Aku bukan Nainβœ“ (new story +...

By samperitmilo

20K 2.1K 842

BOOK #3 of π•±π–—π–Žπ–Šπ–“π–‰π–˜π–π–Žπ–• π•°π–‰π–Žπ–™π–Žπ–”π–“ Genre: Teen fiction Sekuel novel Aku, Iskandar Dzulkarnain ... More

Blurb
Prolog
Banner gallery
1 Bukan Abang
2 Dare
4 Rahsia
5 Cincin dia
6 Tawaran
7 Tampar
8 Kerja
9 Kerja sekolah
10 Adik angkat
11 Pelanggan pertama
12 Gaji pertama

3 Motosikal

1.1K 165 68
By samperitmilo

Lengan dilipatkan ke belakang kepala dengan kaki yang melunjur ke hadapan. Fahim terlalu fokus membaca agenda dan minit mesyuarat yang baru dikirimkan melalui email pejabatnya. Keberadaan Zulaikha yang pulang dari tempat kerja pun tidak disedari.

"Assalamualaikum," ucap seorang gadis bertudung litup. Beg tangan dilurutkan menuruni bahu di hadapan meja solek kamar utama. Beberapa pin tudung dicabut Zulaikha sebelum dia memasukkan selendang ke dalam bakul baju kotor.

"Waalaikumsalam." Skrin telefon diturunkan sedikit bagi mengintai isterinya. "Ika, lewatnya balik..."

Jam di penjuru kanan telefon memaparkan digit 12. Fahim duduk bersila di katil dengan mata yang mengekori tingkah Zulaikha.

"Abang tak tidur?" Gadis manis itu berlabuh di birai katil. Baju blouse panjangnya tidak dibuka lagi, tangan suami terlebih dahulu dikucup dan disalami. Membiarkan tangan kekal dipegang Fahim, hangat cinta pasangan yang baru berkahwin menghiasi kamar itu.

"Abang tunggu Ika lah," kata Fahim. Tangan isterinya dibawa ke bibir. Satu kucupan berlabuh pada tangan kuning langsat itu. Agenda mesyuarat telah pun dilupakannya apabila terlihat wajah buah hati ini.

"Ingat sweet ke?" Zulaikha terhibur dengan layanan sang suami. Jarak beza umur mereka hanyalah dua tahun, sama seperti perbezaan umurnya dan arwah Iskandar Dzulkarnain.

"Abang memang manis," sengih Fahim sendiri. "Ibu dan ayah kirim salam dekat awak."

"Iya? Ayah sihat?" Gadis berkenaan meminta izin buat menyalin pakaian sebentar. Dia langsung ke almari baju di sebelah meja solek dan menukar kepada pakaian tidur. Barulah selesa hendak berbual dengan sang suami setelah penat bekerja seharian.

Tangan Zulaikha dipelawa Fahim untuk naik ke atas katil dan duduk di sebelahnya. Bila dah bernikah ni, tangan pun tak mahu lepas jika boleh. "Abang tak tahulah. Mulut ayah ada luka. Doktor kata hermes..."

"Herpes simplex?" tebak Zulaikha sekali lalu.

"Rasanya yang tu lah." Perubahan riak wajah sang isteri diperhatikan Fahim Luth. Membuak kerisauan di dada Zulaikha tak siapa yang tahu. Kekuatan cuba disalurkan Fahim melalui sulaman jari jemari. Rasa hangat darah mengalir sampai menerusi roma kulit.

"Nasib baik ayah akur nak ke klinik hari ni. Ika risau kalau nanti berlaku jangkitan kuman dekat bibir dia... Terus jadi kudis..."

Virus itu membiak pada lapisan mukosa sel epithelial dan menyebabkan ulser atau kumpulan cecair di bawah kulit bibir. Sarat pula dada Zulaikha di tengah malam.

"Abang bawa ayah makan luar ke tadi?" soal Zulaikha. Dia tersenyum kecil apabila Fahim menarik tubuhnya masuk ke dalam pelukan.

"Ya, kitorang pergi sarapan je. Makan tengah hari pula dekat rumah sebab ibu yang minta nak pulang masak." Mereka telah cuba untuk menggalas tanggungjawab sebagai anak kepada ibu dan ayah dengan baik. Fahim sendiri tak punya ibu bapa kandung di dunia yang fana, kedua orang tuanya telah meninggal sewaktu dia di tingkatan tiga. Raudhah dan Faizal saja yang tinggal buat dia menumpang kasih.

"Tadi ayah makan banyak tak?" Zulaikha termenung jauh dalam pelukan Fahim. Fikiran memperlihatkan diri pelbagai kesan negatif yang mungkin terjadi kepada ayahnya selepas ini.

"Tak habis pun roti canai yang dia pesan. Mungkin sebab sakit kot nak kunyah."

"Ibu mesti risaukan ayah," sambung Zulaikha. Faizal itu cinta hati pertama Raudhah, sesusah bagaimanapun lelaki itu ibunya tetap akan setia di sisi. Hubungan yang pernah berantakan suatu ketika disambung kembali atas rayuan Iskandar, juga usaha abang sulungnya. Jika tidak, Zulaikha pasti ibu tidak akan membuka hati untuk Faizal.

"Kita balik ya nanti?" Ruas dahi gadis kesayangannya diraup perlahan.

"Cuti nanti kita balik. Hujung minggu ni... Kalau saya tak ada apa-apa panggilan atau kena ganti shift sesiapa..." khabar gadis itu.

Suis lampu bilik pada alat kawalan jauh ditekan Fahim sebelum dia menghidupkan lampu tidur yang keperangan. Dalam sibuk menyelinapkan sebahagian badan di bawah comforter, mulut menggumam perlahan. "Cakaplah dekat pengarah awak tu yang awak nak cuti honeymoon. Dah sebulan dah kahwin ni."

"Abang ni... Manalah pengarah tu nak kesiankan Ika. Lainlah kalau Ika nak cuti bersalin." Kepala diangkat apabila suaminya mengalaskan dengan lengan.

"Kalau macam tu..." Lain pula yang difikir Fahim Luth. Pandangannya dipencilkan pada sang isteri. Ada sesuatu yang dia cuba untuk sampaikan secara berkias.

Tidak semena-mena lengan Fahim ditampar. Zulaikha ketawa halus dek malas hendak melayan loyar buruk lelaki bergelar suami ini. "Abang jangan nak menggatal. Ika nak tidur," balasnya.

"Sakitlah," adu Fahim. "Tak baik tampar-tampar orang..."

Bekas tamparan tadi mula diusap Zulaikha. Bukan setakat usap, siap pakej tampalan ciuman lagi. Gaya Fahim mengadu sepertinya tangan dia telah patah, walhal Zulaikha tidak sengaja menampar. Itu pun tidak kuat mana.

"Dah baik dah?" Zulaikha kembali berbaring di atas lengan suaminya setelah segala 'sesi rawatan' selesai.

"Dah." Cebikan Fahim dibuat-buat mahu menagih simpati lagi.

"Ika ada benda nak cakap dengan abang ni..."

Butang main-main dimatikan lelaki itu. Kini dia memandang isterinya dengan penuh konsentrasi. "Ya?"

"Kenapa abang tak bincang dengan Ika dulu pasal motor Salahuddin? Ika terkejut tau... Tiba-tiba nampak status whatsapp dia dengan motosikal..."

Hal siang tadi cuba dirahsiakan dari pengetahuan isterinya. Namun, mana mungkin barangan sebesar itu hendak disorokkan. "Bayaran muka dia murah je, jadi saya belilah. Saya buat loan dengan kedai, bayar RM300 setiap bulan." Sesudah menghabiskan ayat, Fahim tersenyum seperti kerang busuk. Takut juga jika dimarahi isteri dalam beraninya pun.

"Abang, jangan... Dia tak ada keperluan untuk naik motor," balas Zulaikha.

"Ika takut dia terpengaruh dengan budak-budak lain? Ya, abang faham awak sayang Salahuddin. Dia satu-satunya adik kesayangan Ika. Abang cuma... Tak nak dia ikat perut sebab nak beli motor. Dia kan dah tingkatan lima? Apa salahnya... Nanti kalau naik kolej pun nak guna motosikal juga. "

"Dia ikat perut?" Kening si gadis berkerut.

"Ya, beg sekolah dia dah lama tak beli baru. Kasut pun... Abang pelik tau. Sebab kita ada je bagi duit tiap-tiap bulan, tapi dia tak guna pun duit yang kita kirim. Abang cuba tanya-tanya tadi... Dia jawab, nak beli motorsikal."

"Tapi abang tak boleh bagi dia semudah itu. Nanti dia ingat semua barang boleh dapat dengan meminta." Wajah tidak bersetuju Zulaikha terpampang buat tatapan Fahim. Keningnya berkerut, jelingan mata pun tercipta.

"Sayang, adik awak bukan macam tu. Saya pun jaga dia dari kecil juga, saya kenal dia luar dan dalam. Kali ni je abang bagi hadiah macam ni... Okay?" pujuk Fahim Luth.

"Tapi..."

"Salah dah besar. Dia dah 17 tahun. Jangan anggap dia seperti budak kecil."

"Memang pun Ika anggap dia macam budak kecil." Zulaikha tersenyum nipis. "Along dengan Ika yang jaga dia... Tukar lampin dia... Suap dia makan... Ika rindu along, abang."

Air mata mengalir di tubirnya tidak tertahan. Fahim jualah yang menyeka tangisan hangat itu. Kesejukan malam melayarkan memori lama di ruang fikiran. 15 tahun berlalu tanpa mata menatap wajah si abang.

"Sayang..." bisik Fahim. Pipi gadis itu dikucupnya.

"Ika nak along tahu juga yang adik bongsu dia dah besar... Dah nak habis sekolah... Ika kena tanya along dulu yang boleh ke Salahuddin nak motor..."

"Along tahu Salah dah besar," jawab Fahim. Tubuh Zulaikha dibawa masuk ke dalam dakapan, dikepung dengan kedua-dua lengannya. Dia mampu menghapuskan air mata Zulaikha apabila bersangkut paut dengan hal lain. Malah, Fahim benci melihat isterinya menitiskan air mata.

Namun, jika hadir sebak kerinduan pada arwah sahabatnya, dia sendiri tidak mampu menghapuskan air mata ini.

***

"Ibu! Motosikal Salah dah sampai. Tengoklah ni..." Terlompat-lompat remaja lelaki tingkatan lima itu di ruang tamu rumah. Dia tidak dapat mengawal gelodak gembira di dada. Baju sekolah tidak sempat ditanggalkan lagi, hanya tali leher dicabut dan dibiarkan di atas sofa dua serangkai. Beg sekolah pula tersadai di lantai dengan kasut putihnya tunggang terbalik di rak.

Raudhah berkerut melihat anak bujangnya seperti baru mendapat hadiah cabutan bertuah. Gembiranya bukan main lagi. Tudung sarung dipakai wanita setengah abad itu. Senyuman Salahuddin membuatkan bibirnya mengoyak juga. Tangan remaja itu dipegang buat menenangkan.

"Ni ke motor yang abang Im beli semalam?" soal Raudhah lembut.

Tak tidur malam Salahuddin dek sibuk melihat gambar motosikalnya di laman web. Kepala dijatuhkan berkali-kali. "Abang Im tengah tanda tangan dekat luar. Ibu, ibu, ibu... Adik dapat motor!"

Wanita itu ketawa halus. Tidak pernah dia melihat Salahuddin dalam keadaan teruja begini. "Sayang... Pergilah sujud syukur, pergi solat zohor dulu."

"Tak nak, adik nak tunggu motor," jawab Salahuddin. "Tak sangka abang Im betul-betul nak beli... Seronoknya ada abang..."

"Kalau terlalu gembira, solatlah. Doa pada Allah supaya nikmat ni terpelihara." Raudhah tidak mahu kegembiraan ini berakhir dengan dukacita. Butang baju sekolah Salahuddin ditanggalkan satu per satu dari atas. "Dah pukul dua lebih ni... Solat dulu ya?"

"Ibu ni, orang tengah gembira sibuk nak suruh solat pula," gumam Salahuddin. Kepala menggeleng tidak mengerti. Seharusnya Raudhah jua teruja. Bukan senang dia hendak miliki pacuan dua roda ini.

"Iyalah, sayang. Sebab ibu tahu adik nak duduk berdua dengan motor tu lama-lama. Takut nanti terlepas pula waktu zohor." Kesemua butang baju kemeja putih Salahuddin telah dibuka. Kemudian, Raudhah menanggalkan pula uniform sekolah itu.

"Adik tahulah, adik dah besar. Ibu tak payah ingatkan orang. Bebel je tahu," balas remaja lelaki itu selamba. Matanya tidak lepas melihat motosikal hitam yang sedang dicuba Fahim Luth di luar sana.

Hati seorang ibu tergores tanpa sedar. Senyuman palsu cuba menyedapkan hati, lebih baik bawa diri ke dapur jika begini. Masakan kegemaran Salahuddin sedang mendidih di atas api. "Ibu nak pergi dapur dulu."

"Bu, ayah kata apa?" Salahuddin menoleh memandang bondanya. Cepat pula Raudhah menemaninya di sini.

"Dia kata jangan lupa solat zohor. Nanti ayah keluar nak tengok motor adik-"

"Balik-balik solat. Adik ni dah besar, ibu dan ayah tak payah ingatkan pun adik tahulah. Baik adik duduk dengan Kak Ika lepas ni, tak payah dengar ibu membebel dah."

"Okay, adik." Senyuman nipis membalas. Wajah tua itu asyik termakan hati dengan kata-kata anak bujang ini. Andaikan Iskandar ada, pasti dialah yang akan memujuk di kala Raudhah bersedih hati begini.

Ramai yang mengatakan bahawa wajah Salahuddin semirip Iskandar dalam satu kilasan. Namun, lensa mata ibu yang melahirkan dapat membezakan rupa paras mereka apatah lagi perangai.

Ekor mata mengikuti langkah Salahuddin ke luar rumah. Jasad sahaja yang terpaku di pintu. Kehadiran sebuah motorsikal berwarna hitam tanpa sedikit pun calar amat menggembirakan hati si bongsu.

Raudhah tersenyum nipis. Darah muda yang sukar nak difahami orang tua sepertinya.

Pakaian kotor Salahuddin dikutip wanita setengah abad itu. Tali leher, beg sekolah dan kemeja putih dibawa ke dalam kamar bujang anaknya selepas meletakkan kasut sekolah elok di ruangan rak.

***
votexkomen
***

thanks 400 reads! Jangan lupa add dalam RL korang, okay? nak hit 500 reads pula lepas ni.

do support me :D

Continue Reading

You'll Also Like

3.7M 231K 62
[Highest Ranking #1 in Teen Fiction] " I do not belong to you, or to anyone else. I will talk to whomever I want, whenever I want." Bella menjeling...
Lanets By /zu:/

Teen Fiction

2.9M 304K 86
γ€Œ completed 」 γ€Œ inspired by Ouran Highschool Host Club 」 [AMARAN: bab awal awal sedikit cringe dan karakteristik kurang konsisten. kalau nak versi y...
241K 15.8K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...
116K 2.7K 11
NEW VERSION OF HENDRIYAN "Aku ni tak nampak apa-apa. Yang aku nampak cuma kegelapan..." - HENDRIYAN "Sebab tulah saya ada dekat sini. Saya ni lah ma...