SAHABAT

907 99 20
                                    

Assalamualaikum

Hari ni saya search banyak quotes pasal persahabatan. Entah kenapa rindu sahabat saya sangat.

Sahabat tak sama dengan seribu kawan. Mesti readers semua dah tahu pasal persahabatan kerana ia sangat kerap dijumpai.

Tapi sahabat bukan senang dicari. Dunia ini tak indah tanpa sahabat. Sahabat juga tak semestinya yang dekat dengan kita. Yang jauh beribu batu juga boleh jadi sahabat.

Sebagai Islam, sahabat mestilah seorang yang mebimbing sahabatnya ke arah yang benar, saling menasihati dan menegur. Bukan hanya ada ketika senang dan susah je.

Janganlah diam je bila lihat sahabat kita buat salah dan dosa. Tegurlah demi kebaikan. Kalau dia tak terima biarlah kerana mungkin dia bukan sahabat sebenar kita. Tapi kalau dia terima, dialah sahabat dunia akhirat kita.

Jangan sampai dia cari kita di padang mahsyar nanti dan cakap "Kenapa kau tak tegur aku dulu? Disebabkan kau tak tegur aku, aku seret kau sekali ke neraka!" Nauzubillahminzalim! Minta dijauhkan.

Masih belum terlambat untuk berdakwah. Kita tegur bukan sebab kita perfect tapi sebab kita sayang dia dan bersama perbaiki diri. Oleh itu, tegurlah sesiapa yang membuat dosa dan silap even bukan sahabat kita. Kalau dia terima, alhamdulillah.

Saya tegur readers bukan sebab saya perfect tapi sebab saya nak ajak bersama buat kebaikan. Wallahualam.

~gadisdakwah~

Let's Dakwah!Where stories live. Discover now