1 [ DUNIA BARU ]

51 0 0
                                    

5 tahun yang lalu ~~


Perlahan-lahan kaki Aku menuruni anak tangga bas Express Sani bersama sebuah beg galas pakaianku yang berwarna biru gelap yang Aku galas dibahu kananku bersama sebuah lagi beg yang lebih kecil Aku silangkan di badanku.

Turun sahaja dari atas bas Express itu .. Aku mendongakkan kepalaku ke langit melihat silau matahari yang memancar terang tepat di atas kepalaku.


"Waww ... terangnya cuaca hari nie .."


Kataku sendiri sambil melindungi wajahku dengan tapak tanganku dari silau matahari di atas kepalaku.

Haii .. nama Aku Mawar Dalesya Binti Idris. Aku berusia 22 tahun. Hari ini adalah hari pertama & kali pertama Aku menjejakkan kaki ke tempat yang selalu menjadi sebutan dari mulut-mulut orang ramai terutama golongan anak muda yang berhijrah ke sini untuk mengubah hidup mereka. Tak lain tak bukan tempat ini adalah Ibu Kota negara iaitu Kuala Lumpur.

Bila sebut nama Kuala Lumpur .. sudah pasti semua orang tahu untuk apa orang-orang datang berhijrah ke situ terutama golongan muda.

Dengan berbekalkan sebuah beg pakaianku yang Aku bawa kehulu hilir serta beberapa keping duit ringgit Malaysia yang Aku simpan di dalam beg silangku .. Aku jalan & terus berjalan mencari tempat untuk Aku berlindung pada malam ini nanti.


"Bilik untuk disewa / bujang / wanita .."


Tiba-tiba Aku ternampak akan sebuah iklan bilik sewa di kaki jalan.

Aku menghubungi nombor telefon yang tertera pada kertas iklan yang tertampal pada dinding di kaki jalan itu & alhamdullilah Tuan rumah itu mengatakan bahawa masih ada lagi ruang bilik untuk disewa buatku.

Selepas mematikan panggilan .. Aku segera pergi menemui Tuan rumah tersebut untuk melihat ruang bilik untuk Aku tempati di tempat baru ini.

Ruang bilik yang Aku sewa tidaklah terlalu besar tetapi cukuplah untuk diriku sendiri yang datang tiba-tiba begitu sahaja dari tempat tinggal asalku.

Di dalam bilik sewa baruku ini cuma ada sebuah katil, tilam & bantal sahaja. Jadi untuk malam hari pertamaku ini dapat lah Aku berlindung & tidur dengan aman.


"Besok Aku kena pergi cari kerja jugak supaya Aku boleh bertahan hidup kat tempat nie .."

Kataku sendiri.

Walau apapun terjadi, Aku kena kuat & mampu hidup berdikari tanpa mengharapkan orang lain lagi. Tiada orang lain lagi yang boleh membantu & melindungi Aku selain daripada diriku sendiri sekarang.


***************


Setelah seharian berjalan mengelilingi ibu kota besar ini .. akhirnya Aku mendapat pekerjaan juga di sebuah kedai makanan segera KFC sebagai pembantu dapur walaupun hanya sebagai pekerja separuh masa.

Setiap pagi Aku akan bekerja di dapur KFC menyiapkan hidangan ayam & kentang putar. Kemudian pada waktu petang sehingga malam Aku akan menyambung lagi pekerjaanku di sebuah kedai serbaneka 7-Eleven sehingga pukul 10 malam.

Begitulah rutin harianku setiap hari demi menyara hidupku sehari-harian pada usia muda seperti ini.

Kini sudah hampir sebulan lebih Aku tinggal & bekerja di Kuala Lumpur.

KU SIMPUL RAPI [ ON GOING ]Where stories live. Discover now