Prolog

19 4 0
                                    

"Demi sumpahan separuh dewa laut dan separuh moyang siren, maka jadikan lah dia jasad yang terkubur tanpa roh sisinya yang kian berenang di persekitaran."

"Aku bersumpah anak raja yang berkuasa hebat ini, akan mengorbankan nyawa demi dewa laut seluas alam sekiranya datangnya takdir!"

Srink...

Sejurus itu, pedang dilumur emas yang panas itu menghunus tepat pada dada jejaka tampan yang baring di atas katil.

Tanpa cahaya, pulau itu benar-benar hilang dari lautan. Cahaya bulan hilang. Kelam bagaikan sepinya malam tanpa bintang.

"Qayren Evan Uderrus, dilenyapkan."

Groom..groom..

Kilat mula berdentum. Dentuman yang berada di langit kelam kemerahan itu nyaring mengeluarkan rasa takut yang mendalam.

"Bersama-sama aku dan dewa keabadian, sumpahan ini kekal sehingga dia mewujudkan rasa kesucian yang sejati. Kekal...kekal.."

Istana yang tinggi dan megah dipandang oleh rakyat itu terus lenyap ditelan laut hitam. Pulau besar tiada penghujung itu menjadi saksi tumpahan darah dan sumpahan yang ditakdirkan kepada putera raja itu.

Kerana dendam, perasaan suci yang sejati dapat melawannya.

Setelah itu, tiada suara yang menyumbang mengeluarkan bunyi. Ombak bergerak perlahan. Akar pokok dan ranting-ranting mula menjalar tajam menunjukkan ketajaman yang suram.

Kerajaan itu benar-benar tidak ada lagi. Rumah-rumah rakyat yang bersinar, penduduk yang mesra tidak lagi berbisik ceria. Tanpa raja, tanpa sinar.

Di atas Gunung Predella di pulau itu, dengan berdirinya seorang lelaki berpakaian serba hitam dan memakai kerudung, memegang tongkat saktinya, mula menghamburkan ketawa.

"Ha..ha..ha.."

"Raja? Tiada raja tanpa penduduk, tempat kuasa."

Lelaki itu masih tersenyum seram. Mata helangnya itu memandang tajam air laut yang menunjukkan perasaan takut yang amat.

"Tuan.."

Lelaki itu menoleh. Dia masih senyum sinis sambil memandang haiwan peliharaan. Dia sangat sayangkan haiwan itu.

   "Eleanor, kamu tahu aku sangat bencikan kehidupan cinta. Sumpahan kepada raja kecil itu benar-benar akan membunuh mereka sedikit demi sedikit," ujar lelaki itu.

Kucing berwarna hitam itu hanya terdiam di atas dakapan lelaki itu. Demi tuannya, dia sanggup. Sanggup melakukan apa-apa pun kecuali satu.

Membalas perasaan itu.

Lelaki itu mengusap lembut kepala kucing hitam itu. Mereka berdua tahu apa yang mereka rasakan. Namun, tiada siapa yang mahu mengatakan hal tersebut.

Ego dibalas ego.

"Eleanor, kau tahu matamu yang indah bak permata terang itu membuatkan kuasa aku bertambah kuat? Adakah kamu selidik hal ini, Eleanor?"

Kucing hitam terus turun dari dakapan lelaki itu. Dia mengeluarkan kuasa bertukar menjadi manusia. Kelihatan sosok tubuh gadis berambut hitam yang indah di mata lelaki itu mendekatinya.

    "Tuan, love potion yang tuan berikan kepada anak kecil itu sudah dilenyapkan. Maka tiadalah penyembuh apa-apa untuknya bertukar semula menjadi biasa." Gadis berambut hitam itu menukar topik perbualan.

Dia tidak mahu bincang tentang perasaan. Apalagi dia tahu, lelaki di depannya itu hanya memainkan hatinya saja. Segala kata-katanya hanya palsu dan dusta belaka.

Kuasa Gelap, pernah menjadi sahabatnya suatu ketika dahulu.

"Eleanor.."

"Tuan Fesser, tolonglah."

Lelaki itu menghela nafas. Baiklah, kalau itu Eleanor mahukan. Dia tidak akan membincangkan lagi perkara tersebut.

Eleanor benar-benar menguji kesabarannya.

"Mari pulang."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 19 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Legend Of The Dark SeaWhere stories live. Discover now