Sekadar ucapan yang aku malu untuk ucapkan kepada insan insan tertentu. Sekaligus , penerimaan mereka kerana masih berada di sisi waima selayaknya aku dicampak di tepi jalan ;)
Kepada Junaina Binti Mohamad. Seorang wanita yang pernah dirabak perutnya untuk melahirkan seorang insan yang selalu menyakitinya. Terima kasih mama kerana pernah berjudi nyawa untuk si tak guna ini.
Kepada Eddie Ros @ Idrus. Seorang lelaki yang selalu berkeringat mencari duit untuk kami semua. Selalu tersenyum lalu menangis di belakang. Terima kasih kerana melayakkan si tak guna ini berbintikan namamu.
Ireen Adrina , Dina Nadia , Aresha Ellyana.
3 insan yang berkongsi rahim dan berkongsi nama ayah. Terima kasih kerana wujud , peneman berbalah.Kepada 5 kepala yang sentiasa bersama dengan aku di bumi Muar. Insyirah , Eiznur , Aida , Aziana dan Hanis. Terima kasih kerana mengutip aku lalu berdamping dengan aku.
Terakhirnya , terima kasih Ya Allah. Pemilik sekalian alam. Terima kasih atas segala nikmat dan ujian. Terima kasih kerana masih memberikan aku nikmat iman. Kaulah pemilik hati ini Ya Allah , tiada yang lain.
Jadi , bersedia? Bismillahirahmanirahim
2/6/19
Ahad
YOU ARE READING
Beautiful Life
PoetryMenulis itu lebih baih daripada bercerita pada orang yang berpura pura mengerti 😊