Bab 2 Guru Baru

46 0 0
                                    

Angelina berlari tergesa-gesa dengan memeluk fail masuk ke dalam ruangan pejabat sekolah swasta Sekolah Menengah Bakhtiar (SMB) tersebut.

"Aduuh, macam mana boleh terlambat ni." Keluh Angelina pada dirinya sendiri.

"Selamat pagi, saya Angelina guru baru di sini... boleh saya bertemu dengan pengetua sekolah?"

Beruntung Angelina datang ke sekolah itu sebelum bell masuk belum berbunyi. Dia sangat khuatir kalau di hari pertamanya melapor diri menunjukkan prestasi yang buruk kerana datang lambat ke sekolah. Itu pun bukan di sebab kesalahannya sendiri tetapi ada seseorang pelajar yang telah membuatnya terhalang daripada cepat sampai ke sekolah.

"Selamat pagi ikut sini Cikgu, mari saya hantar ke ruangan pengetua sekolah." Seorang kerani sekolah yang bertugas bahagian receptionist, mempersilakan dengan sangat ramah.

Setelah berbincang-bincang dengan pengetua sekolah SMB, Angelina di hantar ke kelas tempat dia mengajar buat pertama kalinya pada hari itu.

Langkah kaki Angelina terasa semakin bersemangat sekaligus gugup ketika bell masuk berbunyi dengan nyaring. Semua murid yang berdiri di koridor beransur masuk ke kelas masing-masing. Langkah kaki Angelina terhenti di depan sebuah kelas 6 cemerlang, pelajar akhir STPM tahun itu.

Murid-murid yang masih rancak bersembang automatic terdiam apabila melihat kedatangan Angelina dan seorang guru yang bernama Puan Atikah.

"Selamat pagi murid-murid." Sapa Puan Atikah pada semua murid. "Hari ini kalian kedatangan seorang guru baru yang akan mengajar subjek Pengajian Am di sekolah kita. Harap kalian dapat memberi kerjasama sepenuhnya. Kalian boleh berkenalan dengannya nanti ya."

"Baik Cikgu!" Murid-murid menyahut hampir bersamaan.

"Saya tinggalkan dulu ya Cikgu." Ucap Puan Atikah pada Angelina.

"Baik, terima kasih Cikgu." Sahut Angelina dengan senyuman.

Angelina masuk ke kelas 6 cemerlang dengan penuh semangat dan kewibawaannya. Dia kena hadapi kegugupannya, dia tidak boleh menunjukkan kelemahan kepada pelajar-pelajarnya.

Tiba-tiba ada seorang pelajar lelaki masuk memecahkan konsentrasi Angelina yang menuju ke kerusi paling belakang berdekatan pintu keluar masuk.

"Oh, ada guru baru ya!" Katanya sambil lewa, tidak merasa bersalah datang terlambat.

"Baiklah, Cikgu mahu semua duduk di tempat masing-masing dan tolong beri perhatian." Ucap Angelina berusaha tegas pada pelajar-pelajarnya.

"Cikgu akan memperkenalkan diri Cikgu, setelah itu kita akan terus memulakan pelajaran kita." Katanya lagi.

"Nama Cikgu Angelina Jolie, berumur 22 tahun dan akan mengajar subjek Pengajian Am di kelas kamu." Kata Angelina dengan detail.

"Ada soalan nak tanya?" Angelina mengedarkan pandangannya keseluruhan kelas.

"Ada Cikgu!" Seorang pelajar mengangkat tangan.

"Nama kamu?"

"Nama saya Adrian Dominic."

"Okay, soalan kamu?"

"Soalan saya adalah Cikgu masih single?" Tiba-tiba pelajar yang datang terlambat itu mengangkat tangan dan mengajukan soalan yang Angelina tak kuasa nak menjawabnya.

Suasana kelas yang hening menjadi riuh dengan gelak ketawa pelajar.

"Soalan lain kalau ada!" Sahut Angelina tidak mengindahkan soalan tersebut hanya tersenyum melihat kesekeliling kelas.

"Cikgu takkan menjawab pertanyaan peribadi. Soalan lain kalau ada, kalau tidak ada kita boleh langsung ke materi."

Suasana kelas menjadi riuh seketika.

"Alah Cikgu, kita kenal-kenal dulu Cikgu. Takkan awal-awal terus belajar." Sahut sorang pelajar tidak bersetuju.

Adrian cuma bertopang dagu melihat Angelina yang berada di depan. Matanya yang tajam menatap lurus Cikgu barunya itu tanpa berkedip. Buat pertama kalinya Adrian tertarik melihat wanita yang berlawanan jenis dengannya.

"Baiklah, kalau tak ada soalan yang nak di ajukan sila keluarkan buku Pengajian Am kamu, buka muka surat 10."

Semua pelajar pun keluar buku yang telah diarahkan oleh Angelina. Adrian masih melihat Angelina tanpa memperdulikan kesekelilingnya. Lagi pula, Adrian sudah terkenal sebagai seorang pelajar yang cemerlang dan sering menjadi wakil mengikuti pertandingan peringkat sekolah atau negeri.

Hebatnya Angelina, dia dapat menarik fokus semua murid dan memberi penerangan dengan berkesan kepada pelajarnya. Wajah Angelina yang lembut dan ayu membuatkan mata Adrian yang galak tidak berkedip sambil bertopang dagu.

Setelah selesai mengajar, Angelina ke bilik guru untuk berkenal-kenalan dengan guru yang lain.

"Cikgu Angelina jangan merasa segan di sini, semua guru-guru di sini ramah dan mesra." Ucap salah seorang guru.

"Terima kasih Cikgu, tolong tunjuk ajar ya Cikgu." Sahut Angelina merendah diri.

"Nanti Cikgu Angelina boleh ke bahagian reception untuk mengambil jadual-jadual mengajar untuk Cikgu."

Angelina mengangguk faham.

"Baik Cikgu, nanti saya akan ambil."

Angelina menuju ke meja kerjanya yang telah di sediakan oleh pihak sekolah, dia menyusun barang-barangnya di atas meja. Dan duduk sambil menunggu masanya yang akan mengajar di kelas lain pula.

Angelina teringat akan perjalananya tadi menuju ke sekolah gara-gara seorang penunggang motorcycle yang kena saman telah menghalang pengguna jalan raya yang lain. Angelina menggeleng pelan, awal-awal masuk sekolah nasibnya tidak terlalu beruntung. Angelina tidak dapat melihat wajah penunggang motorcycle tersebut kerana memakai helmet di wajahnya. Tetapi matanya seperti dia kenal. Angelina menggeleng cepat, mustahil katanya.

Adrian berdiri di koridor kelasnya melihat guru barunya berjalan menuju ke kantin. Kenapa dia seperti pernah melihat Cikgu ini?

Adrian tak habis fikir, macam mana dia boleh di saman di tengah-tengah jalan sehingga menghalang semua pengguna jalanraya. Seumur hidupnya inilah kali pertama dia di jumpa oleh polis trafik. Kesalahannya sungguh tidak masuk akal, macam mana dia boleh terlupa membawa lesen motornya. Tidak pernah-pernahnya juga polis trafik buat pemeriksaan mengejut.

"Tengok apa tu? Dari tadi aku tengok kau mengelamun." Tegur Khaisar sahabat Adrian.

Adrian menggeleng pelan.

"Kau percaya aku tadi kena saman bro!"

Khaisar tergelak heboh, inilah kali pertama dia mendengar Adrian tidak lolos dari pemeriksaan polis.

"Macam mana boleh tertangkap Rian?" Soal Khaisar semacam tak percaya.

Ketua kumpulan motor Red Riders kena saman?

"Tadi jalanan betul-betul jem, tu yang aku sangkut tu. Nak lari mencelah pun tak dapat." Sahut Adrian sambil merapikan rambutnya kebelakang yang hitam pekat itu.

"Sabar saja la, nanti kau tinggal bayar saman sajalah."

Adrian cuma mengedipkan bahunya tak peduli, lagipun ada daddynya nanti yang akan membayar segala urusan dengan polis nanti.

"Aku malas fikir Khaisar, lagi pun tak penting bagiku." Ucap Adrian selamba.

"Malam ni kau mau ikut balapan lagi ke?" Tanya Khaisar menatap Adrian yang telah duduk di kerusi yang ada di tepi koridor kelasnya.

Adrian menggeleng pelan.

"Malas, bagi orang lain pula menang." Sahutnya dengan sinis.

"Betul juga bro, macam belum ada sainganmu lagi."

Adrian menggangguk pelan.

"Aku malas fikir balapan sekarang, aku nak belajar." Sahutnya sambil memandang datar Khaisar yang berada di depannya.

"Biar betul, aku tak mimpi ke?" Sahut Khaisar tak percaya. Khaisar tergelak heboh, betul-betul ajaib.

Gelora Cinta Remaja (Antara 2 Benua)Where stories live. Discover now