Aku bukan Nainโœ“ (new story +...

Oleh samperitmilo

20K 2.1K 842

BOOK #3 of ๐•ฑ๐–—๐–Ž๐–Š๐–“๐–‰๐–˜๐–๐–Ž๐–• ๐•ฐ๐–‰๐–Ž๐–™๐–Ž๐–”๐–“ Genre: Teen fiction Sekuel novel Aku, Iskandar Dzulkarnain ... Lebih Banyak

Blurb
Prolog
Banner gallery
1 Bukan Abang
2 Dare
3 Motosikal
4 Rahsia
6 Tawaran
7 Tampar
8 Kerja
9 Kerja sekolah
10 Adik angkat
11 Pelanggan pertama
12 Gaji pertama

5 Cincin dia

1.1K 132 96
Oleh samperitmilo

Keadaan sekitar halaman rumah dilihat mata hazel itu dengan senyuman. Rindu menyeksa tatkala sepi menyapa. Pagar besi yang berkunci meletakkan si gadis berdiri terpacak di luar ini.

Destinasi yang pertama sudah tentu rumah kedua-dua orang tuanya. Dia sendirian pulang dari lapangan terbang tanpa ditemani siapa-siapa. Itu tidak mengapa kerana Nurul Huda sudah terbiasa. Walaupun sendirian di mana-mana entah mengapa memori lama akan menemani jiwa.

"First time naik bas?" soal Iskandar.

"Lebih kurang." Huda hanya menundukkan pandangan. Dia gugup apabila berdepan dengan lelaki ini. Gugup dan selamat berada di samping Iskandar.

"Nanti seat kau belakang aku je. Aku ambil single seat untuk kita. Kalau kau nak apa-apa nanti, boleh minta dekat aku." Iskandar cuba melegakan kegusaran hati Nurul Huda.

"Huda, dah lama sampai?"

Satu suara menarik gadis bermata hazel itu ke alam realiti. Dia mengerdipkan mata lalu tersenyum. Tangan tua itu disalami. "Baru je."

Bagasi diserahkan pada pembantu rumahnya yang telah membukakan pintu pagar. Lesunya badan seusai pulang daripada klinik buat pemeriksaan kesihatan. Alhamdulillah, dia kekal sihat seperti sedia kala. Hanya perlukan rehat yang mencukupi sebelum memulakan hari baharu pada keesokan. Tika melintasi kawasan halaman rumah, lensa mata Huda disapa dengan sebuah pacuan empat roda. Kening bertaut lalu dia menoleh ke arah sang pembantu.

"Cik Mah, ada tetamu ke?" soal gadis itu. Seakan pernah dilihat kereta begini namun dia telah lupa asal pertemuan pertama.

"Ya, Syafiq ada datang," jawab Asmah. Seorang wanita berusia setengah abad yang telah menjaganya semenjak dari kecil.

"Syafiq mana pula?" Beg galas yang berat pada bahu benar-benar akan mencabutkan segala sendi. Kereta biru gelap itu dikerling lama. Tiga bulan Huda tidak ada di Malaysia, habis hilang memori pada kenalan di sini kecuali buat insan bernama Iskandar Dzulkarnain.

"Tuan Syafiq Zuhri."

"Oh, dia tu." Bibir Huda membuat bentuk 'O' kecil. Gadis berkenaan masih tidak berpuas hati dengan jawapan Asmah. Dia mengintai pula kasut hitam pada rak kasut berdekatan pintu utama. Sudah tentu itu kasut teman sekerjanya. "Tapi... Kenapa datang ke rumah kita? Ada hal ke?"

"Saja nak melawat katanya."

Beg galas diturunkan Huda ke lantai rumah. Dia hendak menanggalkan kasut sambil menahan diri di bingkai pintu. Percayalah bahawa Huda akan tumbang pada bila-bila masa. "Cik Mah, saya letak sini je ya beg. Nanti saya heret buat masuk dalam. Saya penat... Nak rehat..." Dalam berkata, senyuman diselitkan menambahkan lagi keayuan yang telah lama terpeta wajah.

"Huda nak apa-apa?" Asmah khuatir melihat anak dara tuan rumah itu.

"Nak tidur," jawab Huda. Dia tertawa halus di muka pintu. Bahu diketuk perlahan, enak sungguh andai dapat tukang urut saat itu. Bolehlah hilang semua lenguh hasil pakej penerbangan 12 jam.

Tetamu rumah langsung tidak difikirkan Huda. Kebiasaannya gadis bermata hazel ini akan membuat hal sendiri tanpa mengendahkan sesiapa. Dek keberadaan bonda dan ayahanda di sofa penyambut tetamu, Huda terpaksa memanjangkan langkah ke bahagian berkarpet itu. Muka serabainya ditebalkan apabila berhadapan dengan rakan sekerja yang datang tanpa diminta. Niat di hati hanya hendak bersalaman dengan kedua-dua orang tua tercinta.

Huda menghulurkan tangan dan menundukkan wajah. Kulit tangan halusnya yang mengelupas disedari sang ibu. Faktor cuaca kering dan sejuk telah membuatkan kulit kelahiran iklim Malaysia tidak tahan ketika berada di negara luar. Sebuah kucupan diterima Huda pada dahi, pipinya menjadi merah.

"Huda, mana kawan yang hantarkan Huda tu? Dia dah balik?" Khadijah mengusap pipi anak daranya yang bertudung litup. Mata itu rindu hendak menilik Nurul Huda.

"Em, ya. Dia hantarkan Huda depan pintu pagar je... Lepas tu terus balik sebab Huda nak rehat," terang Huda. Sedar dirinya sedang dikerling oleh sepasang mata di sofa yang bertentangan. Denyutan kepala mematikan banyak perbualan yang hendak dituturkan. Pelipis sendiri ditekan perlahan.

"Eloklah Huda dah sampai. Syafiq pun lama tunggu dari tengah hari tadi," celah ayah kepada gadis itu. Ayat itu dituju khas pada seorang pemuda berpakaian kemas di sebelahnya.

"Elok?" getus hati kecil Huda. Rasa tidak selesa pula dengan pandangan mata rakan sekerja.

Lelaki berkacukan Arab selaku tetamu rumah pada hari itu menanti masa hendak berbual dengan Nurul Huda. Melihat pada kerutan wajah si gadis, dia dapat meneka bahawa Huda berada dalam perasaan yang berbaur. Maka Syafiq membiarkan ibu dan ayah Huda sendiri menerangkan hajat kedatangannya.

"Ni cincin yang Syafiq bawakan..." Khadijah menunjukkan sesuatu dalam telapak tangan tuanya. Sebentuk cincin bertakhtakan batu permata terhias indah, dibeli khas oleh Syafiq sendiri.

"Cincin?" Huda terkejut besar. Tangan kanan yang sudah tersarung cincin pemberian seseorang disorokkan ke belakang badan. Jantung berdetak dalam rentak laju. Betapa dia khuatir ibu dan bapanya bakal menanggalkan cincin di jari manis dan mengantikan dengan cincin baharu.

"Syafiq datang untuk merisik Huda, sebagai tanda ikatan... Pakailah cincin tu," jawab Khalid. Anak gadisnya telah kehilangan kata, kejutan itu terlalu drastik.

"Ma, Huda tak pernah setuju..." Tetap pada satu nama. Huda menggeleng bersama-sama wajah tegang.

Sang pembawa cincin terdiam juga dek ditolak mentah-mentah oleh seorang anak dara.

"Huda, lupakan dia," kata Khalid. Terkadang lelaki berjanggut itu geram dengan keras kepala anak bongsunya. Yang sulung telah dilepaskan berkahwin, yang ini sahaja bercita-cita hendak menjadi anak dara tua gamaknya.

"Pa, tolong hormat perasaan Huda. Huda tak boleh paksa hati Huda untuk terima orang lain buat masa ni." Huda berdegil, biar Syafiq tahu bahawa kedatangannya ibarat mencurah air ke daun keladi. Usaha datang ke mari secara mengejut tidak akan sesekali mematikan kesetiannya pada arwah Iskandar Dzulkarnain.

"Sampai bila?" Suara Khalid sedikit mengeras.

"Huda nak masuk bilik.... Penat..." Gadis bertudung litup itu tidak mahu mengeruhkan keadaan. Setiap kali berbicara soal jodoh pasti akhirnya dia yang akan terluka. Pandangan jelas mata hazel itu bertukar kelam beberapa detik.

"Nurul Huda, jangan lari. Awak dah besar... Dah 30 tahun... Syafiq datang penat-penat bawa cincin, awak boleh tolak dia macam tu je? Awak nak lelaki macam mana Huda? Nak yang dah mati tu masuk meminang?" Barangkali lelaki tua berkenaan geram dengan perangai anak daranya yang seorang ini. Banyak pula songeh dalam soal jodoh. Hadir lelaki baik dan bekerjaya seperti Syafiq pun dipandang sebelah mata, maka apa lagi yang Huda mahukan?

Zappp

Nain memang telah lama mati.

Huda menarik nafas dalam buat mengumpul kekuatan. Kata-kata ayahnya menghiris hati luluhnya pada petang itu. Di riba, kekura tangan sedang diusap sang ibu.

Khadijah dapat merasakan getaran pada tangan gadis itu. "Huda, jangan melawan. Malu dekat tetamu... "

"Syafiq, balik." Mata merahnya menahan empangan tangisan. Dia hanya mahukan ketenteraman. Pandangan Huda menikam tepat ke arah Syafiq. "Ambil cincin kau ni sekali. Maaf- Aku tak boleh terima. "

Sebuah kotak baldu merah dibawa Syafiq ke dalam genggaman. Bibir tersenyum nipis. Penantian dari tengah hari hingga ke petang telah memberikan jawapan. Kehadirannya tidak dinanti, pemergian pula dialu-alukan lagi. Lelaki yang pernah bekerja di bawah satu unit bersama-sama Huda bingkas berdiri. Usai bersalaman dengan tuan rumah, dia membawa langkah pergi.

"Huda," tegur Khalid tidak percaya. Maruahnya sebagai seorang bapa agak tercalar. Tetamu yang hadir sanggup dihalau anaknya.

"Abang, jangan paksa Huda. Dia baru je pulang dari lapangan terbang. Biar dia rehat dulu..." Khadijah berpijak menyebelahi Huda sewaktu itu. Kepala Huda yang berbalut selendang diusap perlahan. Kasihan Huda.

"Huda, berhenti dengan cinta syok suci tu. Orangnya dah mati, takkan sesekali datang ke dunia kembali. Papa tak nak Huda asyik tergilakan budak lelaki yang dah mati..." Khalid meraup wajah. "Tolonglah, Huda."

"Huda tak gila. Huda cuma susah nak lupakan dia. Sebab tu Huda minta masa. Jangan paksa Huda macam ni... Kalau Huda sedia nak kahwin, Huda sendiri akan cari calon suami." Air mata menuruni lekukan wajah. Liur ditelan kesat.

"Dia dah mati, Huda," balas Khalid.

Nafas hangat menyelubungi wajah lesu. "Dah lah, papa... Huda tahu benda tu."

"Kalau tahu, kenapa jadi macam ni? Doktor mana yang asyik teringatkan orang yang dah mati?" Perdebatan soal hati Huda tidak akan bertemu penghujungnya.

"Doktor pun ada perasaaan." Telapak tangan menyeka air mata. Bergetar dada dengan gelodak kesedihan gara-gara paksaan kedua-dua orang tua.

Dalam pada masa yang sama, mata helang tua Khalid menganalisa sesuatu pada jari manis Huda yang cuba menghapuskan tangisan. "Cincin siapa tu?"

Huda menggeleng perlahan. Tangan disorokkan di sebalik kain selendang. "Mama, Huda nak masuk bilik..." pintanya. Hati dapat merasakan keadaan bakal bertambah buruk.

"Ni cincin 13 tahun lepas, kan? Buang cincin tu. Papa tak nak tengok," kata Khalid. Lelaki berjanggut itu memghampiri kerusi tiga serangkai yang diduduki Huda dan Khadijah.

"Huda tak nak." Cakaplah apa-apa sekalipun, Huda tidak tergugat. Tangan digenggam dan dirapatkan ke dada.

"Jangan sampai papa yang buang sendiri," ancam Khalid. Semakin lama dibiarkan, semakin parah si Huda ini dengan cinta monyet. Pergelangan tangan gadis itu ditarik tanpa rela.

"Papa, berhentilah..." Dalam pergelutan, air mata turut menitis tidak henti. Dia masih belum bersedia untuk melepaskan Iskandar Dzulkarnain pergi. Pemberian cinta pertamanya cuba dijaga sebaik mungkin meskipun itu kisah 13 tahun yang lalu.

Huda tidak mengerti. Mengapa orang di sekeliling sukar menghormati perasaannya?

Sudahlah penat tidak hilang, berehat pun tidak. Petang ini dia terpaksa bergelut dengan ayah sendiri yang mahukan cincin itu pergi.

"Abang, kenapa dengan awak ni?" Khadijah menarik tangan suaminya menjauhi Huda. Wanita setengah abad itu sebolehnya tidak inginkan kekasaran menghakis hati anak daranya.

"Lepas..." bisik Huda sebelum pegangannya kian lemah. Pejam jelik melihat wajah sang ayah yang berang.

Denyutan di pelipis menghalang dia berbuat lebih. Perlahan-lahan tubuh melorot jatuh ke tepi bersama-sama cincinnya.

Letih.

***
votexkomen

Hm, korang okay tak tu? Meh komen sikit

Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

6.8M 334K 69
Suami Romantik dan Penyayang? Tak pernah diduga Elleana akan mendapat suami garang dan tegas. Hidupnya yang selama ini tak pernah diatur oleh arwah b...
57.3K 3.8K 82
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...
EVERISA Oleh liz

Fiksi Remaja

114K 7.2K 81
Completed โœ“ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehid...
1.7M 93K 54
โŒDILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. โ—CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...