112| Janda

2.2K 17 1
                                    

Janda jadi bila bercerai. Bercerai hidup. Cerai mati, orang panggil balu.

Janda, sinonim dengan perempuan yang kena cerai. Mesti ada buat salah. Tak pandai masak. Mandul. Tak reti jaga laki. Thats lead to kena cerai. Jadi janda.

Orang perempuan takut dengan Janda. Takut dengan title janda. Sanggup hadap lelaki biawak hidup, kena sepak terajang dari jadi janda.

Orang perempuan takut dengan Janda.
Takut janda ambil suami dorang. Takut suami terpikat dengan janda. Sebab biasa janda lepas bercerai, comey sket. Sebab dah tak kena sara biawak hidup kan. Ada la duit sikit.

Orang perempuan takut dengan Janda. Takut dengan title janda. Sebab orang pandang serong pada janda.

Yang lelaki rasa janda ni gersang. Easy target. Dahaga kasih sayang. Dorang tak tahu, luka yang janda hadap masa berkahwin masih bersisa. Masih trauma. Nampak mudah, tapi complicated.

Yang perempuan rasa janda ni menggoda. Walau senyum pun dah orang cakap cuba goda laki orang.

Kenapa persenda janda? Baru ni nampak ada post pasal tanaman/ bunga yang di beri sempena nama janda.

Dan semua komen komen yang berunsur mencerca janda. Lelaki dan perempuan. Sedih baca. Tak ada perempuan yang nak kawin, kemudian menjanda. For whatever reasons!

Belum kena batang hidung sendiri, boleh la gelak..

Banyak nya perkataan janda 😑

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Banyak nya perkataan janda 😑

Dear HaniWhere stories live. Discover now