PART 3

128 2 0
                                    

THE BROKEN PROMISE
Part 3

Eshaal sempat melihat perkembangan Shaddix melalui FB. Shaddix rupanya memang setiap tahun wakil kebangsaan. Patutlah badannya macam kental mental saja, rupanya aktif main tenis 😂.

Abangnya si Evan pun suka main tenis. Lama sudah dia tidak balik kampung. Lagi sebulan mau final exam. Cuti semester baru dia balik kampung.

Baru tadi mama dia call lepas rindu sama satu-satunya anak perempuan kesayangannya. Mama bilang cuti semester nanti si Evan mahu bertunang dengan pilihan hatinya. Bakal ada kakak ipar Eshaal nanti. Evan tua 3 tahun dari Eshaal. Evan banyak mewarisi wajah papa.

Selepas SPM Evan dapat rezeki kerja kerajaan sebagai pembantu pegawai perubatan. Untung lagi lepas dia tamat latihan Evan dapat kerja tidak jauh dari kampungnya juga. Setiap minggu memang Evan balik. Emanuel pula muda 5 tahun dari Eshaal dan masih sekolah. 

Papa seorang cikgu Matematik manakala Mama pula ajar subjek Sains dan English. Ngamlah padanan mereka melahirkan anak yang bijak Matematik dan Sains. Rasanya nanti si bongsu Emanuel bakal ikut jejak langkah papa dan mama jadi pendidik. Emanuel banyak mewarisi wajah mama. Dah macam mama versi lelaki 😂.

Tiba-tiba ada chat dari Shaddix. Eshaal senyum pendek tapi hati macam bunga berkembang.

📨Shaddix : Hi, buat apa tu? Saya ganggu ka?

📨Eshaal : Tidak lah. Baru lepas dinner. Macam mana match? Ok ka?

📨Shaddix : Saya berjaya masuk semi-final. Doakan saya ya. Nanti saya beli ole-ole dari sini untuk kamu.

📨Eshaal : Susah2 ja. Bila semi-final?

📨Shaddix : Like I said before, I will win your heart. Lusa pagi. Kalau menang. Petang tu terus final sudah. Kamu mau apa? Tak lama lagi birthday kamu.

📨Eshaal : Mahu coklat saja. Mana tau birthday ni?

📨Shaddix : Kan da kat bio FB kamu. Hihi..Ba, kamu rehat dulu. Esok ada kelas kan? Jangan pakai baju terbalik lagi ya. Makan pun jangan lupa.

📨Eshaal : Ok. Selamat malam ya. Wish you all the best ya 😊.

Eshaal sempat melihat update gambar dari Shaddix. Sungguh kacaknya dia tersenyum apabila diisytihar layak ke peringkat separuh akhir. Ramai juga yang like itu gambar dan ada juga si Myra yang like.

"Makhluk yang busuk itu lagi, tidak habis2 spoil mood 😡", getus hati Eshaal.

Eshaal masih stalk FB Shaddix. Ada gambar family dan gambar kengkawan. Tiada yang meragukan malah semua kawan-kawan dan keluarga dia. Ada satu gambar tu macam adik dia. Cantik dan tinggi macam Shaddix. Namanya Sophia. Baru dia tahu rupanya Shaddix berasal dari Kuching, Sarawak. Berketurunan bidayuh dan melanau.

Keesokan harinya Eshaal ada kelas Bahasa Mandarin. Meskipun dia boleh berbahasa mandarin tapi dia masih kurang fasih. Dalam kelas Mandarinnya, dia tumpang si Bella naik scooter. Bella pinjam sama teman lelakinya. Semasa dalam perjalanan tiba2 mereka ditahan oleh sekuriti.

“ Amoi, mau pi mana?” Sekuriti senyum2.

“ Mau pegi kelas lah pacik sekuriti. Takkan mau pergi clubbing.” Jawab Eshaal yang bonceng dari belakang.

“ Aiyo menjawab ya. Mana kamu punya helmet amoi cantik?” Baru Eshaal perasan yang dia lupa pakai helmet. Habislah dia kena denda nanti.

“ Pacik tidak nampak ka saya punya helmet? Lutsinar punya. Style baru punya.” Balas Eshaal cuba nak menipu.

“ Ada ka itu macam. Mana kamu beli?” Sekuriti macam berminat sambil main dia punya misai melintang dia.

“ Pacik pergi saja itu lazada.my. Ada. Apa2 pun pacik nampak handsome sangat ini hari. Boleh saya lepas sebab lambat sudah mau pergi kelas.” Bella terus pecut selepas sekuriti itu melepaskan mereka.

Mereka berdua rasa lega. Kalau tidak mahu terbang rm50 bayar denda sebab tidak pakai helmet di kawasan kampus. Rm50 tu boleh makan untuk 1 minggu. Terpaksa balik nanti, Bella suruh Joey hantar helmet satu lagi. Joey merupakan boyfriend si Bellarina.

Selesai kelas, mereka berdua pergi makan dan pusing satu U dengan scooter si Joey. Apalagi, berhuha lah sepuas hati diorang. Konon2 lepaskan stress nak final exam tak lama lagi.

Sebelum turun kelas pagi esoknya, Eshaal sempat ucap selamat berjaya kepada Shaddix melalui chat FB nya. Shaddix tidak balas,  mungkin dia tidak online.

Selesai kelas, Eshaal bergegas pulang ke kolej untuk melihat perkembangan Shaddix samada berjaya atau tidak. Seperti yang dijangka, Shaddix dinobat sebagai juara dan dia mungkin bakal wakil negara pula. Wah, makin terkenallah dia nanti. Ramai yang ucap tahniah pada Shaddix melalui FB.

📨Shaddix : Thanks for the wish, dear.

📨Eshaal : Saya bukan kancil lah mau dear2 bagai 😰

📨Shaddix : You will be my love one. See you the day after tomorrow ya. I miss you so much ❤❤❤❤ ( Ada lagi itu symbol love love )

📨Eshaal : Whatever…hihi..dah, pi tidur dan rehat ya. Good night and sweet dream wahai si atlet.

Keesokan paginya.

Seperti yang dijanjikan, Shaddix terus ada dibawah blok apartment Eshaal untuk tunggu Eshaal pagi2 lagi.

Eshaal terkejut tiba2 depan dia muncul si Shaddix yang sedang tersenyum dan mata dia macam ada sinar. Sinar cinta ka itu? Adoiyai..bikin hati Eshaal dub dab dub dab saja.

“ Habis kelas nanti jam berapa?” Shaddix

“ Ngam2 jam 12 tengahari.” Jawab Eshaal ringkas.

“ Saya masih diberi cuti lagi ini hari. Saya hantar kamu pergi kelas ya?”

“ Tidak payah. Nanti diorang bilang apa?” Eshaal cuba menolak.

“ Saya tidak kisah. Saya mau diorang tahu, Eshaal saya punya.” Lebar senyum Shaddix.

" Aigo, perasannya. Belum lagi saya setuju mau jadi girlfriend kamu.” Eshaal terus melangkah.

“ You will be, Eshaal. Saya yakin.” Shaddix terus berjalan dan naik bas malah duduk sebelah Eshaal tanpa peduli orang lain.

Eshaal membiarkan saja asalkan Shaddix tidak cuba ambil kesempatan. Dia mulai senang akan kehadiran Shaddix yang sangat lembut melayannya.

Sampai di kampus, Eshaal masuk kelas. Shaddix hantar sampai depan pintu. Ramai yang memandang tersenyum dan tak kurang juga ada yang kurang senang sebab Shaddix memang terkenal sejak dinobatkan juara.

Dari jauh Myra hanya perhatikan saja Shaddix yang tengah berbahagia.

Dalam hati Myra. “Kau tidak kenal siapa itu Eshaal wahai si Shaddix. Nanti kalau kau sudah kenal, mesti kau jijik sama itu perempuan.” Ketawa jahat si Myra dari jauh.

Shaddix tidak perasan akan kehadiran si Myra terus melangkah pergi ke pejabat pensyarah untuk bertemu dengan supervisornya untuk bincang pasal projek tahun akhirnya. Shaddix bukan saja hebat di gelanggang tenis tapi juga merupakan antara top student juga. Maka tidak hairan lah dia ramai peminat.

Bila jam menunjukkan jam 12, Shaddix minta diri dulu untuk keluar dan bergegas ke depan kelas Eshaal untuk jemput Eshaal balik lagi. Ngam2 dia sampai sana, Eshaal baru saja keluar dari pintu kelas.

Joey dan Peter terus pi salam tangan si Shaddix dan ucap tahniah. Kemudian diorang pi ramai2 makan di café.

“ Korang sudah official jadi couple ka?” Laju soalan dari Zara sambil kenyitkan mata.

“ Jangan nak memandai ya kau ni Zara. Kawan sahaja, ok.” Tegas Eshaal sambil membulatkan matanya.

Shaddix hanya mampu tersenyum melihat respon Eshaal. Dia suka dengan mata Eshaal. Mata kucing yang comel tapi apabila singa keluar menakutkan. Mata kucing jadi mata harimau sudah 😳.

The Broken Promise [ ONGOING ]Where stories live. Discover now