Hasnah 1

89.7K 122 8
                                    

Kalau diikutkan hatinya pada ketika itu, mahu sahaja rasanya Johari menampar mulut isteri tuan punya ladang itu. Ada-ada sahaja yang tidak kena dimatanya. Apa sahaja kerja yang Johari lakukan di ladang pisang dan ternakan haiwan itu sepertinya tidak ada yang betul. Walaupun Johari telah melakukan yang terbaik, Puan Hasnah, si isteri tuan punya ladang itu tetap tidak puas hati. Kelmarin Johari telah dimaki hamun wanita itu kerana tidak mengangkat guni-guni baja ke dalam stor padahal Johari sendiri tidak tahu apa-apa tentang penghantaran baja-baja itu. Dia sedang membaiki parit air di tepi ladang ketika Taukeh Ah Beng datang menghantar bekalan baja itu. Apabila dia kembali ke pondok rehat di tengah-tengah ladang itu, Puan Hasnah sudah ada di situ, sedia dengan maki hamunnya.

Walaupun dimaki hamun, Johari tetap bersabar. Dia tidak mahu melakukan apa sahaja yang boleh membuatkan dia dihalau dari ladang itu. Dia memerlukan kerja itu. Jika dia dihalau, kemana lagi dia hendak pergi. Apa lagi kerja yang boleh dilakukannya? Johari bukannya ada pelajaran tinggi, hanya setakat tingkatan lima. Itupun tidak habis. Johari terpaksa berhenti sekolah setelah ibunya meninggal dunia. Ayahnya sudah lama tiada. Kini dia sebatang kara, tidak punya sesiapa lagi. Johari terpaksa meninggalkan rumah pusakanya dan keluar mencari pekerjaan untuk menyara hidup.

Nasibnya baik bila dia diterima bekerja sebagai buruh di ladang pisang itu. Tuan punya ladang itu cukup baik padanya kerana membenarkan dia tinggal di pondok rehat di tepi ladang yang besar itu. Johari tidak merungut kerana dia sudah biasa dengan kesusahan hidup. Malah dia besyukur kerana mempunyai tempat berteduh walaupun pondok itu tidaklah seselesa keadaan di rumah yang sebenar. Pondok kecil di tengah ladang itu dibaikinya dan dijaganya dengan elok. Halamannya tidak besar, cukup untuk dia menanam sebatas dua sayur untuk dimakan.

Johari berusia 20 tahun, mewarisi sifat dan sikap arwah ibunya. Dia seorang yang peramah, periang dan ringan tulang. Kerana itulah dia disukai oleh majikan lelakinya dan pekerja-pekerja lain. Tubuhnya agak berotot dan sasa disebabkan oleh kerja-kerja berat yang dilakukannya setiap hari. Walaupun berkulit agak gelap, Johari mempunyai daya tarikannya sendiri. Dengan wajah yang elok dan fizikal yang agak sasa, dia memang mampu menarik perhatian wanita. Hanya Johari sendiri yang tidak terfikir akan perkara itu.

Kini, sudah lebih dua tahun Johari bekerja di ladang itu. Dia belum berniat untuk mencari kerja lain. Johari hanya akan pergi setelah mempunyai tabungan dan pengalaman kerja yang cukup. Dia akan kembali ke kampung halamannya untuk mengusahakan tanah pusaka milik keluarganya.

Ketika dia mula-mula bekerja di ladang itu, semuanya kelihatan elok. Puan Hasnah itu pun tidak pernah memaki hamunnya. Puan Hasnah sebenarnya adalah isteri ketiga tuan punya ladang itu. Dia berumur 34 tahun sementara suaminya, Tuan Hasnol berumur 62 tahun. Jauh sekali bezanya umur mereka. Mereka telah berkahwin selama 6 tahun tetapi tidak mempunyai anak. Mungkin kerana itulah Puan Hasnah sering berada di ladang. Dia tidak punya tanggungjawab sebagai seorang ibu di rumah.

Tuan Hasnol kerap jatuh sakit sejak setahun yang lalu memandangkan usianya sudah lanjut dan Puan Hasnah lah yang mengambil alih urusan ladang itu. Tuan Hasnol pernah berpesan kepada Johari untuk bekerja dengan baik dan menjaga ladang itu seperti ladang sendiri. Oleh sebab itulah Johari tidak pernah membantah atau menjawab setiap kali dimarahi oleh Puan Hasnah.

Keadaan yang tenang dan elok di ladang itu dulu sudah tidak dirasai lagi. Setiap hari, ada sahaja yang menjadi mangsa makian Puan Hasnah termasuk Johari. Hampir setiap hari dia akan kena sehingga ianya seolah-olah rutin harian bagi Puan Hasnah. Johari hanya berdiam diri bila Puan Hasnah memarahinya. Dia akan meneruskan kerjanya tanpa memperdulikan wanita itu. Disebabkan itulah wanita itu semakin galak memakinya bila sahaja ada peluang.

Johari tidak tahu mengapa wanita itu jadi begitu. Mungkin wanita itu mempunyai masalah peribadi yang berat sehingga membuatkan dia berubah. Pernah juga Johari mendengar cerita dari beberapa orang pekerja ladang itu tentang kisah-kisah pertualangan Puan Hasnah di belakang suaminya. Sebelum berkahwin secara sah, Puan Hasnah adalah wanita simpanan Tuan Hasnol. Ada juga cakap-cakap yang mengatakan Puan Hasnah berkahwin dengan Encik Hasnol kerana dia menginginkan harta Tuan Hasnol. Setelah berkahwin, Puan Hasnah masih ligat dan pernah mempunyai skandal. Johari tidak tahu sejauh manakah kebenaran cerita-cerita tersebut tetapi ada waktunya dia juga percaya akan cerita-cerita itu.

Johari memang mempunyai asas untuk mempercayai cerita-cerita itu kerana dia sendiri pernah 'didekati' oleh wanita itu. Pada mulanya Johari tidak begitu perasan akan niat wanita itu tetapi setelah menyedarinya, Johari kerap mengelak daripada bersendirian dengan wanita itu. Apabila Puan Hasnah datang ke pondoknya atas apa-apa alasan tanpa ditemani oleh seseorang, Johari akan cepat-cepat mencari alasan untuk pergi melakukan pekerjaannya. Dia tidak mahu orang lain akan berprasangka buruk terhadapnya jika dia diketahui berdua-duaan dengan Puan Hasnah.

Kadang-kadang, terusik juga nafsu Johari apabila dia terfikir akan wanita itu. Walaupun wanita itu sering sahaja bersikap kurang wajar terhadap para pekerjanya, ada sisi lain yang sering juga menjadi bahan bualan pekerja-pekerja lelaki. Sudah tentulah ia berkaitan dengan rupa fizikal wanita itu. Puan Hasnah mempunyai tubuh yang masih ramping dengan ketinggian sekitar lima kaki. Apa yang sering sahaja menarik perhatian para pekerja lelaki ialah punggungnya yang lebar dan berisi padat. Itu belum lagi termasuk buah dadanya yang membusung dan menonjol keluar. Bila berjalan, buah dada itu akan bergoncang-goncang. Boleh meleleh air liur dibuatnya. Puan Hasnah juga kerap memakai baju yang sendat sehingga menampakkan susuk lekuk tubuhnya.

Di waktu malam yang sunyi, sekali sekala Johari akan teringat pada kemolekan dan kemontokan tubuh Puan Hasnah sambil berbaring di atas katil buatan sendiri di dalam pondoknya. Sebagai anak muda yang normal, nafsunya akan naik juga bila dia membayangkan tubuh wanita itu dalam keadaan telanjang. Entah kenapa dia merasa semakin enak sahaja setiap kali membayangkan tubuh Puan Hasnah. Ada suatu macam perasaan dan dorongan yang kuat timbul dalam dirinya. Bila nafsu sudah tiba di kemuncaknya, Johari tiada pilihan lain kecuali memuaskan nafsunya sendiri dengan tangannya.

Lama-kelamaan apabila Johari semakin kerap mengangankan tubuh Puan Hasnah, dia mula menyimpan suatu hasrat untuk mencicipi tubuh molek itu. Bagaimana caranya, Johari tidak tahu tetapi dia sudah nekad untuk memenuhi hasratnya jika peluang itu muncul. Dia akan menggunakan peluang itu sepenuhnya sehingga dia benar-benar puas. Johari juga ingin menggunakan kesempatan itu untuk memberi pengajaran kepada wanita itu. Dia yakin akan memperolehi peluang itu kerana dia sedar wanita itu pernah cuba untuk mendekatinya suatu ketika dulu.

Seminggu setelah kali terakhir Johari dimaki oleh Puan Hasnah, seluruh ladang itu digempari oleh berita kematian Tuan Hasnol. Patutlah Puan Hasnah tidak kelihatan selama seminggu. Menurut penyelia pekerja, Tuan Hasnol meninggal dunia di hospital dan jenazahnya dibawa ke rumah isteri tuanya. Berita itu cukup menyedihkan bagi pekerja-pekerja ladang itu kerana Tuan Hasnol memang majikan yang baik semasa hayatnya. Apa yang agak membimbangkan ialah masa depan pekerja-pekerja itu setelah ketiadaan majikan mereka. Itu termasuklah Johari. Dia sudah bersedia untuk berpindah kembali ke kampung halamannya jika keadaan memaksa.

Setelah Tuan Hasnol selamat dikebumikan, Puan Hasnah kembali semula ke ladang dan dia segera membuat pengumuman bahawa ladang itu tetap akan beroperasi. Berita itu cukup mengembirakan para pekerja tetapi tidak kurang juga yang merasa kurang senang terutama sekali yang pernah menjadi mangsa makian Puan Hasnah. Bagi Johari, berita itu agak melegakan walaupun dia sedar yang dia mungkin akan terus menjadi mangsa makian Puan Hasnah.

Jangkaan Johari memang benar-benar berlaku. Setelah ketiadaan Tuan Hasnol, seorang demi seorang pekerja ladang itu berhenti kerana tidak tahan dengan kerenah Puan Hasnah. Hanya beberapa orang sahaja yang masih mahu bekerja. Situasi itu membuatkan Puan Hasnah semakin menjadi-jadi kerenahnya. Dia gagal mencari pekerja-pekerja baru yang secukupnya membuatkan beban kerja bertambah. Kerap kali para pekerja terpaksa bekerja lebih masa termasuklah Johari. Bila hari dah hampir gelap, barulah mereka kembali ke rumah masing-masing. Walaupun kerja Johari lebih banyak di ladang pisang, ada waktunya dia akan disuruh untuk membantu pekerja-pekerja di ladang ternakan haiwan. Jika berlenggah, pasti akan dimaki hamun oleh Puan Hasnah.

Di dalam kesibukan bekerja, Johari tetap sabar menunggu peluang yang sudah sekian lama diidamkannya. Akhirnya peluang itu tiba juga. Ketika itu Johari baru sahaja kembali ke pondoknya. Hari sudah lewat petang. Sebelum itu dia terpaksa membantu beberapa orang pekerja mengangkut makanan haiwan ke stor simpanan makanan haiwan. Waktu sudah hampir pukul 6 petang memaksa mereka berhenti dan akan menyelseaikan kerja itu keesokan harinya. Cepat-cepat dia kembali ke pondoknya. Tiba di pondok, dia terus pergi mandi di sebatang anak sungai kecil berhampiran dengan pondoknya. Di situ lah tempat dia mandi setiap hari. Air untuk diminum diambilnya dari tangki tadahan air hujan.

Johari mandi dengan cepat kerana mahu segera memasak. Perutnya sudah lapar. Selepas mandi, Johari pun menghidupkan pelita minyaknya untuk menerangi ruang pondok dan mula memasak ala kadar. Di dalam pondok itu Johari hanya mengenakan kain tuala yang dililit di pinggang. Memang itulah kebiasaannya bila berada di pondoknya. Baru sahaja dia mahu menghidang makanannya, dia terdengar namanya dipanggil beberapa kali dari luar.

Batang Kuda JohariWhere stories live. Discover now