Bab 20 : Diserang

326 17 0
                                    

"Apa yang ada dalam tangki besi tu?" Juliana ingin tahu.

"Source energy untuk mesin merentas masa milik Hamid tu." Balas Jefri.

"Mesin merentas masa? Prof Hamid nak gunakan mesin merentas masa tu lagi untuk apa?" Lokman pula ingin tahu.

Jefri hanya menjongketkan kedua-dua bahunya seraya tidak tahu. Ini kerana Hamid masih lagi belum beritahu apa rancangannya selepas ini. Apa yang lelaki itu cuba buat menggunakan mesin rentas masa itu.

Namun apa yang beliau ingat Hamid memberitahunya jika energy source masih lagi ada, Hamid akan gunakan untuk dirinya kembali ke masa silam. Ini untuk mengubah nasibnya daripada dilanggar lori dan koma selama 40 tahun.

==================================================================================

Mei 2030 :-

Dua bulan sudah berlalu semenjak serangan di dataran tempoh hari. Mengikut apa yang diberitahu di berita, jumlah kematian adalah menjangkau 1000 orang. Manakala hampir 2000 orang mengalami cedera.

Semenjak itu jugalah polis giat melancarkan operasi untuk menjejaki hyper. Walaupun puluhan ribu anggota polis sudah dikerah, mereka masih lagi gagal menjejaki kumpulan terbabit sehingga kini.

"Kemana kau pergi dua bulan ni?" Soal Jefri.

"Aku balik ke bilik rahsia aku dekat utara tanah air tu. Alah tempat yang kita jumpa buat kali pertama di zaman ni." Balas Hamid.

"Tempat kau buat senjata api dan macam-macam mesin tu?" Jefri inginkan kepastian.

"Ya, dekat situ." Balas Hamid.

"Apa yang kau buat dekat situ?" Jefri ingin tahu lagi.

"Aku uruskan mesin rentas masa aku tu lah. Energy sources pun dah ada." Jelas Hamid.

"Jadi kita dah boleh guna ke mesin tu?" Jefri ingin tahu lagi.

"Tunggu sikit hari lagi nanti boleh lah guna kot. Buat masa sekarang kita fokus untuk kalahkan kerajaan." Ujar Hamid.

"Bila kita nak serang balik kerajaan ni?" Kahar mencelah.

"Rasanya esok adalah masa terbaik sebab PM akan muncul di khalayak ramai." Balas Hamid.

"Kenapa perlu tunggu sampai dua bulan?" Soal Kahar.

"Nak bagi kawalan polis semakin reda dulu, baru lah kita serang." Jelas Hamid.

"Tapi kalau tunggu sampai dua bulan, mereka sempat untuk beli senjata baru. Jadi sia-sia je lah kita curi senjata diorang dulu untuk lemahkan diorang." Luah Kahar.

"Mungkin kamu semua tak tahu, tapi sebenarnya kerajaan di bawah pimpinan Megat Razmie dah takde duit. Banyak duit kerajaan dah dihabiskan untuk mengukuhkan idealogi LGBT di negara ni." Jelas Hamid lagi.

"Jadi mereka dah takde budget untuk restock semula lah semua senjata api tu?" Juliana inginkan kepastian.

"Ya betul. Bukan sahaja mereka kekurangan senjata, malah mereka juga sekarang ni kekurangan anggota polis memandangkan kurang budget untuk membayar gaji mereka." Jelas Hamid lagi.

"Jadi sekarang masa terbaik untuk serang mereka?" Soal Lokman pula.

"Ya, maklumkan pada semua ahli kumpulan kita. Esok kita akan lancarkan serangan besar-besaran ke atas bangunan parlimen. Ini kerana esok adalah hari persidangan parlimen dan Megat Razmie juga akan berada di sana." Jelas Hamid lagi.

"Baiklah saya akan beritahu kepada semua ahli kumpulan kita untuk bersedia." Lokman menuruti.

==================================================================================

Tidur Jefri terganggu apabila terasa satu gegaran yang kuat dan diikuti dengan bunyi dentuman. Bukan sahaja tidurnya terganggu, malah orang lain yang berada di situ juga terjaga akibat gangguan itu.

Mereka terpinga-pinga kerana tidak tahu apa yang sedang terjadi. Jefri tidak membuang masa, lalu bangun dari atas katil dan menuju ke tingkat atas. Ketika sedang berjalan, terasa ada dentuman lagi.

"Hamid, apa yang terjadi?" Soal Jefri sebaik tiba di tingkat atas dan terlihat Hamid sedang tunduk ke lantai.

"Kita kena serang dari luar." Jelas Hamid.

"Serang? Dengan siapa?" Soal Jefri lagi.

"Aku tak pasti, tapi aku rasa mesti polis ni." Balas Hamid.

"Macam mana polis boleh tahu port rahsia kita ni?" Soal Jefri lagi.

"Mungkin ada mata-mata yang memerhati gerak geri kita, atau mungkin ada pembelot." Hamid cuba mengagak.

"Pembelot? Siapa?" Jefri ingin tahu. Namun persoalan itu tidak dibalas oleh Hamid. Ketika itu jugalah beberapa orang yang lain datang menghampiri mereka.

"Apa yang terjadi ni?" Soal Lokman.

"Kita under attack. Cepat kumpul semua orang kita dan keluarkan senjata-senjata kita. Kita lawan balik." Arah Hamid.

"Baik." Lokman terus bergegas untuk melakukan apa yang disuruh oleh Hamid.

Jefri dan Hamid kemudian menuju ke luar pintu utama bangunan itu. Mereka mahu mengintai berapa ramaikah jumlah pihak musuh. Alangkah terkejutnya apabila melihat lautan polis di luar.

Bukan sahaja jumlah anggota polis, malah mereka juga dilengkapi dengan kereta perisai. Serangan yang dilepaskan mereka sebentar tadi juga datang daripada meriam yang berada di kereta perisai itu.

"Macam mana ni? Tengok gayanya, macam susah kita nak lawan balik." Jefri menjadi resah.

"Jangan risau, senjata yang aku cipta kan ada. Guna senjata yang aku cipta tu sudah cukup untuk musnahkan kereta perisai polis." Jelas Hamid.

"Prof, kita ada masalah besar." Tiba-tiba Lokman muncul kembali.

"Apa maksud kamu masalah besar?" Hamid mula risau apabila mendengar kata-kata lelaki itu.

"Senjata api ciptaan prof yang kita simpan dalam stor tu semua dah takde." Ujar Lokman.

"Apa, dah takde?! Mana perginya semua senjata api tu?!" Hamid sungguh terkejut mendengar.

"Prof, kita ada masalah besar ni." Kali ini Kahar pula muncul dalam keadaan tergesa-gesa.

"Apa pula kali ni?" Soal Hamid.

"Senjata api yang kita curi dari gudang polis hari tu hampir separuh dah hilang. Yang ada pun banyak yang dah dirosakkan." Jelas Kahar.

"Macam mana boleh hilang senjata sebanyak tu. Takkan takde sorang pun nampak kalau ada orang keluarkan senjata tu!" Hamid seperti tidak percaya apa yang didengarinya.

Ketika mereka sedang dalam keadaan tertanya-tanya, tiba-tiba mereka diserang lagi dari luar. Kali ini serangan yang dilancarkan menembusi dinding bangunan. Ini kerana senjata yang diguna polis berbeza.

Ia bukanlah peluru biasa, sebaliknya berbentuk cahaya laser. Serangan itu telah mengakibatkan bangunan itu rosak teruk. Hamid sungguh terkejut melihat senjata yang digunakan pihak polis.

"Tu bukan senjata ciptaan aku ke?" Hamid seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

"Macam mana polis boleh ada senjata ciptaan kau ni?" Soal Jefri pula.

"Jangan cakap polis yang curi semua senjata tu." Lokman cuba menduga.

Bersambung... 

Lelaki Tulen TerakhirWhere stories live. Discover now