Cerita3: Korban di Aidiladha

65 0 0
                                    

Pak Kodi mengasah parang pusakanya sampai tajam. Kejap lagi ada tiga ekor lembu hendak ditumbangkan. Sudah menjadi tugas hakikinya untuk mengetuai kerja-kerja korban lembu pada setiap hari raya Aidiladha.

"Pak Kodi oh Pak Kodi!" Mansur menjerit dari luar rumah.

Pak Kodi tersentak lantas bangun menuju ke beranda rumahnya.

"Ya Mansur, ada apa? Kamu ni tak reti bagi salam dulu ke? Menonong jer jerit-jerit nama aku." Marah Pak Kodi.

"Maaf Pak Kodi, ini emergency. Ada berita baik dengan tak baik ni. Pak Kodi nak dengar yang mana satu dulu?"

Pak Kodi menggeleng kepala. Belum apa-apa Mansur sudah menaikkan amarahnya. Lagipun, membuat pilihan berita baik dan berita tak baik bukanlah kepakaran Pak Kodi.

"Bagitahu berita baik dulu lah, kemudian baru lah berita tak baik." Jelas Pak Kodi

"Berita baiknya, Mah Janda ada di balai raya tengah tunggu ketibaan Pak Kodi untuk sembelih lembu. Berita buruknya lembu-lembu tu dah hilang Pak Kodi!!"

Pak Kodi menggeleng kepala sekali lagi. Kali ini lebih lama. Mungkin dia menggeleng kepala sambil memikirkan solusi yang baik untuk kerumitan sebegini. Parang pusakanya tidak boleh tidak mesti makan darah setahun sekali.

"Takpa, kita pergi ke balai raya dulu. Sekurang-kurangnya kat sana ada berita baik."
--------------------------------------------------
"Saya rasa lembu-lembu ni kena curi lah Pak Kodi" Mat Satu melempiaskan teori mudah.

"Saya pulak rasa lembu-lembu ni diculik alien." Mat Dua pula tampil dengan teori sains aeroangkasa.

"Saya pulak rasa yang kita perlu cari lembu-lembu baru untuk menggantikan lembu-lembu yang hilang. Tak gitu Pak Kodi?" Mat Tiga muncul dengan cadangan solusi tanpa teori.

Pak Kodi menggelengkan kepala sekali lagi. Cuma kali ini dia tersenyum sedikit. Barangkali cadangan Mat Tiga itu bernas lain macam walaupun kebiasaannya dalam ketiga-tiga adik beradik Mat, Mat Tiga lah yang paling bangang sekali.

Dalam hierarki kebangangan keturunan Mat, Mat Satu paling kurang bangangnya bilamana dia berjaya skor 5E dalam UPSR sewaktu darjah 6. Mat Dua juga turut mengikut jejak langkah abangnya dengan skor 5E. Cuma bezanya, Mat Dua ditangkap kerana menggunakan kalkulator sewaktu peperiksaan subjek Bahasa Inggeris. Katanya, guna kalkulator lagi senang dan cepat. Mat Tiga pula bergelumang dengan kebangangan tahap tertinggi bilamana dia tidak hadir ke dewan peperiksaan sewaktu UPSR kerana dia lupa dia berada di darjah berapa. Mengikut laporan GPK HEM, Mat Tiga dijumpai duduk belajar bersama murid darjah satu ketika itu.

"Okay, Mat Tiga, kau pergi settlekan masalah ni. Call Sudin Lembu dengan Borhan Kambing, tanya ada stok lagi tak?" Pak Kodi memberi arahan.

Kemudian mata Pak Kodi ralit memandang susuk Mah Janda atas bawah. Dia menelan air liur lantas menggelengkan kepala sambil berjalan ke arah Mansur.

"Mansur, apa kejadah Mah Janda tu pakai skirt singkat pagi-pagi raya ni?" Soal Pak Kodi.

"Entahlah, mungkin baju dia semua basah. Semalam kan hujan lebat." Mansur menjawab ringkas.

Mah Janda datang menghampiri Pak Kodi dan Mansur. Seakan akan ada perkara yang ingin ditanya ataupun diberitahu.

"Pak Kodi, memandangkan lembu-lembu semua dah hilang, apa kata Pak Kodi ambik ayam kampung dekat rumah Mah tu buat korban." Mah Janda memberi cadangan.

Pak Kodi menggelengkan kepala buat kali keempat. Kali ini ditemani Mansur yang turut menggelengkan kepala sekali. Lantas Pak Kodi mengeluarkan parang dan memanggil Mat Satu, Mat Dua dan Mat Tiga.

"Kamu semua, pegang Mah Janda ni elok-elok. Kita dah jumpa pengganti lembu untuk dikorbankan." Arah Pak Kodi dengan tenang.

------------------------------------------------------

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 23, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cerita Rakyat PahangWhere stories live. Discover now