Geng Pobondoeh

19 1 1
                                    

Setelah siap project assignment dalam jam 2 pagi, aku dan Una menghantar kawan kami, Farah ke bloknya naik kereta. Tiba-tiba tekak rasa nak makan aiskrim. Tapi duit tak bawak. Aku terus pergi ke blok kawan aku, Sarol. Dan mengwhatssappnya.

-Weh, tur. Baw sep ring.
-- Jap.

Oh sudah jadi kebiasaan kami berbual guna perkataan depan. Seperti 'bel kir pas yut' yang bermaksud belok kiri pastu uturn dan juga 'bil bal?' iaitu bila balik?

Sarol turun dan terus naik kereta.
-Pehal naik?
--Korang nak pegi mana? Aku nak ikut.
-Nak beli aiskrim jela.
--Jom.
- Hish sibuk je ah kau ni!

Aiskrim pun selesai makan. Dan satu idea datang.
-Weh jom pusing satu u nak? Waktu gini kan waktu hot couple-couple.
--Let's go mencegah maksiat!
-Eleh kau Rol. Padahal sambil cari port. Haha.
--Elok sikit. Ini Sarol lah. Baik, kacak, bergaya.
-Pfft. Juboh.

Dan aktiviti kami bermula. Pantang nampak ada kereta parking, kami check. Yelah kan. Mana tahu ada peluang cegah kemungkaran. Cewah.
Setiap ceruk kami pergi. Tapi tak jumpa apa. Tak ada kereta bergoyang, tak ada seat dibaringkan, tak ada apa yang mencurigakan.

Kami sedikit hampa. Walaupun sepatutnya kami bersyukur dgn keadaan tiada maksiat haha.

Tiba-tiba..

"Esok kan ada test!", Una bersuara. Dan serentak kami tengok jam. 3:30 pagi.
Memecut terus pulang ke bilik untuk belajar.

Dari haritu, tercetuslah Geng Pobondoeh.

Random.Where stories live. Discover now