Rasulullah dan Sayyidatina Aisyah (BAB 2)

15 3 0
                                    

Pernah Rasulullah diajak oleh Sayyidatina Aisyah untuk berlumba lari. Tanpa memikirkan statusnya sebagai seorang rasul.

Baginda menyahut ajakan isterinya dan perlumbaan tersebut dimenangi Sayyidatina Aisyah.

Gembiranya beliau sehingga beberapa kali mengusik Rasulullah kerana kalah dalam perlumbaan, Rasulullah hanya tersenyum melihat gelagat isterinya yang asyik mengusik diri Baginda.

Setelah sekian lama,badan Sayyidatina Aisyah agak sedikit berisi. Dan kali ini Rasulullah pula mengajak beliau untuk berlumba lari.

Dan kali ini Sayyidatina Aisyah kalah. Dan disebabkan beliau kalah, Sayyidatina Aisyah merajuk dengan Rasulullah.

Melihat isterinya yang sedang merajuk, Rasullullah datang memujuk, " Dahulu engkau telah menang saat perlumbaan pertama,dan kali ini aku menang untuk perlumbaan kedua. Adil kan ?" Soal Rasulullah sambil tersenyum.

Mendengar kata-kata Rasulullah, Aisyah tersenyum malu.

Nu'aiman Bin Amr Where stories live. Discover now