Permulaan

1.5K 51 0
                                    

Fira keluar dari pintu dewan utama Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur (MPDRM KL) dengan bangga sekali. Mana tidaknya. Hari ini adalah hari konvokesyen di mana dia telah menerima ijazah dalam pengajian sains penyiasatan dan pendakwaan. Malah dia telah menerima tawaran dan akan memulakan kerjayanya sebagai polis pada minggu hadapan. Dia sudah tidak sabar untuk memulakan tugas.

Keluar dari dewan itu, dia tercari-carikan abang dan kakaknya sambil memegang topi konvokesyen yang berada di tangannya. Dalam khalayak ramai itu, kelihatan abangnya, Ehsan dan kakaknya, Dyla yang sedang melambaikan tangan mereka ke arahnya. Fira tersenyum dan terus menjerit. "Kakak!!" jerit Fira kuat dalam khalayak ramai. Dia sudah tidak peduli dengan orang ramai yang berada di situ dan terus meminta laluan daripada sebuah keluarga yang menghalang laluannya.

Tiba sahaja di hadapan Dyla dan Ehsan, Fira sudah tersengih. "Haih...Tak nak peluk along ke?"
tanya Dyla sambil mendepakan kedua-dua belah tangannya. Fira pula membuat muka. "Tak nak. Badan along busuk." balas Fira. Dyla pula mula membuat muka merajuk. "Memandai je budak ni...Apa punya adiklah Fira ni... Sedih. Tak sayang kakak sendiri." ujar Dyla sambil mendekatkan jarinya ke bahu Fira untuk mencubit Fira. Fira yang menyedari tindak-tanduk kakaknya itu pun segera menjarakkan dirinya daripada Dyla sambil menjelirkan lidahnya pada kakanya. "Ingat orang tak tau yang dia nak cubit." ujar Fira sambil tersengih.

"Tersengih-sengih." ujar Dyla. Ehsan pula mula bersuara. "Tak nak peluk alang?" tanya Ehsan sambil tersengih. Fira sudah mula membuat muka kegelian. "Alang jangan nak mengada ye." ujar Fira. "Ye lah..." balas Ehsan.

"Mana ayah dengan angah?" tanya Fira sambil memandang sekeliling untuk mencari ayah dan abang kesayangannya yang lagi satu. "Diorang ada." ujar Dyla. "Kat mana?" tanya Fira mengalihkan pandangan ke arah Dyla. "Diorang ada kat hati Fira." ujar Dyla lagi. "Nak buat ayat cia cia pula... Tapi betul juga. Diorang selalu kat hati Fira." ujar Fira membalas ayat 'cia cia' Dyla itu. "Ayah dengan angah ada hal...Lagi satu, along dengan alang takde kat hati Fira ke? Sampai tak nak peluk along..." tanya Dyla.

"Ayah, angah dan along je ada kat hati Fira. Along takde.. " ujar Fira sambil tersengih. Dyla pula membuat muka. "Kalau macam tu apalah yang along buat kat sini kan? Buang masa je. Baik along balik tak payah tengok konvo Fira." balas Dyla pula sambil membuat muka yang sengaja diseriuskan. Dia pun mula berpaling konon-kononnya ingin beredar dari situ. Fira pula sudah menghamburkan tawa apabila melihat Dyla yang berpura-pura merajuk.

"Mana adalah along. Kalau along nak tau along pun sentiasa di hati Fira. Semua ahli family kita ada kat hati Fira. Janganlah merajuk..." pujuk Fira sambil memeluk Dyla dari belakang. Dia membuat muka comel. Dyla pula mula mengalah. "Macam manalah along nak tinggalkan Fira...Muka comel macam ni siapalah yang sampai hati nak tinggal Fira. Kalau ada orang buat itu orang gila namanya..." ujar Dyla sambil berpaling semula menghadap Fira.

"Kenapa tadi along dengan alang tak masuk dewan?" tanya Fira. "Tempat duduk takdelah...Tu yang alang dengan along berdiri jadi pak guard kat luar ni..." jelas Ehsan. "Ohhh...Kalau macam tu jomlah balik. Majlis dah tamat dah pun..." ajak Fira. "Jomlah." ajak Ehsan pula. Mereka bertiga pun beredar meninggalkan maktab itu.
____________________________________

Maaflah permulaanya agak membosankan sikit. Tapi nanti tengoklah saat chapter kes-kes yang perlu diselesaikan...

POLICE 1 [COMPLETED]Where stories live. Discover now