Bab 1

617 14 0
                                    

Isya : Kak Ika , jom teman adik jalan jalan dekat taman luar sana ?

Ika : Akak banyak kerja sayang , ajak abang okay ?

Adik Isya : Adik dah ajak abang tadi , tapi dia taknak !

Ika : Afiq , teman Icha jalan dekat taman sana .

Afiq : Afiq nak tengok tv lah kak , nanti nanti lah !

Ika : Kesian Icha Fiq , pergi teman kejap . Nanti akak siap , akak pulak teman .

Isya : Cepat lah abang , kawan kawan adik dahlama tunggu tu !

Afiq : Ishh yelah yelah , ha cepat !

Ika : Afiq , cakap elok elok dengan adik tu . Kalau mama abah dengar sedih diaorang .

Afiq : Orang dah takda takpayah sebut lah kak .

Terkedu Ika mendengar kata kata yang dikeluarkan oleh adiknya sendiri . Api kemarahan telah membuak , cepat cepat Ika beristighfar . Ika terlupa , dia belum menunaikan solat asar kerana sibuk menyiapkan kerja yang ditangguh di pejabat malam semalam . Cepat cepat dia bangun dari kerusi kerjanya lalu menuju ke tandas untuk mengambil wudhuk . Kertas kertas yang berselerak dikemas rapi dan mana yang tidak diguna dironyok lalu membuang ke dalam tong sampah .

Selesai solat asar , seperti biasa Ika akan mendoakan buat kedua orang tuanya yang telah lama pergi meninggalkannya dan dua orang lagi adiknya . Tiba tiba Ika terdengar tv dipasang , cepat cepat dia membuka kain telekungnya dan disangkut di hanger . Sejadah dilipat elok , disimpan didalam almari . Rambut yang sudah jatuh terikat tadi , diikat semula lalu langkah di atur kemas menuju ke luar .

Ika : Eh Fiq , Icha mana ?

Afiq : Dekat taman lah , dengan kawan kawan dia .

Ika : Afiq ni kan , akak mintak tolong jaga adik kejap pun takboleh . Penting sangat ke tv tu berbanding Icha ha ?

Afiq : Tak , yang akak nak emo sangat ni dah kenapa ? Dia dengan membe dia kot dekat sana . Lagipun orang besar  ramai dekat sana .

Ika : Kalau Allah nak benda tu terjadi , kita berhati hati macam mana sekalipun benda tu tetap akan terjadi . Mintak tolong jaga kejap takboleh !

Afiq : Akak ni bising lah , macam lah adik tu kecik sangat . Dia dah 6 tahun kot , dah sekolah pun .

Ika : Orang besar pun boleh kena culik , ini kan budak Fiq .

Afiq : Habis dah ?

Ika : Jaga rumah . Cerita habis takpayah keluar . Solat asar jangan lupa !

Afiq : Dah dah pergi tengok Icha .

Ika keluar dari rumah dan menuju ke taman dimana adiknya berada . Namun tidak kelihatan batang hidung adiknya . Matanya melilau lilau mencari kelibat adik bongsunya itu . Takut , risau , gelisah . Dimanakah adiknya ?

Isya : Kakak ! Kakak !

Ika kenal sangat dengan suara itu . Itu adalah suara Atisya , adik bongsunya . Tapi dengan siapakah Isya bermain ? Okay , mungkin budak lelaki itu kawannya tapi siapa pula bersama mereka ? Lelaki dewasa ? Abang kepada kawan Isya mungkin ?

Ika : Aik ? Isya dengan siapa tu ?

Ika mengatur langkah kemas menuju ke arah adiknya bersama lelaki tersebut . Risau adiknya disakiti oleh mereka tetapi Isya masih tersenyum ? Tak mungkin mereka sakitkan Atisya .

Ika : Assalamualaikum ?

Lelaki sebaya Ika : Waalaikumsalam

Isya & kawannya : Waalaikumsalam kak !

PEREMPUAN PALING BAHAGIA Where stories live. Discover now