PROLOG

91.1K 1.7K 30
                                    

PELUH di dahi di lap kasar. Botol air di tepi dicapai sebelum di teguk rakus. Panas betul cuaca hari ini. Hujung mata masih setia mengekori langkah seseorang. Dia sendiri keliru kenapa dirinya tertarik dengan budak perempuan itu sejak bulan lepas. Bayang saja dah buat dia menoleh sembilan puluh darjah. Kuat betul aura si dia.

"Ehem!"

"What do you want?" Mata masih memerhati si dia dari jauh. Takut terlepas pandang. Kehadiran Fateh sedikit pun tidak memberi kesan kepadanya. Fokus nya memang untuk perempuan itu sahaja. Gila bayang betul kau Darren.

"Aku perhati je kau sejak-sejak akhir ni. Rajin kau ushar minah tu eh."

"She's different." Jawab Darren bersahaja.

"Whoa! Bau-bau ada orang jatuh cinta." Darren membiarkan saja Fateh membuat spekulasi sendiri. Malas dia mahu melayan.

Tengkuk di sengetkan ke kiri dan ke kanan. Membetulkan tulang tengkuk yang mula terasa lenguh. Penat juga jadi stalker rupanya. Darren bangun mencapai barang-barangnya dan berlalu dari padang.

"Abang Darren kan?" Tegur seorang junior. Darren hanya mengangguk kecil.

"Nah." Budak itu menghulur sesuatu kepada nya. Heh! Ini sah surat cinta dari fans fans dia ni.

"Ha. Nanti aku baca." Baca la sangat. Belum sempat baca dah selamat mendarat dalam tong sampah. Darren terus berlalu meninggalkan budak itu.

"Err..tap.." Belum sempat Miya menghabiskan kata lengannya terasa ditarik seseorang ke dalam kelas.

"Jangan cakap kau mengorat dia eh Miya."

"No! Aku tak mengorat dia pun, tapi aku tolong dia hehe." Berkerut sedikit kening Elvina mendengarnya. Tolong? Untuk apa?

"Kau tolong apa?"

"Aku..tolong sedarkan dia yang ada orang simpan perasaan dekat dia sekarang ni." Jelas Miya walaupun tidak berapa nak jelas.

"Straight to the point Miya. Aku tengah blur sekarang ni." Pipi Elvina dipicit Miya dengan kedua-dua belah tangannya. Sampai termuncung mulut Elvina dibuatnya.

"Kau tunggu je malam ni Elvina. Kalau dia call kau malam ni berarti dia terima kau. Tapi kalau dia senyap je maybe takde harapan hahah." Terbeliak mata Elvina mendengarnya.

What the heck? Miya tacklekan Darren untuk aku rupanya.

"Miya!" Sedar-sedar Miya sudah di pintu. Laju betul dia buat kerja.

SAMPUL coklat cair yang dia dapat siang tadi dikeluarkan dari poket seluarnya. Bersedia untuk dibuang ke dalam tong sampah.

"Why not kalau aku baca kali ni."

Darren melabuhkan duduknya di atas katil. Sampul itu dibuka cermat. Terjongket keningnya melihat isi sampul tersebut. Bukan surat yang dia dapat tapi number phone. Huh? Berani betul bagi number phone dekat orang bukan sembarangan.

Darren termenung sendiri sambil direnyuk-renyukkan kertas itu di tangannya. Dia dah tak lama dekat sekolah itu. Tahun ini ialah tahun terakhir dia di situ. Bila lagi dia mahu mulakan step seterusnya. Kertas yang di renyuk tadi dibuka semula.

 BE MY TESORO Where stories live. Discover now