Bab 1

0 0 0
                                    

Zaza Melinda meniti usianya yang matang. Dewasa dan remaja. Genap usianya. Zaza Melinda sudah matang dalam menempuhi liku-liku hidupnya. Zaza rasakan tiada lagi erti cinta untuk dia simpan buat mana-mana lelaki. Atau lebih kasar dia katakan buat manusia. Sudah perit rasanya untuk bercinta lagi. Iya, diakuinya Zaza masih muda. Tapi bagi seorang wanita, cinta itu mungkin sudah wajib dirasai dan dimilki dalam diri setiap wanita yang sebaya sepertinya. Ia Zaza terasa ! Amat terasa.

Tiada lagi walaupun seorang jejaka pun yang dapat membuktikan bahawa mereka dapat menakluki hatinya. MEREKA ? Sibuk mencari dan mengejar. Tiada juga yang pernah singgah dan memiliki hatinya.

Zaza sudah bosan dengan pengalaman cinta yang dia pernah hadapi. Dia bertekad tidak mahu bercinta lagi. Satu tahap yang sangat perit baginya. Zaza hanya harapkan satu pencapaian untuk dia kecapi demi emak dan abah. Ingin mencapai apa yang terbaik demi masa depan dan impiannya.

Zaza Melinda sememangnya diminati ramai. Anak jati kacukan penang ini mempunyai wajah asli kacukan. Hidung mancung dan alis kening yang tebal. Memang lenggok rupanya lebih kepada anak mamilah. Tambah-tambah pula ada iras kacukan sedikit sebanyak datang dari abahnya juga. Abahnya yang berketurunan cina.

Satu fakta pelik tentang Zaza Melinda. Satu jawapan juga untuk tubuh kurus kedingnya itu.

Nasi bukanlah satu makanan kesukaannya. Pelik ! Orang yang paling risaukan keadaannya adalah emaknya sendiri. Segala macam vitamin dibelikan untuk Zaza Melinda. Ingin anaknya itu kelihatan sedikit berisi. Alangkah sadisnya selepas itu , nasi menjadi salah satu makanan kegemarannya sehingga sukar dikawal lagi. Setelah itu Zaza mula khuatir dengan keadaan tubuhnya yang agak berisi. Baju bajunya tidak muat lagi. Air manis apatah lagi sukar untuk ditinggalkan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 21 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aku Hanya Untukmu sayang Where stories live. Discover now