Epilog

14 0 0
                                    

Telefon rumah berwarna merah tua di sudut berdering. Ahhh aku tak larat menerima apa-apa berita yang memilukan lagi.

Di mindaku hanya seorang. Seorang sahaja yang aku fikirkan saat ini. Aku ingin memohon maaf. Aku ingin kembali ketawa bersama dengan gurauannya. Aku ingin mendengar celotehnya. Aku ingin ... sungguh. Hanya Tuhan yang tahu apa aku rasa saat ini.

Hujan renyai tidak diendahkan lagi, aku berlari ke rumahnya. Dari kejauhan aku melihat pintu rumahnya ditutup rapat, ku jenguk ke gudang kereta ayahnya. Tiada. Kereta tiada. Firasatku giat gigih nekad merasakan sesuatu yang buruk namun aku kuburkan dengan mengatakan bahawa mereka hanya keluar sebentar.

"Malam nantilah aku datang" baju hijau lusuhku basah. Seluarku dikotori lumpur lopak, maklumlah jalan kampung.

9.00 malam. Telefon berdering untuk kali keduanya. Suara ibu kedengaran memanggilku dari dapur.

Saat itu .... saat itu, aku kenang sehingga ke hari ini.

Singkat, sungguh singkat. Andainya aku berkelakuan baik di saat-saat terakhir kami, andainya aku tahu ...

Semuanya telah terlambat. Sungguh singkat masa bersama, sungguh kejam aliran masa...

Singkat....

Singkatजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें