Bab 39

21 4 0
                                    

Kami meneruskan perjalanan dari daerah ke daerah lain. Entah lepas ni negeri ke negeri, tak pun negara ke negara. Ish ishh.

Mata yang ingin tertutup kerana mengantuk ku tahan. Nasib Adriel yang memandu. Kenapa Adriel? Salahkan Ayzar. Dia yang suruh.

Bagi hilang kan ngantuk, aku buka lagu di radio. Ngam aku enjoy lagu tu, ada pulak gatal tangan dia gi tutup lagu.

"Asal tutup?" tanyaku.

"Bising" jawabnya.

Aku malas melayan, tingkap yang lagi cantik dari mukanya tu aku pandang.

Haih kau tengok Risya. Sebab kau tak pasal-pasal kena keluar ngan dia.

"Yang lain tak cakap apa-apa lagi ke?" tanya ku.

"Tak" apa masalah dia cakap sepatah-sepatah ni?

"Entah-entah Risya kena culik? Lepas tu orang jual badan dia macam dalam cerita-cerita tiktok tu" ujarku.

"Cerita-cerita tiktok? Hish kepala otak pikir bukan-bukan. Kena nya jadi betul-betul baru tau" balasnya sambil menjeling ku.

"Habistu asal tak jumpa sampai sekarang? Takkan la dia lari pi...." aku terfikir satu tempat yang mungkin Risya pergi. Kalau betul la, sah perempuan tu gila lari jauh-jauh.

"Pi mana?" tanya Adriel.

"Jap jap" pantas aku mencari fon di dalam beg tangan ku.

Nombor telefon Sarah ku dail.

"Assalamualaikum Sarah. Kau enda rasa ka si Risya lari pi tempat favourite nya?"

"Waalaikumsalam, cakap pelan-pelan konok. Apa kau bilang? Tempat favourite nya? Dimana?"

"Baltimore bha!"

"Waish, mustahil la"

"Kau pikir konok betul-betul. Si Risya keluar ni hari. Takkan cepat betul dia lari sampai sekarang enda jumpa?"

"Jap kau..aku tanya yang lain"

Panggilan dimatikan dan aku terus merenung. Nak risau, tapi bila pikir balik, tak ke bongok gi lari. Dengan mengandung nya haish.

"Dah tau kat mana?" tanya Adriel.

"Tak" balasku.

"Kau tido la dulu. Mata cam panda dah aku tengok" ujar Adriel.

Lah, caring lagi laki ni.

"Taknak la. Tak ngantuk" ujarku.

Selepas beberapa minit, Adriel memandangku.

"Lah dah tido. Tadi kata tak ngantuk" batin nya.

Mana tak ngantuknya, tadi balik kerja jumpa Adam terus keluar cari Risya.

Telefonku berdering. Dah aku tido mati, Adriel la angkat kan. Tertera nama "Nina bawang tumis" di telefon.

"Nina bawang tumis? Nina? Nama elok-elok letak bawang tumis. Tak betul ke budak ni?" Gumamnya.

"Hello?"

"Hello..eh siapa kau? Mana si Intan? Kau culik dia ka woi?"

Telefon dijauhkan sikit dari telinga Adriel. Dia kata aku penculik? Handsome handsome cam ni kata penculik? Kan dah angkat bakul sendiri Adriel ni.

Cinta beza loghat llWhere stories live. Discover now