Bab 2

39 0 0
                                    

SAYANG ANUM berjalan sedikit
laju tika kakinya mula mencecah
pasir putih di tepi pantai. Hari
ini sudah masuk dua hari dia tidak bersua muka dengan
jejaka itu. Bermaksud dua hari itu jugalah dia tidak dengar
suara dan khabar buah hatinya. Sayang Anum tidak tahu apa
masalah lelaki itu hingga sanggup menjauhinya seteruk ini.
Gara-gara lelaki itu jugalah, ujian bahasa Melayunya hari
ini merundum jatuh markahnya. Ada sahaja perkataan yang
disalah eja. Ada sahaja silap tatabahasanya. Mujurlah itu cuma
ujian. Bukan peperiksaan sebenar.
Jauh di tepi batu besar, Sayang Anum sudah boleh
nampak lelaki itu. Mulalah Sayang Anum mengertap bibirnya
geram.
Sampai hati! detik hatinya.
Sebaik sahaja dia tiba di tepi batu besar itu.Sayang
Anum mula mencekak pinggangnya dan merenung tajam ke
arah lelaki yang langsung tidak sedar akan kehadirannya.
"Buat apa datang sini?"
Ah? Dia sedar rupa-rupanya aku tercegat dekat sini?

Tapi kenapa tak nak pandang muka aku?
"Kenapa abang tak jumpa Sayang? Kenapa tak
telefon Sayang?" Mulalah suara Sayang Anum naik
mendadak. Sudahlah tidak menyambutnya dengan
senyuman. Ditanya pula kenapa datang ke situ? Sungguh
sakit hati Sayang Anum mendengarnya.
Mikail berdiri tegak dan mula menuruni batu besar
itu dengan perlahan-lahan. Soalan Sayang Anum tadi dibiar
tergantung.
"Abang dah nak balik ni. Sayang pergilah balik
rumah. Dah petang ni. Nanti apa pula orang cakap," arah
Mikail tenang. Namun dalam hati, perasaannya sudah
berombak ganas. Ganas seperti Laut China Selatan itu juga.
Sayang Anum tergamam. Apakah dia sudah buat
silap besar hingga Mikail sanggup melayannya sedingin itu?
Melihat Mikail berjalan membelakanginya, bibir Sayang
Anum mula terketar-ketar. Bukan main kalut dia berlari
semata-mata mahu ke tepi pantai itu. Ini pula yang terjadi.
Mikail bawa langkah tanpa berpaling lagi ke arahnya?
Mikail cuba menahan diri dari berpaling ke
belakang. Ditegak, ditegangkan lehernya agar tidak berubah
hala lagi. Rasa benci kepada diri sendiri kerana melayan
Sayang Anum begitu, Tuhan sahaja yang tahu. Rasanya mahu
sahaja dia terjun ke dalam laut itu.
Mikail bukan sengaja mahu layan Sayang Anum
begitu. Sungguh! Mikail rasa marah pada diri sendiri kerana
tidak menghadiahkan senyuman manisnya buat Sayang
Anum seperti selalu. Tetapi, ada sebab kenapa Mikail jadi
begitu.
Dua hari itu, Mikail tidak lena tidur. Tidak berselera
hendak memamah makanan. Tidak berdaya hendak lakukan

segala kerja. Semuanya gara-gara khabar yang diterimanya
daripada sahabat baiknya iaitu abang Sayang Anum sendiri.
Kenapa? Kenapa ayah Sayang Anum sanggup memisahkan
mereka berdua? Sedangkan seluruh warga kampung sudah
tahu hubungan dia dengan gadis manja itu.
"Adik aku nak tunang dengang orang KL tu! Mung
ingak lagi dulu aku ado kabo ke mung yang ayoh aku ado
jumpo kawang dio di Pulau Tioman? Rupenye ayoh aku nok
suruh adik aku nikoh dengang anok kawang dio."
Saat mendengar khabar itu, Mikail sedang menarik
jala yang dipasangnya di tepi jeti. Dekat dengan kawasan
orang memunggah hasil tangkapan. Remuk hati Mikail
hingga terlerai semua jala yang ditariknya dan masuk ke
dalam laut.
Mulanya Mikail sangka abang Sayang Anum hanya
mahu menguji dirinya. Namun setelah dua tiga kali ditanya,
Mikail akhirnya terduduk lemah. Mengapalah ayah Sayang
Anum memperlakukan dirinya begitu? Bukankah ayahnya
sudah berjumpa dengan ayah Sayang Anum dan mengikat
anak gadisnya itu. Tinggal tiga tahun sahaja lagi masanya.
Mikail lemah melangkah. Tidak sedar akannya
Sayang Anum yang masih mengekori di belakang. Dia tak
mampu hendak merenung mata cantik itu lagi. Hidung
mancung dan kulit putih bersih itu.
Sayang Anum ini, baru sahaja tingkatan empat.
Masih bersekolah di sekolah menengah di kampung itu.
Wajahnya putih dan gebu kerana berketurunan Arab. Mikail
sudah mengenali Sayang Anum sejak kecil lagi. Mulanya
berkawan-kawan sahaja. Kemudian jadi adik dan abang
angkat pula. Tetapi setahun lalu, Mikail beranikan diri
luahkan perasaan sebenarnya. Tidak sangka pula sebenarnya

Sayang Anum memang menyayanginya.
"Ah! Sayang. Abang dah kalah," luah Mikail tanpa
sedar.
"Abang!"
"Huh!" Mikail kalih laju ke belakangnya. Beberapa
kali dia menelan air liurnya. Bila pula Sayang Anum berada
di belakangnya? Mikail memerhati sekeliling. Pohon kelapa
tumbuh bersusun di sekeliling. Selipar lusuhnya mula
menguis-nguis pasir lembap di bawah tapak kaki.
Sayang Anum menonyoh air mata yang sudah
berjurai-jurai menuruni pipi yang mulus.
Teruk betul perangai Abang Mikail!
Sanggup buat aku macam ni? detik hatinya.
"Abang dah ada orang lain ke? Abang dah tak nak
dekat Sayang lagi ke? Kalau tak nak, cakap ajelah! Tak
payahlah buat Sayang macam orang bodoh!"
Mikail tercengang mendengar kata-kata Sayang
Anum itu. Dia tak mampu nak membalas, apatah lagi nak
mempertahankan dirinya.
Ah! Sayang. Abang tak pernah fikir pasal
perempuan lain. Abang tak pernah! Dan takkan pernah!
Dalam hati abang ni hanya ada Sayang sorang saja.
Tapi abang tak ada daya lagi nak buat apa-apa. Abang sangka
abanglah lelaki bertuah di kampung ni sebab berjaya tawan
hati Sayang.
Tetapi lelaki yang bertuah tu, nun jauh di barat
tanah air sana. Dia akan ambil sayang tak berapa lama sahaja
lagi.
Mikail tidak membuka mulutnya. Walau apa pun
yang ingin dikatakan kepada Sayang Anum. Semuanya hanya

FALL IN LOVE WITH SI ANTAGONISWhere stories live. Discover now