Bab 4

442 16 0
                                    

Fikiran aku yang tadinya bercelaru kini telah menjadi tenang setelah selesai menunaikan sembahyang istiqarah dan juga sembahyang isya' seperti yang diminta oleh ibuku.Benarlah kata orang,jika stress ataupun inginkan kejayaan, 'Sembahyang' lah kunci pertamanya.Sembahyang memberikan kita ketenangan dan kejayaan jika kita menjaga hubungan kita dengan Allah Ta'ala.

Setelah aku siap melipat kain telekung aku menjadi kemas,aku pun berlalu keluar dari bilikku untuk menuju ke dapur yang berada di tingkat bawah.Malam ini Zarina telah berjanji kepadaku untuk memasak menu yang sedap-sedap belaka disebabkan gajinya keluar pada hari ini.Sampai sahaja di akhir anak tangga,perutku mula memainkan lagu rock kapak setelah tercium aroma makanan yang sedap dari dapur.

"Boleh meleleh lah air liur kalau macam ni."kata aku dengan bersendirian.

Setiba aku di dapur,aku sudah nampak Zarina yang sibuk menyediakan makan malam kami dengan menyediakan pelbagai makanan yang dimasak oleh air tangannya sendiri iaitu telur dadar,ikan masak kari dan juga nasi goreng.Walaupun menu tersebut kedengaran seperti simple namun rasanya memang lazat kerana Zarina lah chef di rumah ini.Lalu,aku pun pergi ke singki untuk membasuh tangan aku sebelum menikmati hidangan tersebut.

Zarina pun mengambil tempat dengan duduk di kerusi hadapan aku sambil menyeduk kuah ikan tersebut ke pinggan aku.Zarina memang begitu sikapnya,dia akan sendiri mendahulukan orang lain terdahulu sebelum dirinya sendiri.Dengan bacaan doa makan yang dibacakan oleh aku sendiri,kami pun mula menikmati makan malam kami dengan keadaan sunyi.Aku dan Zarina memang sentiasa dalam keadaan begini jika sedang makan kerana takut tersedak dan baginya tidak sopan.Namun,kadang-kadang rule tersebut juga tidak dapat kami patuh sepanjang masa jika cerita yang ingin disampaikan itu sangat penting dan most important is jika cerita tersebut sangat terhangat.

"Fiya,aku nampak kau balik tadi nampak macam kusut je?Kenapa?"Tanya Zarina bagi memecahkan kesunyian antara kami berdua.

"Nak cerita ke tak ni?".Tanya aku di dalam hati.

Bukan aku tak nak cerita perkara yang sebenar kepada Zarina namun aku tak mahu Zarina risau lebih-lebih lagi dalam bab yang melibatkan kisah 'Cinta' aku.Cukup lah dia tahu kisah aku dan Ezrique sahaja.Namun,untuk tidak memberitahu perkara yang sebenar kepada Zarina,adalah satu musibah kerana Zarina sentiasa dapat tembak perasaan aku seperti dia seorang yang mempunyai sixth sense dan jikalau dia tahu masalah aku dia sentiasa mencari solusi bagi menyelesaikan masalah tersebut walaupun hingga ke lubang cacing.

"Aku..aku..,tak tahu nak cakap macam mana kat kau Zar.Its complicated."kataku dengan jujur

Aku sudah nampak Zarina tidak lagi memegang sudunya dan sekarang tumpuannya beralih kepada aku.Maksudnya,sesi soal jawab akan bermula antara aku dan Zarina.Jantung aku sekarang terasa hendak keluar dari pada badan aku namun aku berzikir di dalam hati bagi menenangkan perasaan takut yang kini menjelma.Selepas ni,memang agak sukar untuk aku menipu hal yang sebenar kepada Zarina kerana dia seorang yang sangat ingin tahu tentang perasaan orang lebih-lebih yang melibatkan aku.

"Cerita lah,Fiya.Aku pun nak dengar.Kau kan bestfriend aku.Apa gunanya bestfriend jika tidak mendengar masalah kawan sendiri? I'm all ears for you,Fiya."

"Tengah hari tadi,aku pergi jumpa ibu aku sebab ada perkara yang nak dibincang.And guess what? Ibu aku terima lamaran dari Puan Hani bagi pihak anaknya untuk aku.Macam mana aku tak terkejut!"

Zarina yang berada di hadapan aku sudah tersenyum-senyum setelah mendengar kata-kata aku tersebut.Memang aku syak dia memang setuju dengan idea gila tersebut namun aku masih lagi belum pasti dan harap-harap lah malam ini akan ada lah jawapannya.

Dia Ditakdirkan Untukku (on  hold)Where stories live. Discover now