6

219 22 10
                                    

D-5 before CEO datang mengejut.

"Jeonghan hyung."

"Apa kau nak."

"Jangan marah. Jun nak tanya je. Kita nak buat apa sekarang."

"Kau tanya aku nak buat apa? Aku? Buat apa? Sekarang? Jun kau tau tak aku sebenarnya tertekan? Tertekan dengan semua yang terjadi tiba-tiba ni? Dahla aku je yang tinggal. Aku kena fikir banyak benda sekarang. Ramai dah taruh harapan kat aku , yang aku akan debut. Kalau mereka kecewa dengan aku ? Aku nak bayar dengan apa? ARGH!" Dia bangun dengan penuh amarah menghempas pintu.

Moon Junhui terpinga-pinga di tepi koridor.

"Jeonghan hyung luahkan perasaan dia ke tadi?"

×_×

"Ha Ge (abang)! Apa jadik?!"

"Sabarla dek oi. Tak sempat nak catch nafas lagi uh." Jun melabuhkan punggungnya di kerusi dalam bilik praktis.

Bilik praktis sunyi betul. Tak macam selalu yang bising kalah bilik band Amy Search. Taktau la mana yang bergerak secara 'solo' tu praktis kat mana , bayang pun tak nampak.

Maknae Line tentu-tentunya dah balik awal.

Jun menghela nafas berat sebelum bercakap dengan The8.

"Jeonghan hyung nampak penat la. So Ge diam je. Dengar apa dia cakap. Nampak macam dah lama sangat tanggungnya. Urhh."

"Dah la hyung, takyahla stress sangat. Jom balik. Beli aiskrim. Hao ada duit lebihh."

Tersengih-sengih The8.

×_×

"Seperti yang diharapkan." CEO menepuk tangan suka.

"Woozi sila duduk. Next." Sejurus CEO berkata seorang lelaki bergigi comel berdiri.

"S.Coups ibnida. Saya akan tunjukkan saya punya kehebatan dalam rap."

"Silakan."

S.Coups mempersembahkan rap-nya yang ditulis sendiri. Entah kenapa lirik itu terlalu dalam apabila didengari.

"Good. Next , Junhui."

"Uh? Okey."

×_×

D-3 before meet CEO

"GAIS MARI BISING DI BILIK PRAKTIS!"

"Suara kau je dah buatkan bilik ni bising tau tak -_- "

"Tak. Tak tau. Hmm gais aku nak tanya!"

"Gapo dio."

"Aku tapaham betul la kenapa si Dino ni asyik cakap satoori. Sihat ke tak Dino ni?"

"Dino sihat walafiat jangan dirisau an."

"Dino tak betul lepas hyungs tinggalkan dia ."

"Haggagagagagaga."

"WEYYYY SIYES NI BOSAN!!" Seungkwan dah menjerit macam orang gila.

"GI PRAKTIS LA SEUNGKWANGKANG."

Jeritan dibalas dengan jeritan. Vernon bengang.

"AAAAAAAAAAAAAAaaaaaaAAAHHHAAAAAAaaaaaaaaaAaAAAAA."

"Dokyeom mulo doh diooo #ripears2018."

"Ya DinO kAu bEriNfOrmAl dEngaN DK? 0-0" The8 acah nesen.

"Dino kuajaq ni. Ha Mingyu manoi."

"Cari Jun hyung." Jawab The8 pantas. Sampai Jun je laju ngeh.

"Jeonghan hyung pun takde kan." Dino kembali normal.

Krek.

"Eoh Mingyu? Mana nya Jun hyung ?"

"Tak jumpa lah. Dahla noona manager suruh praktis." Mingyu pergi ke komputer.

"Yelaaahhh."

Masing-masing praktis tanpa rela hati kerana masa nak bergelak ketawa hanya sekejap.

×_×

"

Kau Jun dah la nak pertahankan orang lain. Kau pun tak beberapa nak hebat sangat. Baik kau buat hal sendiri. Tak payah nak sibuk hal orang. Diaorang debut tak debut lantak lah. Tak de kacau hidup kau kan?"

"Tapi kan diaorang dongsaeng kita. Jadi trainee bersama pun dah lama. Takkanlah--"

"Cukupla. Kau datang sini nak pujuk aku supaya praktis sesama? Jawapan aku tetap tidak. Aku dah buat keputusan aku nak bersolo sekarang. Eh Jun kau ni kan tak rasa ke buang masa layan orang ? Dengar sini, kawan tak menjamin masa depan kau. Think about it."

Hatinya perlahan-lahan menyerap segala kata-kata Jeonghan. Fikirannya penuh dengan perkara negatif dari positif.




Maaf tapi aku rasa mess sikit part ni huhuhu



Seventeen [C]Where stories live. Discover now