Bab 9

106 6 10
                                    

"AKU terima nikah Nur Aleeya Arrissya Binti Mohd Firdaus dengan emas kahwinnya seutas gelang emas,"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"AKU terima nikah Nur Aleeya Arrissya Binti Mohd Firdaus dengan emas kahwinnya seutas gelang emas,"

"Sah!"

"Sah!"

Mendengar lafaz ijab kabul dari Iskandar air matanya serta-merta mengalir. Entah mengapa perasaan begitu syahdu kali ini. Walhal dia bukan orang yang mudah mengalirkan air mata. Tetapi, hari ini dia menjadi wanita lemah. Menitis air mata dengan mudah.

Lily yang melihat Aleeya yang menitiskan air mata tanpa suara membuatkan dia tersenyum kecil. Sebagai seorang adik dia kenal benar kakaknya. Walaupun kakaknya bagai orang yang tidak berperasaan dan selalu berwajah dingin. Namun, kenyataannya hati kakaknya memiliki hati yang paling lembut dan sangat penyayang.

"Kak Leeya, janganlah nangis." Lily mendekati Aleeya seraya mengelap tangis di pipi Aleeya.

"Penat aje orang make-up akak cantik-cantik, kalau akak nangis macam tu comotlah nanti." Sempat Lily berseloroh. Dia mahu melihat kakaknya tersenyum di hari pernikahannya itu.

Mendengar teguran Lily terus tubuh adiknya itu dipeluk erat sebelum memeluk tubuh ibunya. Lily Puan Zurina hanya saling berpandangan sebelum tersenyum.

"Sudahlah tu Leeya, sejauh mana Leeya pergi. Walaupun Leeya bukan tanggungjawab ibu dan abah, pintu rumah ibu dan abah sentiasa terbuka untuk Leeya. Kerana Leeya sentiasa menjadi permata hati ibu dan abah," tutur Puan Zurina sambil mengusap ubun-ubun Aleeya penuh kasih.

Wajah memerah Aleeya yang sedang menangis di sisi Puan Zurina dan Lily membuatkan Iskandar terpaku. Mata yang berkaca membuatkan jantung berdegup kencang.

Perlahan kakinya diatur mendekati Aleeya yang duduk tidak jauh darinya. Mata yang masih berkaca itu diintai lagi. Belum pernah dia melihat reaksi itu di wajah Aleeya selama ini. Entah mengapa setiap reaksi yang dimiliki Aleeya membuatkan dia ingin tahu.

Tangan sejuk Aleeya diraih lembut sebelum seutas gelang emas dipakaikan. Melihat Aleeya mengucup tangan Iskandar membuatkan Iskandar mengusap lembut pipinya. Air mata yang berbekas diseka sebelum anak mata mereka saling bertatapan.

Dengan perlahan dahi milik Aleeya itu dikucup. Kucupan itu membuatkan Aleeya kembali mengalirkan air matanya. Serta-merta wajahnya menarik senyum. Wajah comel milik Aleeya yang menangis mencuit hatinya. Bawah mata milik Aleeya disentuh lembut. Entah megapa masa bagai berhenti. Bagai dunia hanya milik mereka.

"Sudahlah Leeya, saya bukan paksa awak kahwin pun. Jangan menangis teresak-esak macam ni. Tak pasal-pasal orang ingat saya aniaya awak." Iskandar bergurau melihat wajah yang masih merah itu.

"Memanglah! Tapi, air mata yang nak mengalir. Bukan salah saya. Agaknya ada orang kupas bawanglah." Aleeya beralasan seraya mencebik.

Mendengar alasan comel Aleeya serta-merta Iskandar tertawa lucu. Comel benar perangai wanita itu. Selama ini dia belum pernah dia perasan sikap Aleeya yang satu itu.

Hati Untuk diaWhere stories live. Discover now