Kedai Magika Inkfinity-Amril

96 25 6
                                    

"Abang Am, nak ke mana tu? Nak ikut boleh?" soal seorang budak lelaki kepada Amril.

"Kau sibuk kenapa? Bukan urusan kau aku nak ke mana sekalipun. Kau tu menyusahkan aku je," jawab Amril dengan suara yang meninggi.

Budak lelaki itu terkebil-kebil sebentar sebelum mula menangis. Dia berlari masuk ke dalam rumah.

"Nak bagitahu maklah tu," rungut Amril.

Amril mula berjalan pergi dari kawasan rumahnya. Biasanya waktu petang sebegini dia akan melakukan kerja rumah. Namun, rutinnya terganggu hari ini. Semuanya hanya kerana permintaan adiknya untuk mendapatkan kasut baru ditunaikan ibu_bapa mereka.

"Kasut aku yang dah koyak rabak tak pula diganti baru. Kasut Amran pula yang dibeli," rungut Amril sendirian.
Dia tidak menyedari bahawa langkah kakinya menghala ke arah sebatang pokok besar.

"Kan bagus kalau kehidupan aku berlawanan daripada sekarang, tak ada adik dan keluarga aku kaya-raya. Pasti semuanya akan jadi lebih baik untuk aku," kata Amril.

Sejurus selepas Amril berkata sedemikian, dia terhantuk pada dahan pokok besar. Terus dia terjatuh.

"Cis! siapalah yang tanam pokok di sini, bahayakan orang betullah ," bebel Amril.

Dia segera bangun dan membersihkan debu dan tanah yang melekat pada pakaiannya. Kemudian, dia terlihat kad berwarna hitam bertulis, 'Infinity' dalam tulisan yang berwarna putih. Amril segera mengambil kad tersebut.

Kedai Magika Inkfinity
'Marilah datang ke kedai saya.Saya menjual cenderamata magika. yang boleh memakbulkan semua. impian kamu.'

-Urana Exszhana-

'Walaupun kedengaran mengarut, tapi apa salahnya aku pergi kedai ni... manalah tahu impian aku benar-benar tertunai,' fikir Amril.

Amril mengatur langkah mencari kedai tersebut berpandukan peta kecil yang disertakan pada kad yang dijumpai tadi. Setelah hampir 15 minit berjalan, dia berjaya menemui kedai tersebut. Lokasi kedai tersebut agak terpencil dan dipenuhi dengan semak samun.

'Kedai ni masih beroperasi ke?' getus Amril, 'Nampak teruk je keadaan kedai ni, mesti tak laku ni... Ahahaha.' Sempat Amril mengutuk kedai tersebut dalam hati.

"Selamat datang ke Kedai Magika Inkfinity." Seorang gadis bermata hijau tersenyum manis tatkala Amril melangkah masuk ke dalam kedai tersebut.

"Kau mesti Urana kan? Betul kau mampu makbulkan impian aku?" soal Amril kepada Urana.

"Ya, saya Urana dan permintaan awak akan dapat ditunaikan dengan kuasa sang Penguasa Alam. Saya ada cenderamata yang sesuai untuk awak," balas Urana yang masih lagi tersenyum manis kepada Amril.

Amril memerhatikan susunan cenderamata di setiap rak dalam kedai tersebut. 'Semuanya disusun mengikut bentuk piramid, Menarik!' fikir Amril.

Urana kembali dengan membawa sebuah cermin.

"Ini cenderamata untuk awak," kata Urana sebelum menyerahkan cermin itu kepada Amril.

'Cermin? Apalah yang cermin boleh buat untuk aku?' getus Amril. "Err... Terima kasih. Berapa harga cermin ni?" soal Amril.

Kedai Magika Inkfinity (On Hold)Where stories live. Discover now