𝐙&𝐄 𝟑

13K 857 458
                                    

────────⊹⊱✫⊰⊹────────

"Mama! Abang Hiril ambil lollipop Ezra!" Zahiril menarik lengan kecil Ezra. 

"Janganlah bagitahu mama, Ezra tak sayang abang ke?" pintanya kepada budak 6 tahun itu. 

✎ Tah pape takut merayu meminta belas kasihan dari budak kecil

Ezra mencebik. "Ganti balik lollipop Ezra! Dah tua-tua pun nak makan makanan budak-budak" 

Ezra bingkas bangun dari tempat duduknya dari sebelah Zahiril. Dia bergerak ke sofa hadapannya dan mengambil tempat duduk di sebelah Zairil yang sedang sibuk bermain phone. Zairil yang tersedar ada seseorang duduk disebelahnya memandang Ezra yang sedang memuncungkan bibir. 

"Amboiiii muncungnya bibir, nak abang kiss ke?" Sakat Zairil. 

"Tak boleh, kakak Ezra je boleh kiss. Abang kan lelaki mana boleh kiss Ezra" Zahiril dan Zairil ketawa besar. Teringat mereka akan abang sulung mereka yang satu tu. 

"Ye ke tak boleh?" Tanya Zairil bersahaja

"Betullah! kakak Ezra kata, budak kecil takleh suka-suka hati kiss kiss. Bukan muhrim katanya. Lelaki lelaki pun tak boleh" Jawab Ezra polos. 

Zahiril dan Zairil ketawa terkekek-kekek. 

"HAHAHAHAHA Patutnya kita record dho pastu hantar kat abanag Zafran" 

Zairil yang memegang perutnya yang sakit akibat ketawa mengangguk setuju. 

Puan Farihah yang melihat anak kembarnya ketawa sampai tak ingat dunia itu menggelengkan kepala. 

"Asyhadu an Laa Ilaaha Illallah Wa Asyhadu Anna Muhammadan Rasuulullah! Puh! Mati kau syaitan!" 

Zahiril dan Zairil terhenti tawanya melihat Puan Farihah mengucap serta membuat gaya seperti menghalau syaitan itu. 

"Ma? mama buat wushu ke apa ma?" soal Zahiril. 

"Tu bukan wushu lah, tu kan gaya bomoh terbang yang pakai kelapa tu?" Jawab Zairil

"Bomoh tu apa?" Soal Ezra.

Puan Farihah mengeluh berat. 

"Apalah nasib aku ada anak yang pelik-pelik. Yang sorang dah bengkok, lagi dua ni bebal pula... haihh penat jelah aku hantar belajar jauh-jauh" Keluh Puan Farihah. 

Tuan Zaqwan yang baru sahaja turun menjadi sasaran Puan Farihah. 

"Awak lah ni! Dulu saya mengidam nak bela harimau nak bela ular awak tak bagi, kan dah dapat anak-anak pelik macam ni" 

Tuan Zaqwan memandang isterinya dengan penuh kekeliruan. 

"Aik?! Saya pula? Apa kena mengena saya dalam hal awak anak beranak?" Soal Tuan Zaqwan. 

Puan Farihah hanya menggulingkn mata kemudian berjalan masuk ke dalam bilik membasuh baju. Tuan Zaqwan memandang anak-anaknya. 

"Korang buat apa dekat mama sampai jadi macam tu?" 

"Entah, mama buat wushu tadi lepastu tetiba dia mengamuk. Mungkin dia salah step kot, tu yang effect urat tengkuk sampai mengamuk mama tu" Jawab Zahiril. 

MY GAY HUSBAND ZAFRAN FUHAID ⒸWhere stories live. Discover now