[C] Omegle ➽ Jaehyun √

De neotaelogy

4.7K 602 1.2K

【Short Story】 Di mana seorang perempuan bernama Pandora Hwang yang kebosanan bermain laman web Omegle lalu be... Mai multe

Omegle
One
Two
Three
Four
Five
Six
Seven
Eight
Ten (Ending)
Special Chapter

Nine

285 42 89
De neotaelogy





Jaehyun POV

"Doktor, boleh ke fobia ini dihilangkan?," soalku sejurus tamat sesi psikiatri tadi.

Doktor Seokjin yang sedang mengemas failnya berhenti lalu memandang ke arah aku. Dia membuka cermin matanya lalu mengeluarkan keluhan kecil.

"Boleh, but it's actually depends on that person. Kalau kamu lulus dengan berjaya pada lagi dua ujian yang akan datang, kamu akan dapat kawal fobia kamu ini. Pastinya kamu kena percaya pada diri kamu kerana saya sebagai doktor hanya mampu menolong dari segi luaran."

"Dari segi dalaman, ianya diri kamu sendiri," tambahnya sambil menunjukkan jarinya ke arah aku.

Aku mengangguk faham. "Saya memang nak atasi fobia ini. Saya akan berusaha lebih lagi untuk menghilangkan fobia ini," ujarku dengan yakin.

"Boleh saya tahu, apa yang mendorong kamu untuk terus menjalani sesi psikiatri ini?," soal Doktor Seokjin sambil matanya fokus pada fail-fail di atas meja.

"There's this one girl that makes me wanna cure my phobia," balasku sambil menundukkan kepalaku.

"Kami hanya kenal di alam maya tapi I already fall in love with her. It just we can't meet yet because of my phobia. Pernah dia nak jumpa saya and I end up fainted in front of her," tambahku panjang lebar.

Doktor Seokjin hanya menganggukkan kepalanya sambil tangannya laju menulis pada satu kertas. Bibirnya kemudian mengukirkan sebuah senyuman.

"Good luck, Jaehyun-ssi. Saya yakin awak boleh atasi fobia ini. You just have to trust yourself and be strong," pesannya sambil tersenyum manis.

Aku membalas senyumannya sambil mengucap terima kasih padanya. Doktor Seokjin telah banyak membantu aku sejak pertama kali aku menjalani sesi psikiatri ini.

Aku bangun lalu meminta diri untuk pulang. Doktor Seokjin hanya membalas dengan senyumannya. Aku pun melangkah keluar dari bilik tersebut.

"So, how was it?," soal Johnny sejurus aku keluar dari bilik itu. Aku hanya tersenyum sambil menepuk bahunya. "Dah, jom balik," ujarku lalu terus kan berjalan.

Johnny mengerutkan dahinya tanda kehairanan lalu mengjungkitkan bahunya. Dia pun melangkah mendekati aku yang sudah berada di hadapan.

"Wanna know something?," soal Johnny memecahkan kesunyian ketika kami berjalan mendekati tempat parkir kereta.

Aku menoleh ke arah Johnny sambil membuka pintu kereta. Kami berdua masuk ke dalam kereta serentak lalu Johnny menghidupkan enjin keretanya.

"Haechan's got a date," ujar Johnny sambil mula memandu keretanya keluar dari tempat parkir kereta.

"What? When?," soalku dengan reaksi yang terkejut. Gosh, budak tu diam-diam ubi berisi ya.

"Let me say that he just met his Omegle girl and he confessed to her on the spot," balas Johnny sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Woah, cepatnya dia bertindak," ujarku sambil membuat muka 'unbelievable'.

"Well, basically he wanna get rid of his 'annoying' cousin tho."

"You mean, Kim Yerim?"

Johnny mengangguk sambil tergelak kecil. "Tapi dia betul-betul cintakan perempuan tu. Sejak kat Omegle lagi. Macam mana eh korang boleh jatuh cinta hanya sekadar di chat? Dengan strangers pula tu?"

Aku tergelak mendengar soalan Johnny itu. "Sejujurnya, entahlah. But love is blind, right?," soalku semula sambil mengangkat sebelah keningku.

"So now you wanna talk about love?"

"Nah, not really. Let's stop this conversation here before it gets more weirder," bantahku sambil menggelengkan kepala.

Kami berdua hanya tergelak lalu menghayati lagu yang didendangkan di corong radio.

Pandora's POV

Baru seminggu yang pertama kafé dibuka semula, aku sudah penat. Mungkin sebab terlalu ramai pelanggan yang datang dalam satu masa. Sehingga Puan Taeyeon mengambil pekerja baru dalam keadaan terdesak.

Aku bersyukur juga kerana perniagaan Puan Taeyeon bertambah maju sejak pengubahsuaian kafe tersebut. Tidak sia-sia usaha dan idea Puan Taeyeon selama ini.

Hari sudah senja. Aku memandu kereta pulang ke rumahku seorang diri. Meixin? Dia kerja sampai shift tengah hari kemudian pergi bertemu janji dengan Haechan.

Tipulah kalau hati ini tak cemburu.

Apa-apapun, aku tetap rasa gembira apabila mereka berdua dapat berjumpa. Tambahan pula mereka saling mencintai antara satu sama lain.

Aku memasang radio lalu menekan butang 'bluetooth'. Seusai disambungkan dengan telefon aku, aku membuka aplikasi Spotify di dalam telefon aku.

Lagu Love Me Now oleh NCT 127 ditekan lalu dimainkan pada radio. Suasana di luar agak kelam akibat mendung dan hujan mulai turun membasahi bumi.

Terdetik di hati ini, adakah Jaehyun turut mencintai aku sebagaimana aku mencintainya?

Tiba-tiba, rasa takut menyelubungi diri ini. Bagaimana kalau aku hanya bertepuk sebelah tangan? Bagaimana kalau Jaehyun hanya menganggap aku sebagai kawan?

Tak mustahil sebab kami hanya berkenalan di alam maya. Hati aku ini mudah sangat untuk jatuh cinta dengan seseorang yang aku tak pernah kenal pun.

Dia agak sweet talker tapi bukan jenis yang asyik buat pickup line merepek tu. Dia manis dalam prihatin terhadap aku. He always caring for me.

"I want you to love me now~"

Aku turut menyanyi ikut lagu tersebut. Lagu ini macam kena dengan perasaan aku ditambah pula dengan hujan yang renyai-renyai.

Sendu mood on.

Sedang asyik melayan perasaan, aku ternampak seorang lelaki yang sedang berjalan di tepi jalan raya tanpa payung. Hujan yang turun bertambah lebat membuatkan lelaki itu berlari dalam keadaan yang basah.

Aku menghentikan keretaku di tepi jalan raya berdekatan dengan lelaki itu lalu menurunkan tingkap keretaku. Wajahnya tidak begitu jelas memandangkan dia memakai penutup mulut dan hoodie.

"Awak? Jom masuk kereta saya. Kesian awak dah basah lencun," pelawaku sambil membuka pintu kereta sebelah penumpang.

Lelaki itu kelihatan seperti terpinga-pinga dan teragak-agak hendak masuk ke dalam kereta aku. Mungkin risau kalau kerusi kereta aku basah.

"It's okay. Cepat masuk! Nanti awak lagi basah!," pelawaku lagi sekali sambil menepuk kerusi penumpang hadapan.

Lelaki itu pun masuk ke dalam keretaku lalu menutup pintu kereta tersebut. Aku kembali memandu kereta masuk ke jalan raya.

Radio tersebut memainkan lagu Pandora's Box oleh NCT 127 juga. Aku sudah tersenyum di dalam hati kerana namaku disebut-sebut di dalam lagu ini.

Lelaki itu langsung tidak bersuara dan membuang pandangannya ke luar tingkap. Aku menoleh sekilas ke arah lelaki itu sebelum berdehem.

"Awak nak saya hantar kat mana, ya?," soalku dengan penuh kesopanan ecewah.

"Kat Floral Apartment," jawabnya ringkas.

"Oh, Floral Apartment. Dekat je ni," ujarku sambil memusingkan stereng keretaku ke kiri untuk memasuki simpang belah kiri.

"Awak tak kisah ke main jemput je stranger masuk kereta awak?," soalnya sambil menoleh ke arah aku.

Soalan itu bagaikan panahan petir yang mengena kepala aku. Ya tak ya juga. Aku suka sangat tolong orang sampaikan pelawa stranger masuk kereta aku. Oh, Pandora. You should be more careful.

"Saya kesian tengok awak basah lencun sebab hujan lebat. Hehehe," balasku sambil tersengih.

"You're such a kind-hearted person."

"Ah, tak de lah," bantahku sambil cuba fokus memandu. Pipiku sudah membahang apabila dipuji sedemikian.

Aku menoleh sekilas ke arah lelaki itu. Dari segi matanya, aku boleh tahu bahawa lelaki itu sedang tersenyum sambil memandang ke arah aku.

Sekejap. Kenapa aku macam pernah nampak eyesmile tu?

Aku menekan pedal brek apabila telah tiba di hadapan perumahan Floral Apartment. Aku menghulurkan sekali payung yang berada di tepi tempat duduk kepada lelaki itu.

"Ah, gwaechanhayo," tolaknya sambil menggelengkan kepalanya.

"Nah, ambil ini. Hujan masih lebat di luar tu," ujarku sambil terus menghulurkan payung berwarna coklat gelap itu.

Lelaki itu pun akur lalu mengambil payung itu daripada tanganku. "Terima kasih," ucapnya sambil tersenyum.

Dia membuka pintu kereta lalu melangkah keluar dari keretaku. Baru sahaja aku hendak menekan pedal minyak, mataku tertancap pada sebuah beg kertas yang berada di atas lapik kaki di tempat duduk penumpang.

Aku segera mengambil beg kertas tersebut lalu keluar dari kereta. "Awak!," panggilku sambil berlari ke arah lelaki itu yang sedang berjalan ke arah bangunan apartment itu.

Lelaki itu menoleh ke belakang saat namanya dipanggil. Langkahku terhenti di hadapannya apabila aku melihat dia telah menarik penutup mulutnya ke bawah.

Beg kertas yang dipegang automatik terlepas dan jatuh ke bawah. Hujan yang masih lebat membasahi diriku. Mataku terbeliak saat melihat lelaki yang berada di hadapan aku sekarang ini.

"J-J-Jaehyun?"

Tak sangka ff ni dah nak habis. Yes, next chapter is the last chapter guys! Stay tuned to see what happen between Pandora and Jaehyun!


Continuă lectura

O să-ți placă și

26K 621 38
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :
42.9K 2.4K 46
Selepas kejadian Galaxy Cosmos, Bbb dan kawan2 nya diberi misi baru. Tetapi, semasa menjalankan misi Bbb tiba2 hilang selepas suatu kejadian tak didu...
80.5K 391 18
kisah seorang ustazah sekolah agama terjebak ke pelacur