Hasnah 2

62.6K 92 0
                                    


“Johari! Mana awak? Johari!!” suara itu cukup kuat untuk mengejutkan Johari. Dia memang kenal sangat dengan suara itu, suara yang sering sahaja memakinya.

Dengan rasa agak terganggu, Johari bergerak untuk membuka pintu pondok. Belum sempat dia berbuat demikian, pintu rumah sudah ditolak dari luar. Di depannya berdiri Puan Hasnah dengan wajah cemberut. Tanpa dijemput, wanita itu terus masuk ke dalam pondok. Johari memberanikan diri untuk bertanya akan maksud kedatangan wanita itu.

“Ada apa, puan?” tanya Johari. Dia sempat melihat wanita itu memerhatikannya yang hanya berkain tuala.
“Kenapa dengan awak ni? Kerja tadi tu belum habis lagi dah balik ke rumah? Malas ya? Cepat…pergi tolong dia orang!!”
“Tapi, puan…tadi penyelia kata nak sambung kerja esok pagi. Lagipun, saya baru nak makan ni…”
“Saya tak peduli. Awak pergi ke stor sekarang juga!! Cepat!!”

Kesabaran Johari sudah hampir meletup. Pada waktu yang sama, dia sudah melihat peluang yang datang sendiri kepadanya tanpa dia bersusah payah untuk mendapatkannya. Tanpa bersuara Johari bergerak ke pintu pondok. Dia menutup dan menguncikannya. Puan Hasnah terkebil-kebil melihat apa yang Johari lakukan. Tiba-tiba dia menyedari ada sesuatu yang tidak kena. Dia mula merasa ketakutan.

Setelah mengunci pintu, Johari bergerak ke meja makan dan mengambil sebilah pisau pemotong sayur. Kemudian dia berpaling ke arah Puan Hasnah dengan wajah yang serius.

“Johari!! Apa awak nak buat, hah??!! Jangan nak buat macam-macam. Nanti saya menjerit!!” suara Puan Hasnah terketar-ketar.
“Jerit lah kalau mahu. Tak ada orang yang akan mendengar puan. Kalau pun ada, saya yakin mereka tidak akan datang ke sini! Puan tahu kenapa?” Johari berhenti seketika sambil memerhati wanita itu. Johari sengaja menayangkan pisau yang berkilat-kilat itu.
“Mereka itu sudah muak dengan puan! Setiap hari puan asyik memaki hamun mereka walaupun mereka kerja sungguh-sungguh! Saya juga sudah muak!! Puan tahu tak?? Saya ini manusia, puan. Saya bukan binatang yang puan boleh maki hamun dan perintah sesuka hati!” Johari terus membentak Puan Hasnah yang sedang ketakutan.
“Tolonglah, Johari….jangan apa-apakan saya..Saya mohon maaf..Saya tidak akan buat begitu lagi…Saya janji. Tolonglah…lepaskan saya…” Puan Hasnah tidak punya lain kecuali merayu kepada Johari untuk tidak mengapa-apakan dia.
“Puan memang tidak punya hati perut….Puan perlu diberi pengajaran!!”
“Jangan….Johari…saya merayu..jangan bunuh saya!!”

Johari berdiri betul-betul di hadapan Puan Hasnah, menyilang tangannya di dada sambil memegang pisau itu. Puan Hasnah terpaksa berundur ke belakang kira-kira sedepa dari Johari kerana ketakutan. Johari tersenyum sinis.

“Siapa kata saya nak bunuh puan? Puan ingat saya ni pembunuh ke?” Johari memandang terus ke arah Puan Hasnah sambil tersenyum sinis. Di dalam kepalanya sudah terbayang-bayang apa yang bakal dia lakukan terhadap wanita itu.
“Saya tidak akan melepaskan puan begitu sahaja. Puan nampak pisau ni?? Saya tidak akan teragak-agak untuk menggunakannya jika keadaan memaksa. Jadi… jangan cuba nak buat sesuatu yang bodoh!! Puan faham tak??” Johari membentak wanita itu lagi. Puan Hasnah mengangguk-angguk.

Tanpa menunggu lama, Johari mengarah Puan Hasnah untuk menghampirinya. Puan Hasnah masih ragu-ragu membuatkan Johari terpaksa membentaknya lagi.

“Sini…!! Saya suruh puan ke sini. Kenapa masih tercegat di situ?!!”

Puan Hasnah bergerak dengan ragu-ragu menghampiri Johari. Wanita yang ketakutan itu berdiri di hadapan Johari sambil menunduk. Jari tangannya memintal-mintal hujung leher baju kurung yang dipakainya.

“Sekarang puan jawab soalan saya. Sebelum ini puan pernah cuba mendekati saya, benar atau tidak?” tanya Johari. Puan Hasnah masih berdiam diri. “Jawab!! Benar atau tidak??”
“Benar.” Jawap Puan Hasnah tanpa memandang Johari.
“Apa niat puan sebenarnya?”

Batang Kuda JohariWhere stories live. Discover now