aku palingkan menghadapnya. Jujur
aku sendiri rindu yang teramat terhadap sekujur tubuh di
hadapanku ini. Ingin sahaja kupeluk erat, melepaskan segala
bebanan perasaan yang menghimpit selama ini.
Hatiku lantas dirundung hiba. Berat. Mengasak
jiwa. Lantas air mata mengalir perlahan. Setitis... Dua titis...
Semakin lama semakin deras. Sehingga akhirnya esakan kecil
mula kedengaran.
"Kenapa you buat I macam tu?" Dalam tangisan aku
melontarkan rasa.
Izzat merenungku sayu.
"I am so sorry."
"Kenapa? Apa salah I, Izzat? Tell me! Kenapa you
sanggup tipu I? I tak sangka orang yang paling I sayang
sanggup..." Suaraku tersekat, tidak mampu lagi untuk
bersuara. Hanya air mata yang semakin laju mengalir. "It
hurts, God damn it! It fucking hurts." Wajah aku tekupkan
dengan tapak tangan. Menyembunyikan wajah yang basah
dengan air mata.
Pantas Izzat merangkul tubuhku dan menarik
kepalaku ke dadanya.
"I know baby, I know... Beritahu I apa yang I kena
buat supaya you boleh maafkan I. I'll do it. But please don't
run away from me again. I can't live without you," suara
Izzat merintih perlahan di telingaku.
Aku tidak sedar apa yang sedang terjadi. Saat ini aku
hanya mahu meluahkan rasa yang terpendam di dada ini.
Menghambur segala kekecewaan yang memenuhi jiwa.
Berkali-kali Izzat mengusap dan mencium kepalaku,
menenangkan diriku yang sedang teresak-esak menangis di
dadanya. Dilakukan sebegitu oleh Izzat, jujur aku rasa senang.
Aku rindu sentuhannya itu. Sentuhan daripada satu-satunya
lelaki yang pernah memiliki diriku ini.
Setelah beberapa ketika, aku kembali tenang.
Tangisan telah pun reda. Pelukan Izzat aku leraikan.
"You baliklah Izzat. Antara kita dah tak ada apa-apa
lagi yang nak diselesaikan. Semuanya dah tamat," serak
suaraku memecah kesunyian.
Izzat menggelengkan kepalanya. Tubuhku dirangkul
sekali lagi.
"No, Zie... no! I tak akan balik selagi you tak maafkan
I dan tak terima I balik. I tahu I salah, Zie. I tahu... it was my
mistake. I admit. Sebab tu I sanggup datang sini semata-mata
nak pujuk you balik. Please Zie... biar I betulkan balik segala
silap yang I dah buat. I'll do anything. Anything..." rayu Izzat
bersungguh-sungguh. Pelukannya terasa semakin kejap.
Betul-betul dia tidak mahu melepaskan aku pergi.
Aku diam. Rayuan Izzat perlahan-lahan menusuk ke
dalam hati. Mudah betul aku kalah dengan lelaki ini. Dalam
hati aku berasa marah dengan diri sendiri. Namun, luka
ini terlalu dalam untuk aku terima kemaafan daripadanya
semudah itu. Self-pride aku masih lagi tinggi. Kasihan diri
aku. Kasihan pada hati ini.
"I tak boleh nak fikir apa-apa sekarang ni. I tengah
unstable." Aku sendiri bingung dengan apa yang kurasakan
ketika ini. Segala-galanya terlalu bercampur baur.
Diam seketika. Perlahan-lahan pelukan dilepaskan.
Kemudian jarinya mengusap lembut pipiku sambil matanya
redup memandang mataku.
"Ambillah berapa banyak masa yang you perlukan.
I tunggu you. I takkan balik, Zie. I ada kat sini sampai you
betul-betul terima I balik," ujar Izzat lembut.
Aku hanya mampu mengangguk lemah dan
berpaling. Pintu bangunan apartmen kubuka sebelum
aku meloloskan diri ke dalam, menaiki tangga menuju ke
apartmenku sambil diperhatikan Izzat dengan pandangan
yang penuh pengharapan.

Mencari Jalan Pulang - Farah AdibahWhere stories live. Discover now