rindu siapa sebenarnya?

15 0 0
                                    

Pertama sekali aku minta maaf sangat-sangat andai sepanjang korang baca apa yang aku tulis ni, korang rasa berkecil hati sangat.

Aku tak ada niat untuk menghina, merendahkan dan jauh sekali membodohkan korang.

Aku tahu, aku juga banyak silapnya dan mungkin jauh lebih banyak silap aku berbanding korang.

Tujuan aku tulis ni bukanlah sebab aku lebih hebat atau lebih bagus, tapi aku tulis ni sebab aku faham apa yang korang nak dan sejujurnya aku sendiri pernah berada dalam situasi korang dan aku tak nak korang terus berada dalam situasi korang sekarang ni.

Bukan sebab aku cemburu dan jauh sekali mendengki tapi aku nak korang tahu, apa yang korang buat tu satu kesalahan, memang pada undang-undang dunia ianya bukan satu kesalahan tapi sedar atau tidak, pada undang-undang Allah ianya satu kesalahan.

Sebab apa? sebab ianya termasuk dalam kategori zina hati.

apa yang aku nak share hari ni adalah pasal couple dan seangkatan dengannya.

kenapa topik couple? Sebab aku sedar, akhir-akhir ni tak kesahlah dalam industri hiburan atau di depan mata aku sendiri, terlalu banyak kisah yang berkait dengan couple dan seangkatan dengannya ni. Jadi aku rasa tak patut untuk aku terus menyokong dan menerima budaya yang sememangnya Allah larang. Sedangkan dosa diri sendiri yang lepas dan yang akan datang pun aku belum tentu mampu menanggung, kenapa pula aku perlu terus dipersoalkan di akhirat nanti atas kekhilafan orang lain dan sampai bila pula aku kena lihat saudara aku terus dalam kekhilafan yang akhirnya boleh memakan diri mereka sendiri? Hmm...

1.kenapa korang bercouple?

"sebab dia caring"
"sebab dia ada rupa"
"sebab dia selalu ada waktu aku susah"
"sebab dia cool"
"sebab dia sweet"
"sebab dia suka tolong orang"
"sebab dia cukup pakej"
..........dan sebagainya..........

2.tujuan korang bercouple?

"sebab nak rasa disayangi"
"sebab nak rasa menyayangi"
"sebab nak kenal lebih dekat"
.....dan sebagainya.....

3.apa manfaatnya?

"rasa lebih disayangi"
"rasa lebih dihargai"
.....dan sebagainya.....

_________________________________________________

antara pandangan aku untuk soalan dan jawapan berikut,

korang, pernah atau tak korang terfikir sifat yang korang suka pada seseorang itu adalah sebenarnya sifat Allah,

- kalau Allah tak caring, korang tak akan dapat pelbagai rukhsah

- kalau Allah tak cool, korang tak akan dapat keampunan daripada Allah.

Jadi korang sedar atau tak, semua sifat tu ada pada Allah dan korang sebenarnya perlukan dan rindukan Allah, tapi mungkin korang terleka seketika.

_________________________________________________

dan sebagai nasihatnya,

1. carilah Allah.
carilah Allah.
carilah Allah.

kenapa ? sebab Allah lah yang mengaturkan
perjalanan hidup korang, minta pada Allah
perjalanan hidup yang paling baik untuk
korang.

2. hargailah diri korang sendiri, jangan mudah
untuk berikan kasih sayang korang pada
orang yang belum tentu sampai mati
dengan korang.

Caranya? Selalu pujuk dan kata pada diri
korang "dia bukan yang terbaik untuk aku,
aku akan dapat yang jauh lebih baik"

Selain tu, korang juga boleh jaga hati
korang dengan cara jaga pandangan korang,
sebab apa? sebab sebenarnya matalah yang
banyak mengawal hati.

3. Jangan bagi orang yang sepatutnya dapat
kasih sayang korang tu hanya sekadar dapat
sisa daripada orang lain. Tapi kalau boleh
jadikanlah dia dapat yang limited edition.

caranya? Selalulah pujuk hati korang
dengan kata "kalau aku tak suka sisa,
takkanlah aku nak bagi sisa pada orang ?"
_________________________________________________

tak ada apa yang boleh aku katakan melainkan korang dapat pengisian yang aku cuba sampaikan. Sekali lagi, aku minta maaf sangat-sangat andai apa yang aku tulis menguris hati korang.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 02, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Luahan Hati 💖Where stories live. Discover now