TAKDIRKU MENCINTAIMU (Akan Te...

saraimani99 tarafından

885K 6.8K 149

QASEH MIKAYLA- Dirinya pasrah menjadi isteri kepada tunang kembarnya sendiri kerana wasiat. Qaseh sedar dia t... Daha Fazla

PENGENALAN
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10

BAB 4

19.6K 566 9
saraimani99 tarafından

Qaseh bermalas-malasan di atas sofa. Butang remote televisyen ditekan mencari rancangan atau drama yang berkenan di hati. Tekan, tekan dan tekan, akhirnya Qaseh memilih untuk menekan butang merah pada remote tersebut. TV yang tadi bercahaya kini gelap dan suasana di ruang tamu rumah itu kini sunyi-sepi. Puan Marina, Mak Embun dan Zahrah berada di dalam bilik tidur masing-masing. Mungkin tengah melakukan hal mereka sendiri memandangkan jam sudah menjangkau pukul enam petang. Qaseh bersandar lemah pada sofa. Sofa yang empuk itu menyebabkan tubuh kecil Qaseh sedikt tenggelam

Perlahan-lahan, mata Qaseh mula terkatup rapat. Belum sempat Qaseh dibuai mimpi, sepasang telinga itu menangkap bunyi loceng dan ketukan di muka pintu. Secara spontan, Qaseh bangun berdiri dan berlari anak ke arah pintu. Qaseh tidak mahu tetamu rumah itu tertunggu-tunggu. Pintu besar yang rapat ditarik perlahan.

Mata Qaseh jatuh pada seorang lelaki yang tidak dikenali di hadapannya. Lelaki itu seperti kaku dan memandangnya tanpa berkedip. Melalui t-shirt putih dan seluar jeans yang dikenakan lelaki itu, Qaseh dapat rasakan lelaki itu masih muda daripada segi umur dan mungkin juga sebaya dengannya. Tona kulit lelaki itu tidak sama dengannya. Lelaki itu berkulit agak gelap sesuai sebagai lelaki Melayu dan berbadan tegap. Kacak! Lelaki itu juga jauh lebih tinggi daripadanya dan memaksa Qaseh mendongakkan kepala.

Qaseh sedikit gelisah apabila panahan mata lelaki itu tajam padanya. Qaseh menunduk dan memandang dirinya sendiri. Dia memakai dress labuh berwarna merah jambu dan tidak ada kotoran pada pakaiannya. Rambut panjang yang dibiar bebas juga telah disikat rapi. Apa yang tidak kena dengan dirinya sehingga menarik perhatian lelaki itu? Qaseh keliru.

"Maaf, encik. Encik nak jumpa siapa, ya?" Qaseh memberanikan diri untuk bertanya.

Adam Hazim terpana! Perempuan di hadapannya itu memiliki wajah yang sama seperti Qaira. Daripada suara, Adam meneka perempuan itu seorang yang lemah lembut, fragile tidak seperti Qaira yang memiliki perwatakan yang kuat dan tegas, sesuai dengan status Qaira, seorang peguam. Perempuan di hadapannya itu juga memiliki rambut hitam yang lebih panjang daripada Qaira. Mata yang bulat, hidung yang mancung, bibir yang merah dan merekah, warna kulit yang putih kemerahan, semuanya sama seperti Qaira. Seratus peratus sama!

Qaseh Mikayla! Nama itu berdentum di dada Adam. Adam tidak dapat menolak melihat wajah Qaseh yang mengingatkannya akan Qaira dan juga kejadian kemalangan itu. Adam juga tidak dapat melarikan pandangannya daripada wajah Qaseh kerana rasa rindunya kepada Qaira sedikit terubat. Adam terus menerus menikam mata Qaseh sehingga Qaseh menunduk dengan sendiri. Adam perasan, Qaseh memandang pakaiannya. Walhal, semuanya sempurna. Qaseh sangat cantik! Secantik arwah Qaira, maka tidak hairanlah kerana mereka berdua kembar seiras.

"Adam," tegur Puan Marina daripada arah belakang Qaseh. Dia memandang Adam terlebih dahulu sebelum berpindah ke muka Qaseh.

"Qaseh sayang, Qaseh naik dulu, masuk bilik. Mama nak bincang sesuatu dengan Adam," pinta Puan Marina. Dia berbuat demikian kerana tidak mahu Qaseh mendengar apa yang akan dia bualkan bersama Adam nanti. Puan Marina tidak mahu Qaseh terkejut terutamanya berkenaan wasiat arwah Qaira.

"Baiklah, mama." Qaseh akur dengan permintaan Puan Marina. Pegangan Puan Marina juga dileraikan. Sebelum berpaling, ekor mata Qaseh masih sempat mengerling sisi wajah Adam. Dari ruang tamu, kaki Qaseh diatur terus ke tingkat atas dan ke bilik tidurnya.

"Kita berbual dekat luar sana, ya. Mak Cik takut Qaseh dengar," ajak Puan Marina. Adam tidak kisah di mana sahaja asalkan dia dapat berbincang dengan Puan Marina.

Adam dapat merasakan debaran di dadanya semakin perlahan, tidak kencang sebagaimana dia melihat Qaseh tadi. Adam tidak sangka akan berjumpa dengan Qaseh pada hari ini. Tujuan dia datang adalah untuk berbincang dengan Puan Marina berkenaan wasiat arwah Qaira kerana tidak sanggup untuk menangguhkan lagi. Wasiat arwah Qaira perlu segera ditunaikan walau apa jua yang berlaku.

"Dialah Qaseh Mikayla, kembar arwah Qaira," jelas Puan Marina walaupun dirinya kuat mengatakan Adam telah tahu identiti Qaseh. Sangkaan Puan Marina tepat apabila Adam mengangguk kecil.

"Mak Cik, Adam dah tak boleh tunggu lagi." Demi Qaira, Mak Cik Marina perlu pujuk Qaseh untuk berkahwin dengan Adam pada tarikh yang sama Adam dan Qaira patut berkahwin. Adam juga telah memberitahu perihal wasiat ini kepada kedua-dua orang tuanya.

"Kenapa Adam tetap nak berkahwin dengan Qaseh walaupun Adam tahu Adam tak boleh cintakan Qaseh sama seperti Adam cinta dan sayang arwah Qaira?" tembak Puan Marina. Hatinya merintih duka. Demi ketenangan Qaira, dia perlu korbankan kebahagiaan dan perasaan Qaseh. Tapi, apa yang mampu dia lakukan? Wasiat tetap wasiat, perlu ditunaikan cepat atau lambat. Sekarang, dia hanya mampu berdoa agar ada sinar kebahagiaan buat Qaseh bersama Adam. Jauh di sudut hati Puan Marina, dia berdoa agar cinta Adam akan berputik kembali. Kali ini, buat Qaseh pula.

"Demi Qaira! Adam akan jelaskan perasaan Adam pada Qaseh nanti. Mak Cik boleh percayakan Adam," bicara Adam dengan penuh yakin. Sejujurnya, setelah Qaira pergi, Adam telah menutup hatinya daripada menerima mana-mana perempuan selain daripada Qaira di dalam hidupnya.

Di dalam bilik, Qaseh mengintai Puan Marina dan Adam melalui jendela kaca di dalam biliknya, perbualan mereka kelihatan serius. Qaseh tidak tahu apa yang dibualkan, hanya gerak bibir yang Qaseh dapat lihat. Siapa lelaki itu? Macam mana Puan Marina boleh kenal? Pelbagai persoalan berlegar-legar di benak Qaseh.

"Qaseh intai apa tu?!" sergah Zahrah daripada belakang. Matanya turut dihalakan ke bawah, memerhatikan perkara yang sama seperti Qaseh.

"Kalau Qaseh nak tahu, Mak Embun cakap itulah tunang arwah Qaira. Nama dia Adam Hazim . Dia merupakan CEO Mentari Holding, menggantikan papanya, Tan Sri Hamid yang kini bersara daripada dunia perniagaan." Sebaik sahaja terlihat Adam, Zahrah terus bertanya kepada Mak Embun yang berada di dapur.

Tanpa isyarat, mata Qaseh terus bergenang dan mutiara jernih dari mata Qaseh menitis ke bawah. Zahrah yang melihat air mata itu dilanda kehairanan. Kenapa dengan tiba-tiba Qaseh menangis? Apa yang Qaseh rasakan?

"Mesti Adam sangat sedih kehilangan Kak Qaira. Lebih-lebih lagi, Kak Qaira meninggal di hadapan matanya sendiri hanya kerana ingin selamatkan nyawa orang yang dicintai." Qaseh dapat rasakan bukan mudah untuk merelakan orang yang telah pergi selamanya daripada hidup kita, terutamanya orang yang kita sayang. Dia pasti merasakan sangat kehilangan. Mata Qaseh tidak beralih daripada tadi. Air mata di tubir mata dibiarkan kering dengan sendiri.

"Itulah takdir,..." Hanya itu yang mampu Zahrah katakan. Dia meninggalkan Qaseh sendirian di situ. Baru beberapa langkah, Zahrah berpaling dan memandang Qaseh yang berdiri membelakanginya. Lantas, satu keluhan lemah dilepaskan.

(outfit Qaseh)

(baju Zahrah)

********************************************************************************************************

Qaseh menarik kerusi dan melabuhkan punggung. Dia sendirian di beranda biliknya. Qaseh dapat merasakan sejak pulang ke Malaysia, hatinya lebih tenang, mungkin kerana kini dia berada begitu dekat dengan Puan Marina dan ahli keluarga yang lain. Tiba-tiba, fikiran Qaseh melayang ke bumi London. Walaupun London merupakan tempat asing baginya, namun tempat itu mengabadikan kenangan manis dan pahitnya sepanjang menjadi Qaseh Mikayla. Terbayang wajah Munirah, Mak Su yang selama ini menjaganya di London. Memandangkan Qaseh dan Zahrah pulang ke Malaysia, ini bermakna Munirah sendirian di rumah.

Lamunan Qaseh terhenti dengan sentuhan Puan Marina di bahunya. Qaseh melemparkan senyuman kepada mamanya itu lantas memberikan ruang untuk Puan Marina duduk di sebelahnya. Rambut yang menutupi sebahagian wajahnya akibat disapa bayu lembut dialihkan ke belakang.

"Qaseh, mama harap Qaseh boleh terima apa yang mama akan beritahu nanti. Sebenarnya, ini ada kaitan dengan Qaira," Puan Marina memulakan bicara. Kedua-dua belah tangannya digenggam erat oleh Qaseh. Kehangatan daripada tubuh Qaseh menjalar dan menyelinap masuk ke dalam setiap inci tubuhnya. Puan Marina terasa sangat nyaman.

"Qaseh tahu kan Adam tunang arwah Kak Qaira?" tutur Puan Marina memohon kepastian.

"Sebenarnya, sebelum arwah meninggal, Qaira pernah nyatakan hasrat dia pada mama. Dia beritahu sekiranya apa-apa yang berlaku padanya, Adam mesti berkahwin, dengan Qaseh. Ini wasiat Kak Qaira, dia pun menagih janji daripada Adam. Jadi, Adam dan mama dah berbincang yang Adam dan Qaseh akan berkahwin dua minggu daripada sekarang. Qaseh akan berkahwin pada hari sepatutnya Kak Qaira berkahwin," sambung Puan Marina setelah Qaseh mengangguk tahu berkenaan status Adam. Dada Puan Marina terasa sesak kerana sukar untuk dia menyatakan kebenaran kepada Qaseh.

Secara spontan, Qaseh melarikan tangannya daripada genggaman Puan Marina. Bukan berniat untuk kurang ajar tetapi kata-kata mamanya itu seperti menyentak jantungnya sehingga berhenti. Qaseh memandang Puan Marina dengan mata yang berkaca. Kolam air matanya akan pecah bila-bila masa sahaja lagi.

"Qaseh, mama betul-betul minta maaf. Mama pun tak boleh nak buat apa-apa kerana ini kehendak kakak Qaseh. Adam ada mengadu yang sejak kemalangan tu, Qaira sering hadir dalam mimpi dia, memohon dan merayu Adam berkahwin dengan Qaseh. Qaseh, inilah permintaan Kak Qaira, Qaseh perlu tunaikan." Puan Marina memujuk. Muka Qaseh yang lencun dengan air mata diangkat dan ditatap penuh cinta. Puan Marina perlu korbankan Qaseh. Tubuh Qaseh yang lemah dibawa ke dalam pelukan.

"Qaseh tak boleh mama, macam mana Qaseh nak kahwin dengan Adam sedangkan hatinya milik kekal Kak Qaira? Macam mana Qaseh nak hidup sebagai isteri tanpa cinta? Apa nasib Qaseh nanti mama?" rintih Qaseh dalam pelukan Puan Marina. Dia takut tatkala membayangkan kehidupannya bersama Adam. Adakah dia akan terus dilukai dan akhirnya diceraikan? Ataupun dia akan digantung tidak bertali? Semua itu mimpi ngeri yang tidak dapat diterima oleh Qaseh.

"Qaseh, mama bukan pentingkan Kak Qaira atau langsung tak fikirkan perasaan Qaseh. Tetapi, Qaseh perlu fikir ketenangan Kak Qaira di sana. Selagi Qaseh tak kahwin dengan Adam, selagi itu Kak Qaira tak tenang, sayang. Qaseh, mama yakin yang Kak Qaira tahu Adam boleh jaga Qaseh. Qaseh, doa mama buat Qaseh takkan putus. Yakin dengan takdir Allah, sesungguhnya takdir Allah itu ialah karangan terbaik buat Qaseh," tutur Puan Marina sambil tangannya laju mengusap kepala Qaseh diselangi kucupan. Sekarang, dia dan Adam perlu menunggu jawapan Qaseh. Ya atau tidak! Itu yang menjadi persoalan seterusnya.

Setelah lama dalam pelukan Puan Marina, akhirnya Qaseh meleraikan pelukan. Nafas berat dihela perlahan lalu Qaseh berdiri di hadapan Puan Marina.

"Mama perlu bagi Qaseh masa untuk Qaseh fikir. Permintaan ini sangat berat buat Qaseh," ucap Qaseh. Tanpa berlengah, Qaseh keluar daripada bilik itu dan memulas tombol pintu bilik Qaira. Pintu yang dibuka ditutup rapat. Di saat ini, Qaseh merindui Qaira.

Qaseh melangkah ke arah katil. Tangannya menggapai gambar Qaseh lantas tubuh dibaringkan ke atas katil. Gambar Qaira dirapatkan ke dada. Sekali lagi, air mata Qaseh mengalir.

Kenapa Qaseh? Kenapa Kak Qaira buat Qaseh macam ni? Kak Qaira, Qaseh tak tahu apa yang Qaseh perlu buat sekarang,. Qaseh takut! Qaseh langsung tak kenal Adam lagipun cinta Adam hanya untuk Kak Qaira. Qaseh yakin! Qaseh merungut di dalam hati. Pegangan gambar Qaira dikemaskan.

(outfit Qaseh)

HMMM, KESIAN QASEH. PERKAHWINAN YANG BAKAL BERLAKU TANPA CINTA YANG TAK MENJAJIKAN BAHAGIA. TAPI SAPE EXCITED ADAM AKHIRNYA JUMPA QASEH!! KOMEN DAN VOTE TAU

Okumaya devam et

Bunları da Beğeneceksin

197K 11K 71
Usia 18 tahun ? Tetapi sudah mendirikan rumah tangga. Airabella dan Danial Lee yang sudah 3 tahun menjalani hubungan percintaan akhirnya beralih ke t...
820K 84.3K 71
⚠️Beware⚠️ : Hiatus (Jika tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk singgah dan baca. Tunggu status buku ni dah complete baru bac...
896K 7K 32
TAJUK: SEIKHLAS CINTA KAYLA PENULIS: MIA AZWARI BLURB: Mikayla Delaila, nama yang indah tetapi tidak seindah peribadinya. Degil, tamak dan sombong, i...
20.6K 690 49
"Umi dengan Aunty dah siapkan semua..korang ada masa lagi 5 bulan kenal antara satu sama lain semula"-Puan Sri Zahirah "Sorry umi...Dan tak boleh...T...