bab 13

2.1K 131 20
                                    

"Ni makcik kamu , Mayla" kata perempuan itu membuatkan mayla terkejut

"Mayla ada makcik? Mayla ingat mayla tak ada sedara mara" kata mayla dengan nada curiga

"Well... sekarang kamu ada" kata makcik mayla sambil senyum kecil

"Kenapa sekarang?" Tanya mayla. Makcik mayla menunduk kepalanya ke bawah

Mungkin dia berasa bersalah?

"Boleh saya cakap dengan mayla berduaan?" Mohon makcik mayla. Mak ayah zaqry terus bangun dari sofa tanpa bertanya soalan apa-apa

Makcik mayla bangun dari sofanya lalu berjalan ke sofa yang mayla duduk dan duduk di sebelah mayla

Makcik mayla mengambil tangan kiri mayla lalu memegangnya dengan erat

"Makcik ingat ayah kamu jaga kamu dengan elok... tapi selepas dapat tahu apa yang ayah kamu buat. Makcik kecewa dan rasa bersalah. Makcik rasa menyesal sebab tak ambil mayla dari awal lagi..." kata makcik mayla sambil menangis membuatkan mayla berasa terharu

Akhirnya dia masih ada keluarga...

xxx

Selepas mayla berbual mesra dengan makciknya. Mayla tidak pernah berasa dekat sangat dengan ibunya kerana sikap ibunya sangat seiras dengan sikap makciknya

Apabila difikirkan semula ia membuatkan mayla lagi merindu ibunya

"Ibu tak rindu mayla ke? Mayla rindu ibu" kata mayla dengan nada perlahan sambil merenung atas

xxx

"Aku dengar semalam makcik kau datang?" Tanya deylan. Mayla menganggukkan kepalanya

"Woi! awat senyap je ni? Kau tak happy ke dapat jumpa makcik kau?" Kata deylan membuatkan mayla berfikir seketika

Dia gembira ke? Sudah tentulah dia gembira

Tetapi kenapa dia berasa sedih sekarang ni?

Adakah sebab zaqry?

"Kau mesti berat hati nak tinggalkan keluarga ni kan?" Tanya deylan. Mayla terkejut kerana dia berasa yang deylan boleh membaca fikirannya

"Aku mana boleh baca fikiran orang" kata deylan dengan riak 'kau bodoh ke?'

"Tapi cara kau teka mesti selalu betul" kata mayla dengan curiga. Deylan ketawa

"Kau yang bengap tak reti kawal riak muka kau. Sebab tu orang boleh teka kau tengah fikir apa" kata deylan. Mayla hanya meng'ooh' sahaja

"Kalau kau duduk dengan makcik kau pon kau tetap boleh jumpa keluarga ni. Tak akan la kau nak tinggalkan terus macam tu kan?" Kata deylan

"Kalau aku duduk dengan makcik aku... kau rasa diorang okay ke? Diorang tak terasa kan?" Kata mayla dengan rasa bersalah. Deylan ketawa kecil

"Kau ni comel sangat la!" Kata deylan sambil mengusap kepala mayla sampai serabai rambut mayla

"Eee! Rambut aku!" Marah mayla sambil membetulkan rambutnya. Deylan senyum

"Diorang tak akan terasa punya. Lagipon kau tinggal dengan makcik kau, bukannya tinggal seorang kan?" Kata deylan. Mayla hanya menganggukkan kepalanya sahaja

xxx

Hari ini adalah hari perpisahan antara mayla dengan keluarga zaqry

Bak kata lain...

Perpisahan dia dengan zaqry...

"Jaga diri elok-elok tau dekat sana! Jangan lupa makan banyak-banyak ya!" Kata ibu zaqry sambil menggomol pipi mayla. Mayla ketawa sambil menganggukkan kepalanya

"Nanti apa-apa masalah, call kami je okay?" Kata ayah zaqry pula. Mayla senyum

"Mana zaqry?" Tanya mayla sambil meliar matanya mencari zaqry

"Entah dia tu. Sibuk dengan PUBG dia la tu" kata ayah zaqry dengan nada perli

Mayla berasa sedih sedikit kerana zaqry tidak berjumpa dengannya sebelum dia pergi

"Tak apa lah. Mayla pergi dulu ya!" Kata mayla dengan senyuman semanis mungkin

Semasa mayla berjalan ke kereta makciknya tiba-tiba ada orang memanggil namanya membuatkan mayla memusing badannya secepat mungkin

"Lah ada pon kau, aku ingat-" kata mayla terputus kerana zaqry memeluknya dengan erat sekali. Mayla terkaku

Mak ayah zaqry melihat mereka dengan senyuman sinis lalu mak ayah zaqry beredar dari situ memberi momen berdua kepada zaqry dan mayla

"Jangan lupa aku.." kata zaqry dengan perlahan. Dia masih memegang mayla dalam pelukannya. Mayla ketawa kecil

"Mana boleh lupakan mamat bodoh ni" gurau mayla membuatkan zaqry ketawa

Lalu mereka berdua senyap. Zaqry semakin lama semakin erat pelukannya

"Zaqry?" Tegur mayla kerana pelukan zaqry lama sangat

"Aku tak boleh lepaskan kau.." bisik zaqry dengan perlahan. Mayla hanya mengeluh kecil sahaja





























Mereka berdua tidak tahu bahawa ada orang memerhati mereka dari jauh...

xxx

"Ni bilik mayla. Makcik baru saja kemas semalam. Mayla kata warna kegemaran mayla warna biru kan? Makcik cat bilik ni warna biru khas untuk mayla" kata makcik mayla dengan teruja

"Ni bilik anak makcik dulu ke? Sebab tengok gaya macam bilik budak" kata mayla dengan senyuman kecil

Tiba-tiba makcik mayla terdiam. Wajahnya jatuh seolah tiada perasaan membuatkan mayla berasa bersalah

Dia salah cakap ke?

"Makcik tak ada anak.." kata makcik mayla dengan senyuman kecil. Mayla terkejut

"Macam mana nak ada anak. Makcik pon belum kahwin lagi hahaha" gurau makcik mayla dengan ketawa kecil. Mayla mengeluh nafas lega

Dia hampir terfikir yang makciknya gugur

xxx

Mayla sedang sibuk berkemas barangnya lalu dia baru teringat yang hari ini deylan tidak menjenguknya langsung

"Deylan? Deylan!" Panggil mayla tetapi deylan masih tidak muncul. Mayla pelik kerana selama ini dia panggil, deylan terus muncul di depannya

"Dia sibuk kot" fikir mayla secara positif

xxx

"KENAPA DIA! KENAPA?!" Jerit deylan dengan bengang sambil membaling barang-barang di lorong gelap

Orang-orang yang lalu lalang di situ berasa takut melihat barang-barang terbang seolah dibaling oleh sesuatu

"Tempat ni keras bro.." kata salah seorang lelaki di situ. Lalu lelaki itu dengan kawannya pon lari dari situ

Deylan melutut di atas jalan sambil menangis

"Kenapa dia... kenapa semasa aku dah bahagia jadi macam ni? KENAPA!" Kata deylan sambil membaling tong sampah di depannya

























































"Maafkan aku, Mayla.."













Hi guys! Jangan lupa vote dan comment okay?

Love you ! <3

DUA DUNIA ✔Where stories live. Discover now