Cerita 1: Pok Jak

127 1 0
                                    

Pok Jak termanggu di tangga rumah memikirkan hidup yang tak berapa sedap 'feeling'nya sejak dua menjak ini. Seminggu selepas kelahiran anak pertamanya, ada terbit seribu pertanyaan dalam sanubari. Isterinya, Daniella, seakan membenci dirinya. Senyum yang biasanya menguntum di bibir bertukar menjadi masam bak cuka. Pok Jak atau nama sebenarnya Razak, tahu akan perubahan itu tapi dia bingung, dia buntu.

Jam sudahpun menunjukkan pukul 7.00 petang. Malam nanti Pok Jak mahu ke warung hujung kampung. Wak Kertu dengan Mat Tam ajak dia tengok bola malam nanti. Perlawanan bolasepak Final Piala FA mana mungkin boleh terlepas. Bukan senang-senang Pahang nak layak ke Final. Tidaklah sesenang Pahang belasah JDT 3-0 pada suku akhir kedua beberapa bulan lalu.

"Saya nak ke warung hujung kampung kejap lagi. Nak kirim apa apa tak?"  soal Pok Jak.

"Takpalah. Takda selera." Daniella menjawab pendek.

Pok Jak menggelengkan kepala tanda bingung. Isterinya masih marah kepadanya. Hendak disoal tidak berjawab. Pok Jak hanya mampu bersabar kerana mungkin ini simptom kemurungan selepas melahirkan anak. Sudah jam 8.30 malam. Pok Jak bergerak menuju ke warung menaiki Honda bulat pusaka arwah ayahnya.

"Bola dah start ke?" tanya Pok Jak.

"Belum lagi. Tengah ready nak masuk padang lah ni. Lepastu nyanyi lagu negeri. Aku cadangkan nanti kita berdiri waktu lagu negeri Pahang okay tak?" Wak Kertu memberi cadangan seraya menghirup secangkir kopi panas yang sudah bertukar suam.

"Ikut suka kau lah" jawab Pok Jak ringkas sambil memandang geram ke arah Mat Tam.

Pok Jak geleng kepala melihat Mat Tam. Samada dia gila ataupun dia berani mati untuk pakai jersi JDT waktu game Pahang lawan Selangor. Ikutkan hati hendak saja Pok Jak lempang Mat Tam sedas dua. Tapi dia masih sabar.

"Aok ngape monyok jer, macam ada problem koi tengok?" Mat Tam mulakan bicara

"Bini aku tu ha masam muka dengan aku. Padahal baru dapat baby patutnya happy lah sikit" Pok Jak memberikan penjelasan.

"Pelik jugek tu. Anok aok tu lelaki kan? Ape namenye?" Mat Tam menyoal lagi.

"Najib." Pok Jak menjawab pendek.

Mat Tam menahan gelak. Wak Kertu yang sedang berdiri untuk nyanyi lagu negeri lantas duduk menahan ketawa.

Pok Jak masih bingung.

Cerita Rakyat PahangWhere stories live. Discover now