Satu

12 0 0
                                    

"Wei, termenung apa ni?" Tersentap aku tatkala bahuku disapa dengan pukulan buku dari belakang.

"Whats wrong with you Jo?!, nanti saya terkulai layu gara-gara terkejut macam mana?" Jo, ya itu namanya. Hanya aku yang memanggilnya Jo.

Joseph. Sahabat karibku.

"Sorry, tak akan buat lagi" satu lagi pukulan buku hinggap dibelakangku.

Haihhh budak ni.

Biasalah budak asrama. Habis kelas koko dalam jam 4.30 petang memang tiada apa-apa yang aktiviti lagi. Budak-budak lain semua keluar bermain bole sepak, bola keranjang dan sebagainya.

Aku? Ya, aku kaki bangku. Oleh sebab itu, aku seringkali diejek dan dicaci atas kelemahanku ini. Tapi dalam berpuluh yang mencaci, seorang yang selalu membantu aku. Joseph.

Dari kecil lagi, aku tidak biasa bermain bola dan sebagainya. Boleh dikira dengan jari kebolehanku dalam sukan. Itu pun asas sahaja. Satu sahaja.

Badminton di halaman rumah,

Itu sahaja. Satu.

Aku meluangkan masa kebanyakkannya dengan bermain XBox. Aku lebih mengemari permainan sebegitu berbanding dengan sukan. Bagiku, sukan membuat kita berpeluh dan tidak selesa.
Joseph pula, kawan sekampungku. Dia berpindah sana semasa aku darjah 5.

Bagaimana kami kenal?

Bapanya sahabat karib bapaku. Jadi kmi sekeluarga sering kali bertemu dan makan bersama. Mungkin saat itu kmi mula bersahabat. Jujurnya, aku tidak dapat mengigati bagaimana kmi boleh berkawan. Mungkin ini yang dikatakan tuah sahabat.

"Jom" aku tersentap lagi. Jo memang tahu aku tidak mengemari sukan. Dia? Dia gemar namun atas sebab kesihatannya yang tidak stabil, dia tinggalkan minatnya.

Kami menghabiskan masa duduk menelaah pelajaran di pondok tepi asrama kami. Kmi mengelar pondok itu "mushroom" sebab bentuknya yg berupa kulat. Kulat merah seperti yang ada dalam game "super mario". Asrama kami pula diberi nama asrama Dinamik.

Bahasa pengantar sekolah kami merupakan bahasa inggeris, jadi kami terbiasa bertutur bahasa inggeris kerana kami telah dilatih.

Peperiksaan penggal akhir ada beberapa bulan lagi, namun kami sentiasa menelaah awal agar kami tidak ketinggalan apa-apa subjek. Kali ni kami dua hendak bertanding dalam keputusan ujian. Siapa kalah kena belanja ABC Pak Ngah yang sememangnya popular dalam kalangan budak Sekolah Sains Satria Jaya.

Namun sedikit pun tidak aku sedari bahawa detik-detik bersama Jo .....

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 15, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SingkatWhere stories live. Discover now