Prince of Heart

3.4K 433 17
                                    

Putera Al-Fateh

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Putera Al-Fateh

.

.

.

Fateh| 14 tahun.

"Tolonglah, Buya." Aku mengeluh berat. Buku politik di atas meja aku tolak untuk menjauh. Belakang tubuh bersandar pada kerusi. "Saya tak mahu lagi belajar politik dan bisnes, Buya. Ini bukan minat saya."

"Tuan Putera...." Panglima Tarqiq atau gelaran yang aku berikan padanya— Buya (Ayah), menggeleng kepala. Tangannya jatuh pada belakang kerusiku. Wajahnya mengeras tanpa senyum. "Tuan Putera harus belajar politik dan bisnes. Selepas ini Tuan Putera akan ada kelas Al-Quran dan Hadith. Tuan Putera bakal menjadi maharaja empayar Manthuqah. Tuan Putera harus menjadi yang terbaik."

"Tetapi saya tak mahu menjadi maharaja dan menggantikan ayahanda. Bukankah Putera Yaseen yang akan naik takhta? Dia yang sulung. Saya hanya yang kedua, Buya...."

"Apa-apa saja boleh terjadi, Tuan Putera," jawab Buya dengan nada yang penuh ketegasan. "Ilmu ini bukan saja untuk Tuan Putera menjadi seorang maharaja, tetapi untuk Tuan Putera menjadi seorang lelaki yang sempurna. Ilmu politik dan bisnes membantu Tuan Putera untuk faham tentang bagaimana dunia di sekeliling Tuan Putera berfungsi. Ilmu agama dan pertahanan diri ialah untuk Tuan Putera menjadi lelaki yang gagah dan diredai Allah. Tidakkah Tuan Putera Fateh mahu mencontohi Baginda Rasulullah?"

Aku terdiam. Apabila Panglima Tarqiq sudah masukkan nama Rasulullah, bibirku terkunci. Buya bukan ayah kandungku tetapi dia ialah panglima istana yang paling rapat dengan Maharaja Hijaiyah— Ayahanda kandungku. Buya banyak pengajarku. Dia juga menjadi guru untuk aku kerana aku ini ialah 'home-schooled'.

Lebih tepatnya, 'Palace-schooled'.

Terkunci di dalam istana seperti orang bodoh untuk empat belas tahun.

"Jadilah lelaki yang gagah, Tuan Putera. Belajar untuk tenang dan sentiasa menbuat keputusan yang betul." Buya menepuk bahuku. "Apa sebenarnya yang Tuan Putera mahu jadi?"

Pertama kali, dia nenyoal soalan penting itu padaku.

Buya sentiasa tahu untuk buat aku rasa 'aku berhak untuk bersuara' walaupun aku sebenarnya tiada pilih untuk memilih masa depanku lagi.

Sekurang-kurangnya, bersuara dan menyatakan apa kau mahu pada seseorang lebih kurang sakit daripada menyimpannya seorang diri. Itu apa yang aku faham.

"Saya mahu menjadi doktor, Buya. Saya mahu belajar bidang perubatan." Aku tersenyum hambar. Buku di hadapanku, aku tenung bagai mahu tembus. "Saya mahu ada kawan, saya mahu menjadi doktor dan saya mahu kebebasan dari istana...."

"Tuan Putera...."

"Dan saya tidak pernah henti berdoa untuk mendapat semua itu, Buya." Suaraku bergetar. "Sudah empat belas tahun terkurung di sini. I can no longer live like a prisoner."

"This is not a prison, your highness."

"It is, Buya."

Buya tidak membalas apa-apa. Akhirnya, dia sambung mengajarku tentang politik lagi. Aku mengeluh. Aku tak suka ini. Mataku tertumpu pada tingkap bilik belajarku.

Suatu hari nanti... aku akan keluar dari sini.

.

.

.

Sod: Prince Of HeartTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang