Bab 12

395 18 10
                                    

Aku bangun dan bersiap untuk pergi ke university. Harini aku bangun awal sikit sbb kelas pagi ni pukul 8:30 pagi. Lepas je solat subuh aku terus bersiap.

Macam biasa, semestinya abang riz yang hantar aku ke uni sbb driver papa harini kene hantar papa pergi meeting pagi ni.

Sampai sahaja di perkarangan university. Aku membuka seatbelt dan mengambil barang barang aku.

"Balik nanti driver papa ambik. Nanti sampai je rumah terus siap. Aku nak bawak kau gi dinner"

"Pergi dinner? kenapa tak dinner kat rumah je?" aku bertanya

"Mummy ngan daddy tkde malam ni. diaorng pergi welding anak kawan diaorng. Kau nak masak ke kalau dinner kat rumah?"

Aku mengeleng laju. "Okay okay nanti malam kita gi dinner."

Aku terus membuka lock pintu dan keluar dari kereta. Aku melambai harriz dari luar sebelum berjalan pergi.

'Dinner dengan abang riz? fuhhhh bestnyaaa' Otak aku dah mula bayangkan tentang dinner malam ni

__________________________

Jam menunjukkan pukul 7:45 petang. Tapi kelibat abang riz langsung dia tak nampak.

"Kata balik je uni terus siap pastu keluar. Aku dah balik uni pukul 5 tadi. Dah siap dah semua. Mana dia ni" Aku mengeluh seorang

Selang beberapa minit, Farah tertido di sofa ruang tamu. lama sangat dia tunggu harriz balik. dan akhirnya dia tertidur

tiba tiba muncul cahaya kereta yang menerangi disebalik pintu ruang tamu. itu tandanya harriz sudah pulang. harriz membuka pintu rumah. mata melilau mencari kelibat farah.

Dia nampak farah telah lena di sofa. penat sangat dia, sampai tertido menunggu harriz.

Harriz merenung wajah kecil farah dengan renungan kasih sayang "comel jugak budak ni tido macam ni"

"Leyaa....Leya...." Harriz mengejutkan farah dengan lembut. "Leyaa....Bangunn" aku bangun dari posisi baringku tadi.

"Jom pergi dinner. Sorry sebab aku lambat. ada last minute project aku kene check tadi. Sampai tertido kau tunggu aku"

"Takpe leya faham" balasku
"Dah jom bangun, aku tunggu dalam kereta." Harriz bangun dan keluar menuju ke kereta

________________________

"Kita nak pergi makan dekat mana abang riz? tanyaku
"Adalah, kau tengok jelah nanti"

setelah setengah jam duduk didalam kereta. akhirnya sampai juga di tempat yang dituju. Harriz memilih restoran yang berhampiran dengan pantai. aku keluar dari kereta dan memandang sekeliling

sejuk dan tenang saja disini. Harriz membawa aku masuk kedalam restoran. Ada seorang pelayan restoran mengiring kami menuju ke meja yang telah di tempah oleh harriz

"Wahhh cantiknya abang riz. pandai abang riz pilih tempat. Cantik sangat pemandangan dari sini" pujiku ikhlas

"Memanglah cantik. Dulu ini lah port yang selalu aku datang kalau aku stress study. Kalau ada je masalah, sinilah tempat aku menenangkan diri"

Aku memandang ke arah pantai. Terdengar bunyi geseran angin dan ombak yang membuatkan suasana begitu nyaman. Hilang juga stress aku bila mendengar dan menikmatinya

'Malangnya di sini sangat sejuk. Nampaknya aku tersalah pilih baju malam ni. Kenapalah abang riz tak bagitahu nak ke pantai. kalau tak, takde lah aku short dress macam ni.'

Aku memeluk erat tubuhku. Tak tahan aku dengan angin pantai yang sejuk ni.

Tiba tiba Harriz bangun dan membuka kot bajunya. Dia berjalan ke arah ku dan meletakkan kot bajunya ke atas bahuku. Rasanya dia perasan kot yang aku sejuk

"Abang riz tak sejuk ke nanti?" aku bertanya, risau nanti dia pulak yang sejuk.

"Aku dah biasa angin sejuk macam ni. Kalau tak pakai baju pun aku boleh tahan"
"eyyy berlagaknya. Mati keras nanti padan muka" balasku

selang beberapa minit, makanan kami pun sampai. Kami menjamu makanan masing masing. Abang riz memesan makanan rice salty chicken dan aku memesan spaghetti bomboloni.

"Abang riz nak rasa tak spaghetti leya?" Aku menanyakan pada harriz
"Sedap ke?"

"Mestilah sedap, leya kot yang pilih"
"Nak" Balas harriz sambil membuka luas mulutnya.

"Nak apa? nah ambillah sendiri" aku menghulurkan sudu ngan garfu kepadanya

"Taknak, aku nak kau suapkan. Aaaa"
Dia membuka luas mulutnya
"Eyy mengadanyaa. Nah bukak mulut" Allahu shaking tangan aku bila hulurkan tangan untuk menyuap makanan tu ke dalam mulutnya.

"erm not bad" respon harriz
"nah rasa aku punya pulak. bukak mulut luas luas" balas harriz lagi

'Abang riz nak suap aku? ohmaigadd'
"Bukaklah mulut kau cepat"

Aku membuka mulutku perlahan dan harriz menyuapkan makanan tu padaku "Eyyy masinnya ayam dia, cane abang riz boleh telan benda tu?"

"Dah kata pun rice salty chicken sayangg... mestilah masin" Balas harriz

'SAYANGGG!!? OHMAIGADD DIA PANGGIL AKU SAYANG KE TADI?'
terus tertelan salty chicken yang ada dalam mulutku tadi

Aku cuba untuk control blushing aku supaya dia tak perasan
"abang riz kejap lagi, leya nak jalan jalan tepi pantai kejap boleh?"

"Buat apa?sejukkan angin malam ni?"
"halahhh kejap je abang riz. bukan selalu pun dapat jalan jalan kat pantai, plissssss.."

"Erm makan cepat" balas harriz
"Yeaaaaa maseh abang riz" balasku

________________________

"Abang riz, mehlah turun sini jalan atas pasir" Aku jerit memanggil harriz
Harriz hanya menganguk dan tidak berbalas apa apa

Mereka berdua duduk di atas pasir dan menghadap ke arah pantai.

"bestnya abang riz dapat jalan jalan dekat sini. sejuk je angin. bunyi ombak pun nyaman je."

"mestilah best, tengoklah siapa yang pilih port ni" harriz mengatakannya dengan menunjukkan muka berlagak

"Nak jugak puji diri sendiri. arghhh tenangnya kat sini. hilang segala kusut belajar and I love this view so muchhh"

"I love my view too" Harriz mengucapkan ayat tersebut sambil memandang ke arah farah.

"nnti next time, kita datanglah sini lagi. Leya jalanlah puas puas nanti" balas harriz "srs eh nnti kita datang sini lagi? jangan tipu auu"

"Pernah ke aku tipu kau? dah jom balik. tk eloklah lama lama dekat luar ni, nanti masuk angin badan tu nanti"
balas harriz

"iyaaa jom balik" kami jalan balik menuju ke kereta harriz.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 24, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Suamiku Mr.SweetWhere stories live. Discover now