Kitab Misbaahul Absor

695 1 0
                                    

Kitab 'Misbaahul Absor'

( Kitab : Pelita Matahati bagi menyebut sebahagian dari kisah Si Yatim yang Terpuji s.a.w')

Kumpulan Karya Qasidah & Nathar

Maulid Nabi s.a.w

Susunan :

Jamaah Para Ulama Tradisional Terkemuka

Masjid Al'Firdaus

Mula : 1 Muharam 1430 /

29 Disember 2008

Tiap Isnin : Lepas Solat Maghrib

Muat turun :

www.ghousekhan.blogspot.com

Pendahuluan

Para Pembaca Budiman,

Alhamdulilah, segala pujian bagi Allah yang telah menjadikan kita Umat Nabi- yang kita semua senang dan kasihi kepadanya, Junjungan Besar s.a.w. Selawat dan Salam kepada baginda pada setiap pagi dan petang sehingga mula hari terbentang. Juga keberkahan saling tumpah - menumpahi dari satu benjana generasi ke satu benjana generasi hingga ke hari yang tiada baginya sangsi.

Amma Ba'd : Nazam dan bacaan maulid dalam kitab ini adalah satu usaha kecil untuk mengekalkan tradisi ulama kita yang ketika ini hampir terpupus, yang mula di baca di Masjid Al'Firdaus pada 1 Zulkaedah 1428. Susunan ini adalah karya dari sembilan para wali Allah dan ulama yang terdahulu lagi masyhur, yang sama-sama kita warisinya dengan baik.

Kami letakkan bulatan hitam disetengah barisan qasidah yang dipilih untuk dibaca kerana menyesuaikan jangkamasa antara Maghrib dan Isyak setiap Isnin malam Selasa di Masjid Al'Firdaus, Jalan Ibadat, Singapura.

Selamat bermunajat dan berselawat dengan cara dan gaya yang di senanagi jiwa kita yang telah dipusakakan kepada kita oleh para wali Allah solihin.

Mohamad Ghouse Khan Surattee

Pegawai Agama Masjid Al'Firdaus

1 Muharam 1430

Mengenal Penyusun Qasidah

Qasidah 1 m/s 6 : Belum diketahui penyusunnya . Qasidah ini diambil dari kitab Syaraful Anam

Qasidah 2 m/s 8 : Belum diketahui penyusunnya. Qasidah juga ini diambil

dari kitab Syaraful Anam

Qasidah 3 m/s 10 : Imam Syarafuddin Muhamad Bin Saiid Al -Busiri

( wafat : 608 hj )

Qasidah 4 m/s 14 : Imam Al-Habib Abdullah Bin Hussain Bin Tahir

( wafat : 1272 hj )

Nathar m/s 16 : Mufti As-Syafie Almuhadith Al-Imam Sayyid Ja'far

Bin Hasan Al Barzanji ( wafat : 1177 hj )

Qiyam m/s 16 : Alhabib Alwaliy Ali Bin Muhamad Alhabsyi

( wafat : 1333 hj )

Qasidah 5 m/s 22 : Alqutb Alghauth Habib Abdullah Bin Alwi AlHaddad

( wafat : 1132 hj )

Ratib Al-Idrus m/s 26 : Habib Abdullah Bin Abu Bakar Al-Idrus ( wafat : 865 hj )

Doa Maulid m/s 28 : Alhafiz Al-Imam Wajihuddin Sheik Abdur Rahman Bin

Ali Ad-Daiba'ie ( wafat : 944 hj )

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ

KitabTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang