Romance : Ahmad Khalif ✓

dsyaf_ द्वारा

34.5K 3.4K 263

Book 2 (Masih edit dan tak digalakkan baca kerana cringe) 8 tahun yang lepas Nama aku Khalif. Bekas pelajar a... अधिक

Akan datang
1 | Permulaan
2 | Pengenalan
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45 (Akhir)

24

711 75 12
dsyaf_ द्वारा

Wajah dingin Khalif dilihat, menyesal pula dia buka topik pasal Aiman dan arwah Qayeed.

"Khalif." Panggil Hanum perlahan.

Khalif hanya mengangkat kening seolah bertanya apa, tangan dan mata fokus ke hadapan, tak mahu kemalangan berlaku.

"Saya minta maaf."

Khalif hanya mengangguk. Hanum melepaskan keluhan, Khalif pasti marah lagi.

Tiba-tiba tangannya terasa digenggam.

"Saya tak marah dah.." Khalif tersenyum dan memandangnya sekilas sebelum kembali memandang jalan raya.

Hanum mengemam bibir, ya Allah buang perasaan nak jerit ni, tolonglah.

Hadi di belakang hanya memalau kedua orang tuanya, syok layan tiktok, guys!

Sebaik sahaja sampai di rumah umi dan abi, Hadi terus berlari keluar kerana tidak sabar mahu berjumpa dengan tokminya, sampai pintu pun tak tutup.

Bertuah punya anak.

Tangan Hanum digenggam,

"Kenapa?" Soal Hanum pelik.

"Love you." Lalu terus dirinya berlalu meninggalkan Hanum.

Hanum?

Tahan lompat.

***

"Ni la menantu kau Khalisa? Cantik, tapi ni anak siapa? Takkan Khalif berkenan dekat janda kot?" Sindir adik Puan Sri Khalisa, Khalida.

"Menantu aku bukan kau, gelabah pulak la orang tua ni." Balas Puan Sri Khalisa sinis.

Terus sahaja adiknya itu diam dengan wajah memerah, malu barangkali.

"Huh! Kalau janda lebih baik abang Khalif kahwin je dengan Ainul. Ainul ni anak dara lagi tau!" Ainul anak Datin Khalida mencelah.

Khalif mengeluh, tak suka bila Hanum direndah-rendahkan dengan ahli keluarganya sendiri.

"Abang tak nak tahu pun Ainul anak dara ke tak, dan untuk pengetahuan semua Hadi ni anak Khalif. Darah daging Khalif sendiri, dan Hanum bukan janda. Harap semua faham, terutama sekali aunty Lida, kalau masih nak menghina isteri Khalif, Khalif tak teragak-agak bankrupkan aunty dan gugurkan pangkat Datin tu."

Tangan Hanum dan Hadi dicapai menuju dapur, dengan keluarga aunty Lida memang dia tak ngam sebab wanita itu akan menghina orang sesuka hati, malah anak sendiri disanjung seperti tiada dosa.

"Wau! Abang Khalif lah guys.." Usik sepupu Khalif yang berumur 16tahun.

"Apa dia Khair?"

"Takdelah, Khair saja je nak tegur-tegur, semalam abang kemain balik rumah laju-laju, watpetuw?"

"Khair, kau ni behavela sikit. Kotor punya otak!" Bahu Khair dipukul.

"Alah akak ni kecoh pulak, Hadi jom kita main game freefire dengan abang nak?"

Hadi pantas mengangguk dan melepaskan genggaman tangan ayahnta, tab sentiasa dibawa kemana.

Melihat Khair dan Hadi berlalu, Khairunnisa kakak kepada Khair pantas memohon maaf atas kelakuan adiknya yang tak semenggah.

"Rilekla Nisa, abang dengan kakak kau ni okay je."

Makanan dihidangkan oleh pembantu rumah, ahli keluarga mula berkumpul memenuhi meja makan mewah tersebut.

Adik beradik umi ada 5, Khalisa iaitu uminya, Khalida, Khalid, Khalis, dan Khaliq, manakala abinya hanyalah anak tunggal.

Kebanyakkan sedara maranya dari belah umi, termasuk sepupu-sepupunya, dan hampir semua nama mereka dimulakan dengan K.

"Khalif dah fikir ke nak honeymoon mana?" Soal uncle Khalid.

"Err.. tak fikir lagi kot."

"Hanum? Ada mana-mana tempat yang nak pergi?" Soal aunty Khalis pula.

Hanum hanya menggeleng dan tersenyum.

"Jangan kahwin sebab nak kikis harta sudahla." Sampuk Khalida dengan riak wajah menyampahnya.

Hanum hanya menunduk, ditahan sabarnya.

"Eh kau ni banyak bunyila, makan tempat lain lah, kesian menantu aku. Tu pasal kene cerai mulut macam bontot ayam." Marah umi namun ditenangkan oleh abi.

Sekali lagi muka Datin Khalida memerah apabila dimarah oleh kakaknya sendiri.

"Untuk pengetahuan semua, isteri Khalif ni doktor pakar, gaji dia dah lebih dari cukup untuk tampung dirinya, kalau dia nak kikis pun biarlah. Duit Khalif duit dia juga, aunty tak perlu sebok."

Mata Khalif tajam menikam mata auntynya, dan ketegangan dileraikan saat suara Hadi mencelah.

"Apalah, dah tua-tua pun gaduh macam budak."

"Hadi." Suara Hanum tegas menegur kelakuan Hadi.

"Ibu, Hadi cakap benda betul ibu. Nak makan tak boleh cakap kuat-kuat macam nenek ni cakap, kan tak sopan."

Khalisa dan yang lain mula tergelak melihat wajah Khalida cemberut disindir budak kecil.

***

Selepas sahaja menghantar pemergian sedara-maranya, mereka memasuki rumah kembali.

"Selesai pun majlis Khalif, alhamdulillah." Ucap umi lega.

"Tidur sini ke malam ni?" Soal abi tiba-tiba.

"Tak kot, kami nak ke rumah abang Harris dulu lepasni." Balas Khalif sambil mata memandang Hadi yang sedang lena dipangkuannya.

Umi dan abi hanya mengangguk mendengar jawapan Khalif.

"Kalau macam tu, solat maghrib sini dulu la eh? Kita berjemaah." Cadangan umi membuatkan semua mengangguk.

Hadi yang tidur, Hanum kejut perlahan-lahan. Khalif pantas memimpin tangan Hadi ke tandas apabila melihat anaknya jalan ke kiri ke kanan tak menentu, ngantuk lagi la tu.

Sampai sahaja ditandas terus dirinya menemani Hadi membuang air kecil dan mengambil wudhu, kang ada jatuh bilik air, dah la mata tu tak nak bukak.

"Hey, bukak matalah. Apa kencing pejam mata ni?"

Hadi mencelik beberapa kali sebelum tiba-tiba mukanya diusap dengan air sejuk.

"Hanum?"

"Kalau kejut Hadi macam tu, memang dia tak bangun, sapu je muka dia dengan air baru segar."

Hanum berlalu ke bawah dengan telekung yang sudah siap dipakai. Khalif mengalihkan pandangan memandang Hadi,

Betul lah, Hadi bangun dan bukak mata sebesar alam!

***

"Minumlah." Angkuh abang Harris, wajahnya hanya dingin.

"Kami akan pindah ke rumah baru." Beritahu Khalif.

"K." Balasan ringkas abang Harris membuatkan Hanum mengeluh.

"Abang marah Hanum lagi ke?"

"Buat apa aku nak marah kalau kau terhegeh juga nak kahwin dengan jantan ni." Kasar balasan abang Harris.

Khalif mula mencengkam tangan, geram dengan sikap abang Harris. Mereka datang cara baik sebab tetamu malah ahli keluarga, tapi ini yang abang Harris balas?

"Kau lupa aku siapa?" Tiba-tiba Khalif menyampuk.

"Biadap lah lagi." Mata Khalif tajam merenung abang Harris di depannya.

Pantas Harris mengalihkan pandangan ke tempat lain, aura Khalif menggerunkan dengan mata yang tajam menikam matanya.

"Khalif, dah.." Rayu Hanum.

Dia mahu memperbaiki keadaan mereka, mereka adalah keluarga, tapi sampai bila mereka akan begini? Bermasam muka?

"Hanum minta maaf kalau sakitkan hati abang, tapi ni demi anak Hanum. Hanum tak nak dia pun kena hina, cukup kita je tapi kalau memang abang dah tak boleh nak terima Hanum, buang Hanum, takpe sebab Hanum sedar Hanum siapa."

Dia rindu abang Harris yang selalu membuat kelakar walaupun benda tu nampak bodoh.

"Sorry, Khalif cuma tak suka abang Harris biadap dengan isteri Khalif. Khalif mohon abang terimalah Khalif, Hadi sebagai ahli keluarga abang."

Harris masih membekukan muka, semalam pun dia menjadi wali Hanum kerana takut dengan ugutan Khalif sebelum ini.

Nafas dihembus lemah,

"Abang boleh terima, asal kau tak buat Hanum macam dulu lagi."

Mata Khalif dan Hanum kembali bersinar selepas mendengar jawapan dari mulut abang Harris.

पढ़ना जारी रखें

आपको ये भी पसंदे आएँगी

2.2K 331 49
"Tolong jadi isteri aku." Tanpa berfikir panjang, pernyataan berani mati itu terpacul daripada seulas bibir Izyan Hazriq. Gadis yang baru ditemui in...
97.9K 6.3K 42
⋆ ˚。⋆୨୧˚ Last Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Kisah cinta seorang lelaki kepada seorang perempuan yang berbeza pangkat dan status dengannya membuatkan dirinya...
569K 23.6K 67
[Previously known as Hello Miss Novelist] "Kenapa saya Faiq?" "In the first time I see you, saya tahu, you're my destiny" Hanya pertemuan kali pert...
897K 36.5K 101
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...